16 March 2011

~SEMESTI IN MEMORY PART I~

my room
16-03-2011
8:38 pm

Assalamualaikum wbt n salamesrabadi

Post kali ini aku nak share tentang life aku kat semesti dengan empat orang yang paling rapat dengan aku yang bekerja di dalam 1 bilik yang sama :

1- MOHAMED ZAMHURI MOHAMED ALI

2- MOHD DAUD MOHD RAMLI

3- NORHAZLITA AHMAD KAMAL

4- SHUZALINA YUNOS

Saya sangat sayang pada mereka berempat…

PAK ZAM : walaupun orang cakap dia garang, kedekot, suka mencarut, suka marah orang dan macam-macam lagi… tapi jauh disudut hati dia ada satu sifat penyayang dan ciri-ciri seorang bapa yang mithali. Ya, aku sayang PAK ZAM sebab PAK ZAM selalu buat aku ketawa dan tersenyum. Cara PAK ZAM berbincang tentang sesuatu perkara secara gentlemen, soft spoken dan matured. PAK ZAM banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar kepada aku terutama dalam hal-hal family yang lebih personal. Kesimpulannya, walau apapun orang bercakap tentang PAK ZAM, kenali dia dengan lebih dekat lagi supaya anda dapat menilai sendiri bagaimana dirinya yang sebenar.. totally different.

Pak Usu : ramai pelajar suka dekat dengan Pak Usu berbanding dengan Pak Zam sebab mereka cakap Pak Usu baik, lembut, tak suka marah-marah, tak suka tengking, tak suka mencarut, suka tolong orang dan macam-macam lagi. Pada aku Pak Usu seorang yang suka berkias, penuh dengan tutur kata yang berlapik tapi bagi makna yang cukup mendalam. Kadang kala terasa juga dengan sindiran Pak Usu tu dan kadang-kadang tak boleh terima cara dia. Tapi Pak Usu lebih cool dan memilih berbanding Pak Zam...

Kak Chik : orang cakap Kak Chik sombong, kerek, tak suka senyum dan banyak lagi tapi Kak Chik tak macam tu… dia suka ketawa, suka buat lawak bodoh dan dia suka kongsi cerita dan perasaan dia. Walaupun cerita tu cuma mimpi pun dia akan kongsikan. Kak Chik seorang yang tegas (mungkin sebab dia anak polis dan anak sulung kot) tak suka dipaksa dan ambil berat. Tapi dia pandai berjimat. Bila kita kenal dia, dia ada ciri-ciri seorang kakak sulung bukan cirri-ciri seorang adik bongsu, trust me.

Sue : aku kenal dia sejak dari semester 1 di UPSI dan jadi classmate aku dari sem 1 sampai sem 8 dia jadi partner praktikal dan roommate. Pada pandangan aku, dia seorang yang sensitive, jiwa mudah tersentuh, baik hati dan suka buat lawak. Sue seorang yang kemas (kalau tak percaya cuba terjah bilik dia) tapi dalam masa yang sama dia seorang yang tak kisah dan suka berangan J, walau siapapun sue, aku tetap selesa berkawan dengan dia sebab sue adalah sue..

Cik Mas? 1st impression orang pada aku : muka sombong tapi bila dah kenal semestinya orang tak cakap aku sombong J

5 insan yang berbeza punya perwatakan dan sifat yang berbeza tetapi boleh bekerja dalam 1 team dan tempat yang sama membuatkan kami jadi unik. Walaupun kami selalu berbeza pendapat tapi kami tetap saling memahami kerana kami saling menyayangi antara 1 sama lain. Inilah kelebihan yang kami berlima ada tapi tiada pada orang lain.

lots of love;
~missmass~

No comments: