17 October 2012

~NEW FAVORITE CHANNEL~

my room
18 Oktober 2012
9:19 am

Assalamualaikum wbt dan Salamesrabadi...

malam tadi aku sengaja tukar-tukar channel tv lepas tengok cerita Adam & Hawa...

dan secara tidak sengaja aku dapat tengok segmen yang paling aku tunggu-tunggu selama ni...

actually macam ni... last week or last two weeks (i'm not very sure) aku ada tertekan 1 channel yang cerita pasal 5 Top Cruise In The World...

aku pun layan la sebab nak tidur tapi mata tak mengantuk...

memang sangat menarik & berguna kepada aku yang sememangnya kurang membaca...

secara tak langsung bila aku tengok channel ni ada la input-input yang boleh aku share kat blog ni...

sebelum ni cerita pasal 5 kapal paling hebat di dunia (teruja sangat bila tengok salah satu tu kapal persiaran mewah)

wowwwwww cantik sangat kapal persiaran mewah tu. rasa teruja pula nak join trip kat kapal mewah tu tapi apa kan daya tiada kemampuan :(

insyaAllah ada rezeki aku akan dapat ke sana juga. Amin.

so malam tadi pula cerita pasal 5 kereta paling laju di dunia...

wahhhh aku pun teruja sampai tak hengat-hengat sampai tak kedip mata aku tengok cerita tu...

dan untuk sekian kalinya baru la aku tahu channel berapa yang aku tunggu-tunggu selama ni...

551- DISCOVERY CHANNEL

dan sekarang aku juga sudah mula jatuh cinta dengan channel discovery ni termasuklah national geography :)

channel ni lebih banyak bagi maklumat kepada aku selaku orang yang jarang membaca...

bila tunjuk pasal kereta memang kagum betul aku bila tengok kereta paling laju kat dunia.

kereta paling laju di dunia SSC Ultimate Aero II dengan menggunakan 2 enjit jet...

kelajuan 1200 km/j ibarat bila pagi gerak dari LA boleh sampai ke New York untuk lunch...

wowwww dasyat nye...

no. 2 kereta Bugatti Veyron. kereta ni memang smart lagi mengancam la..

kereta sport la katakan harga pun 2juta USD.. (nak pengsan bila convert dengan duit Malaysia)

nak pendekkan cerita, aku akan pastikan aku tak kan miss untuk follow up channel ni :)

banyak sangat input yang berguna untuk aku sebagai orang yang malas untuk membaca. (daripada aku melayan siaran ulangan cerita yang aku dah tengok banyak kali lebih baik aku tambah pengetahuan aku yang tak seberapa ni dengan tengok channel yang berfaedah)

ok see ya later :)

 kereta ke-2 terlaju di dunia - Bugatti

 kereta paling laju di dunia - SSC Ultimate Aero
(2 enjit jet)


kapal persiaran mewah yang membuatkan aku teruja untuk naik :)

lotsoflove;
~mrsmass~

15 October 2012

~THAI MASSAGE~

my room
16 Oktober 2012
2:09 pm

Assalamualaikum wbt & Salamesrabadi..

aku suka pergi massage.

tapi mak aku selalu bising bila aku cakap nak pergi massage...

"tak elok la pergi urut. nanti badan tak kuat. makan panadol je.. mak demam pun makan panadol.... "
"ko ni mengikut perangai bapak ko. sikit-sikit nak urut..."
"mak dulu tak pernah berurut. mak berurut masa bersalin je lepas tu tak de dah nak berurut..."

ok mak.. ok saya paham.

tak tahu la pada pandangan orang lain macam mana, tapi pada pandangan aku (selaku orang yang suka pergi spa / massage) aku dapat rasakan yang massage ni melegakan berbanding mengambil ubat-ubatan macam panadol / activefast dan seangkatan dengannya.

aku percaya bila badan kita tak sihat (demam / pening  / sebagainya) berpunca daripada dalaman macam terlalu letih / salah urat / tegang urat / banyak angin dan lain-lain.

jadi bila aku berurut secara tidak langsung dapat melegakan dan membetulkan balik sistem urat saraf dalam badan yang menyebabkan kepada demam.

aku memilih untuk tidak memakan ubat sebab pada aku ubat tu adalah untuk kelegaan dalam masa singkat dan pada masa panjang ubat tu bagi kesan sampingan yang lain pula.

dan aku pernah terbaca 1 artikel yang mengatakan doktor sendiri cuba untuk tidak mengambil pil seperti panadol / activefast sebab pil tersebut akan keluar daripada badan selepas 5 tahun.

just imagine... kalau 5 tahun baru ubat tu keluar daripada badan kita, dalam tempoh 5 tahun tu berapa banyak ubat yang kita ambil kalau kita selalu amalkan memakan pil bila sakit?

yang 5 tahun lepas punya baru keluar dah makan lagi dan lagi dan lagi...

aku juga percaya pengambilan pil macam panadol tak baik untuk badan kita.

aku cakap ni bukan aku nak menafikan kesan ubat tu pada kita dan aku tak akan mengambilnya..

ya aku mengaku aku juga pernah ambil panadol /activefast dan pernah jadi satu ubat wajib dalam simpanan aku takut-takut pening kepala.

tapi bila aku mula membaca beberapa artikel dan bahan-bahan bacaan lain aku mula berubah fikiran dan aku rasakan yang massage adalah lebih baik walaupun ada kesan sampingan.

buat masa ni aku lebih selesa pergi mana-mana THAI MASSAGE sebab lebih baik berbanding China Massage.

pada aku, Thai Massage lebih sedap dan puas berbanding massage lain dan harga juga perpatutan.

aku memlilih untuk buat massage di kedai-kedai massage berbanding pergi di Spa sebab di Spa urutan lebih kepada relax dan urut-urut manja gitu... 

setakat ni Thai Massage memang THE BEST dan kalau nak lagi murah pergi la ke Thailand.

last year aku pergi Hatyai, aku ambil kesempatan buat massage kat sana. siap service ke bilik lagi 1hour ++ RM30 tanpa menggunakan apa-apa minyak / losyen.

paling murah aku pernah buat kat SEREMBAN PARADE 1hour - RM40 memang superb!

ok lah aku nak balik so nanti aku update cerita lain pula.

tadaaaaaa....

lotsoflove;
~mrsmass~


salah satu kaedah dalam THAI MASSAGE

~EXAM MOOD~

my room
16 Oktober 2012
10:24 am

Assalamualaikum wbt & Salamesrabadi...

minggu ni dah mula final exam bagi pelajar-pelajar aku...

macam-macam ragam budak-budak ni masa exam...

masa exam la nak tidur...

masa exam la nak berborak-borak macam dah tak boleh jumpa esok...

masa exam la nak pakai tudung singkat...

masa exam la nak pakai handbeg...

masa exam la pinjam-pinjam pen / pensel / pemadam / testpad etc...

alahai budak-budak ni...

dan paling WAJIB berlaku masa exam - MENIRU!

budak-budak ni ingat kita tak tahu ke taktik nak meniru?

come on la... cikgu dulu pun pernah lalui umur macam kamu. so jangan buat-buat sawan pulak bila kena tangkap sebab meniru.

nak meniru tapi tak pandai...

apapun taktik nak meniru tetap juga cikgu tahu. kenapa? sebab dulu cikgu pun pernah buat benda yang sama. he he he...

aku tak marah pun budak-budak yang meniru (maksud aku : aku marah sekadar menegur pada masa itu sahaja tak la emo sampai nak hamun sebab meniru) tapi lepas tu bila jumpa kawan-kawan time makan, benda ni jadi bahan ketawa.

alahai anak-anak murid cikgu.. bila kena pada kita memang bengang tapi bila kenang balik lepas tu buat aku ketawa sendiri. 

indahnya pengalaman ini. terima kasih Ya Allah :)

dan aku sempat ambil beberapa keping gambar time exam...

layannnnnn...

lotsoflove;
~mrsmass~




14 October 2012

~AKU MAAFKAN KAMU~

My Room
15 Oktober 2012
12:09 pm

Assalamualaikum wbt & Salamesrabadi...

Aku maafkan kamu...
Tak perlu kita bertemu...
Cukup kau tahu yang aku maafkan kamu...
Tolong teruskan hidup jangan sebut namaku...

lirik lagu ni menyentuh hati dan membuatkan aku terfikir...
kalau aku buat macam dalam lirik tu..
betul ke tak tindakan aku ni?

kadang-kadang aku rasa betul kalau buat macam tu
tapi kadang-kadang aku rasa salah kalau buat macam tu
berbalik apa yang aku pernah cakap kat entry sebelum ini...
setiap manusia tu berbeza-beza...
tapi aku rasa aku ingin memilih untuk buat macam mana dalam lirik tu.
aku rasa aku tak nak jumpa dia lagi...
aku rasa aku tak nak berhubung dengan dia lagi...
aku tak membenci dia, jauh sekali berdendam pada dia..
cuma aku tak nak berhubung dengan dia lagi...
kenapa?
sebab sebelum ni dia pernah buang aku tanpa bercakap / berpesan apa-apa...
sampailah aku sendiri yang datang tanya pada dia kenapa dia hilang macam tu...
sekalipun punca dia jadi begitu sebab aku...
tapi salah ke kalau kita cuba jernihkan balik keadaan...
tipu kalau aku tak pernah terasa hati dengan dia tapi aku memilih untuk tidak memikirkannya..
tapi sekarang aku pulak ambil keputusan yang sama macam dia. 
kenapa?
sebab dia pernah cakap kat aku (lebih kurang macam ni la ayatnya)

"tak harap untuk jadi bestfriend balik, dan tak pernah untuk putuskan hubungan silaturrahim"

tak mengapa...
buat apa mengharap pada orang yang tidak sudi...
biarlah kita teruskan hidup kita dengan cara kita sendiri...
dia dengan kehidupan dia, dan aku dengan kehidupan aku...
mungkin cara ini terbaik untuk kita..
mudah-mudahan...
segala kenangan manis, akan aku kenang dan hargai.
terima kasih untuk kenangan itu...
apa yang terjadi pada kita buat masa ini pastinya ada hikmah...

lotsoflove;
~mrsmass~

ALHAMDULILLAH PART II

my room
15 oktober 2012
11:20 am

assalamualaikum wbt dan salamesrabadi....

ADAM DAN HAWA...
cerita ni tengah top kat Astro sekarang dan secara tidak langsung aku juga terjebak dengan cerita ni. 
pada aku cerita ni tak jauh beza dengan drama-drama Melayu yang lain...
cuma aku suka mendengar ayat-ayat doa yang disebut...
kadang-kadang apa yang kita doakan setiap hari selepas sembahyang tidak sama atau pada aku tak terfikir untuk berdoa seperti itu...
jadi doa yang ditunjukkan dalam cerita yang aku tengok secara tidak langsung telah membantu aku untuk sama-sama berdoa seperti mereka...
kadangkala terdetik dalam hati aku bila melihat & mendengar doa tersebut

"kenapa la aku tak pernah berdoa macam tu sebelum ini?"
"ruginya aku tidak pernah berdoa macam ni sebelum ni..."

ya. aku cuma manusia biasa. 
kadang terkhilaf dengan apa yang aku lalui...
kadang aku lalai bila diuji dengan sedikit kenikmatan...
kadang aku alpa bila diberi sedikit kesenangan...
kadang aku terlena bila diberi sedikit kegembiraan...

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Janganlah Engkau biarkan aku terus lalai & alpa daripada terus mengingatiMu...
Janganlah Engkau mengujiku dengan perkara-perkara yang boleh menjauhkan aku dariMu...
Janganlah Engkau jadikan aku sebahagian daripada hambaMu yang sering melupakanMu...
Janganlah Engkau biarkan aku daripada terus hanyut dan lalai dalam meneruskan hidup di muka bumiMu...
Janganlah Engkau biarkan aku terus kufur dengan segala nikmat yang telah Engkau berikan...
bimbinglah aku...
bantulah aku...
kasihilah aku...
dan sayangilah aku seperti mana Engkau menyayangi hamba-hambaMu yang lain.
terima kasih atas segala kurniaan dan nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku selama ini...
Alhamdulillah...



lotsoflove;
-mrsmass- 

ALHAMDULILLAH PART 1

assalamualaikum wbt & salamesrabadi.

sudah lama rasanya aku tak menulis...
rindu untuk menulis kembali...
insyaallah lepas ni aku akan selalu menulis dan menulis...
entry kali ni aku nak bercakap tentang beberapa peristiwa yang terjadi kepada aku sebelum ini..

bila dah lama tak menulis ni aku rasa teruja untuk berkongsi cerita..
aku suka kongsikan apa yang aku buat / lakukan / lalui bukan untuk menunjuk kepada sesiapa jauh sekali berbangga dengan apa yang aku ada...
aku suka berkongsi apa yang aku sedang / telah buat/lakukan/lalui dengan meng-upload gambar / meng-update status di laman muka buku / blog / medium lain sebab :

a) aku nak kongsikan apa yang telah aku lakukan.
pada aku, berkongsi ilmu / pengalaman yang aku lakukan secara tidak langsung mendorong / menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama kalau mereka tidak pernah melaluinya. bagi yang pernah melaluinya mereka juga boleh berkongsi pengalaman yang sama. aku juga suka bila tengok aktiviti orang lain yang kebanyakkannya aku tak pernah lalui dan secara tidak langsung timbul rasa untuk mencuba. selagi perkara itu tidak salah, kenapa tidak aku tak nak mencuba?

b) aku suka berkongsi pengalaman / info / pengetahuan.
bila kita nak pergi sesuatu tempat yang beru pertama kali kita pergi / jejaki, for sure kita perlukan orang lain untuk membantu kita dalam memberi info / guide line. same goes to me.. mana tahu lepas kita share some info yang tak seberapa tu secara tidak langsung memberi maklumat / panduan kepada orang lain yang nak pergi ke tempat tersebut. kalau kita tak share mana orang tahu yang kita pernah pergi ke sana.

c) aku suka bergambar.
ke mana saja aku pergi terutama sekali tempat baru, aku akan bawa bersama kamera digital aku. aku suka bergambar & aku suka ambil gambar. setiap gambar yang diambil pasti ada sentimental value yang tersendiri walaupun sekadar gambar bath tab. dan biasanya aku akan meng-upload gambar ke laman sesawang setelah memilih beberapa keping gambar yang aku rasakan sesuai untuk dikongsi. walaupun tempat yang kita pergi tu dah selalu / biasa orang lain pergi tapi bagi orang yang jarang-jarang pergi / dapat peluang ke sana, pastinya gambar itu penting sebagai perakam moment-moment indah.

tapi bukan semua orang boleh terima cara aku...
aku suka berkongsi apa yang aku suka lakukan tapi ada orang yang kurang selesa untuk berkongsi apa yang mereka sedang lakukan...
itu hak dan pandangan masing-masing...
setiap manusia itu Allah swt telah jadikan berbeza-beza...
pastinya setiap perbezaan itu ada tercalit kekuatan & kelemahan...
pada aku mudah sahaja, kalau anda tak suka berkongsi apa yang anda lakukan, tak perlu la anda berkongsi mungkin pada anda perkara itu hal peribadi yang tak perlu diceritakan..
sebalik nya kepada yang suka berkongsi apa yang anda sedang lakukan, teruskan. mungkin perkongsian anda itu sedikit sebanyak dapat membantu orang lain..

kali ni aku nak share 2 keping gambar semasa aku pergi bercuti ke Medan, Indonesia baru-baru ini. 

 pemandangan dari kapal terbang. sangat padat kawasan penempatan kat medan.

sign board di Medan lebih kreatif dan memberi maksud yang mendalam :)

lotsoflove;
-mrsmass-