14 October 2012

ALHAMDULILLAH PART 1

assalamualaikum wbt & salamesrabadi.

sudah lama rasanya aku tak menulis...
rindu untuk menulis kembali...
insyaallah lepas ni aku akan selalu menulis dan menulis...
entry kali ni aku nak bercakap tentang beberapa peristiwa yang terjadi kepada aku sebelum ini..

bila dah lama tak menulis ni aku rasa teruja untuk berkongsi cerita..
aku suka kongsikan apa yang aku buat / lakukan / lalui bukan untuk menunjuk kepada sesiapa jauh sekali berbangga dengan apa yang aku ada...
aku suka berkongsi apa yang aku sedang / telah buat/lakukan/lalui dengan meng-upload gambar / meng-update status di laman muka buku / blog / medium lain sebab :

a) aku nak kongsikan apa yang telah aku lakukan.
pada aku, berkongsi ilmu / pengalaman yang aku lakukan secara tidak langsung mendorong / menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama kalau mereka tidak pernah melaluinya. bagi yang pernah melaluinya mereka juga boleh berkongsi pengalaman yang sama. aku juga suka bila tengok aktiviti orang lain yang kebanyakkannya aku tak pernah lalui dan secara tidak langsung timbul rasa untuk mencuba. selagi perkara itu tidak salah, kenapa tidak aku tak nak mencuba?

b) aku suka berkongsi pengalaman / info / pengetahuan.
bila kita nak pergi sesuatu tempat yang beru pertama kali kita pergi / jejaki, for sure kita perlukan orang lain untuk membantu kita dalam memberi info / guide line. same goes to me.. mana tahu lepas kita share some info yang tak seberapa tu secara tidak langsung memberi maklumat / panduan kepada orang lain yang nak pergi ke tempat tersebut. kalau kita tak share mana orang tahu yang kita pernah pergi ke sana.

c) aku suka bergambar.
ke mana saja aku pergi terutama sekali tempat baru, aku akan bawa bersama kamera digital aku. aku suka bergambar & aku suka ambil gambar. setiap gambar yang diambil pasti ada sentimental value yang tersendiri walaupun sekadar gambar bath tab. dan biasanya aku akan meng-upload gambar ke laman sesawang setelah memilih beberapa keping gambar yang aku rasakan sesuai untuk dikongsi. walaupun tempat yang kita pergi tu dah selalu / biasa orang lain pergi tapi bagi orang yang jarang-jarang pergi / dapat peluang ke sana, pastinya gambar itu penting sebagai perakam moment-moment indah.

tapi bukan semua orang boleh terima cara aku...
aku suka berkongsi apa yang aku suka lakukan tapi ada orang yang kurang selesa untuk berkongsi apa yang mereka sedang lakukan...
itu hak dan pandangan masing-masing...
setiap manusia itu Allah swt telah jadikan berbeza-beza...
pastinya setiap perbezaan itu ada tercalit kekuatan & kelemahan...
pada aku mudah sahaja, kalau anda tak suka berkongsi apa yang anda lakukan, tak perlu la anda berkongsi mungkin pada anda perkara itu hal peribadi yang tak perlu diceritakan..
sebalik nya kepada yang suka berkongsi apa yang anda sedang lakukan, teruskan. mungkin perkongsian anda itu sedikit sebanyak dapat membantu orang lain..

kali ni aku nak share 2 keping gambar semasa aku pergi bercuti ke Medan, Indonesia baru-baru ini. 

 pemandangan dari kapal terbang. sangat padat kawasan penempatan kat medan.

sign board di Medan lebih kreatif dan memberi maksud yang mendalam :)

lotsoflove;
-mrsmass-

No comments: