21 March 2011

~SMKLB~

my home sweet home 21-03-2011 8:58pm
assalamualaikum dan salamesrabadi...

sharing is caring...


perkongsian kali ini tentang kehidupan aku di SMKLB...


kat sini aku dah jumpa sekumpulan manusia yang suka menghabiskan masa dengan travel...


matlamat kami 1 bulan, 1 destinasi...


bermula dengan JANUARI, destinasi kami adalah meneroka NEGERI KEDAH DARUL AMAN (Alor Setar)


diikuti bula FEBRUARI, kami ke PERLIS INDERA KAYANGAN (Kuala Perlis Dan Padang Besar)


bulan MAC pula kami ke NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN (Teluk Batik Dan Kuala Sepetang)


dan pada bulan APRIL yang coming soon minggu depan kami akan ke NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR (Cameron Highland)


bulan berikutnya Insyaallah kami akan ke NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS dan WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR...

aku gembira dan bersyukur sebab dapat berjumpa insan-insan ini ketika aku di sini kerana mereka pengubat kebosanan aku pada hujung minggu...

Alhamdulillah kerana akhirnya aku dapat menemui rakan-rakan seperjuangan yang memiliki minat yang sama kerana telah sekian lama aku mencari rakan-rakan seperti ini...

mungkin ini yang dikatakan hikmah di sebalik sesuatu perkara yang kita sendiri tidak tahu...

mula-mula memang aku tak nak dan tidak sangka akan dihantar di sini...

aku selalu tanya pada diri aku :


"kenapa aku ada kat sini?" "kenapa mesti aku yang dihantar ke sini?"

"kenapa aku dapat tempat yang aku tak pernah minta?"


"kenapa bukan orang lain yang dihantar kat sini?"


tapi semua tu dah terjawab kini...

dan sekarang tiada lagi persoalan "KENAPA" tetapi lebih kepada "ALHAMDULILLAH"

Alhamdulillah aku dihantar kat sini sebab :

kehidupan kat sini buat aku tenang dan gembira


aku jumpa 1 keluarga besar yang sangat peramah + suka membantu
aku

jumpa kawan-kawan yang sentiasa buat aku gembira
aku

ada pelajar yang mendengar kata...
aku bahagia di sini :)

aku nak share kegembiraan aku dengan meng-upload pic kami travel in Malaysia :)

layannnn
lotsoflove:
~missmass~


~1st trip utk 2011 : ALOR SETAR~

~2nd destination : Padang Besar



~3rd destination : Teluk Batik~

~3rd destination : Kuala Sepetang

20 March 2011

~PLKN MOMENT PART II~

my home sweet home
20-03-2011
11:08 pm

semasa aku di PLKN UUM SINTOK...

ada sesuatu yang nak aku share...

masa aku sibuk tak join riadah waktu petang kat KOLEJ KEDIAMAN BUKIT KACHI 2 sebab kemalasan yang kronik, jadi aku ambil keputusan untuk menenangkan jiwa raga aku dengan duduk bersantai bersama ASMA and the geng di depan kafetaria...

aku tinggal handset kat dalam bilik sebab tengah charge [kalau bawa pun bukan ada orang nak call + sms maklum la masa tu ada boyfriend yang curang]

so sebelum waktu riadah habis, aku pun ambil kesempatan untuk curi-curi masuk bilik untuk ambil handset sebab takut hilang...

masa aku ambil handset tu ada "1 message received" so aku pun membacanya

"man esok aku tumpang ko gi clas, satria aku rosak"

so aku pun reply "salah no ni, ni mas bukan man"

dan dia pun dengan begitu yakin membalas sms aku dengan mengatakan aku ni menipu... [banyak cantek kata aku menipu]

bertikam lidah, bertegang leher juga la aku dengan dia...

setelah penat membalas sms dan akhirnya...

dia call aku untuk nak kan kepastian dan sebelum letak dia cakap...

"kalau lepas ni saya sms or call awak lagi boleh tak?"
[ayat orang nak mengorat, tak boleh blah betul haaa]


then bermula episod berbalas-balas sms dan calling2 antara aku dan dia...

dia cakap kat aku dia tengah belajar kat Uitm Shah Alam [engineering course]

dia cakap dia orang Ipoh, anak sulung dan tak suka tinggal kat kawasan bandar...

setiap hari kami akan berbalas sms [selalunya dia yang hantar sms dulu dan kadang-kadang aku yang hantar dulu sebab busy dgn clas]

suatu hari dia tanya nama penuh aku + tarikh lahir...

keesokkan harinya dia sms aku

"awak, apa saya cakap ni awak bagitahu saya berapa yang betul"

rupa-rupanya dia bagitahu aku pasal bentuk fizikal aku [tinngi, berat, bentuk muka, rambut]

aku sangat terkejut sebab apa yang disebut semuanya sama [tapi tak la tepat 100%]

aku mula confused dan aku dapat rasakan dia ni antara orang yang memang kenal aku dan saje nak kenakan aku...

tapi dia beriya-iya cakap tak

"eh betul ke ape yang saya teka? betul saya tak kenal awak, saya teka je"

then aku tanya dia

"mana awak tau semua ni?"

dia cakap mungkin ni kelebihan dia sebab dia cakap dia buat solat sunat istikharah untuk tengok macamana rupa aku...

"dalam mimpi tu saya tak nampak jelas muka awak tapi saya dapat agak la awak macam mana, kalau awak nak tengok saya macam mana, malam ni awak buat solat sunat istikharah"

dia selalu cakap kat aku...

"saya ni tak handsome, dah la gemuk pendek pula tu... kalau saya tolak awak mesti awak melayang"

seronok sembang dengan dia sebab dia matang + islamic sikit...

aku pernah minta dia prove kat aku, kalau betul dia duduk shah alam aku minta dia call aku guna public phone yang naik nombor shah alam sebab sebelum ni kalau dia call guna public akan naik "private number"

then pada suatu malam dia pun call aku guna public phone

+603-55++++++ "naik nombor kan? puas hati? jenuh saya cari public phone yang naik number tau"

aku pun diamkan je dan dalam masa yang sama aku still rasa tak percaya...

suatu hari dia sms aku...

"awak, saya ada benda nak bagitahu awak... mungkin jodoh kita setakat ni je sebab tak lama lagi saya akan pergi ke seberang laut..."

bermulalah episod sedih bila dia bagitahu yang tak lama lagi dia akan fly ke Jepun...

suatu malam pada hari-hari terakhir sebelum dia fly, dia call aku...

"saya minta maaf kalau selama kita kenal saya ada buat salah pada awak. awak kejar cita-cita awak dan saya kejar cita-cita saya... tiga tahun tak lama tapi saya tak janji apa-apa pada awak. kalau saya balik nanti, ada perempuan di sebelah saya, awak jangan salahkan saya. tapi kalau saya balik nanti saya tak ada siapa-siapa tak salahkan kalau kita cuba? tapi kalau masa tu awak ada orang lain, saya tak kan salahkan awak... kalau sepanjang kita lost contact ni awak jumpa orang yang lebih baik dan sesuai untuk awak, awak terimalah dia. saya tak kan marah awak sebab kita tak janji apa-apa.. awak jangan tunggu dan harap pada saya sebab saya tak janji apa-apa pada awak sebab saya takut nanti saya yang tak tepati janji saya.. panjang umur kita jumpa lagi. saya akan simpan nombor awak, mana tahu tiba-tiba kat sana saya ingat kat awak, saya call la awak tapi tak boleh la selalu... nanti kalau saya dah balik malaysia, saya akan cari awak balik, insyaallah tu pun kalau awak tak tukar nombor..."

2-3 hari sebelum dia fly dia ada hantar sms kat aku tapi aku dah lupa dia tulis apa [aku ada tulis balik sms dia tu dalam buku PLKN]

dia pernah cakap, semua sms yang aku dan kawan-kawan hantar dia salin balik dalam buku [sentimental betul]

malam sebelum dia fly dia cal call aku dan say goodbye...

sepatutnya 2007 dia dah balik malaysia tapi sampai sekarang aku dengan dia dah lost contact since 2004...

mungkin betul kami tak ada jodoh dan aku tak pernah salahkan dia...

dia pernah jadi salah satu kenangan aku masa kat PLKN...

dan dia masa lepas aku...

semoga dia dah dapat apa yang dia nak dan dia bahagia dengan kehidupan dia :)

to be continued

lotsoflove:
~missmass~


18 March 2011

~KOREAN MOVIE~


my home sweet home
19-mac-2011
2:32 pm

movie pilihan kali ini adalah MY GIRL...

1st time aku tengok movie ni masa aku tengah bosan giler kat rumah tak tau nak buat apa...

aku baru tengok 10min yang pertama terus hati aku rasa seronok tak hengat :)

lucu bila tengok JU YOO RIN punya gaya :)

dan pastinya cerita ini adalah kisah centa yang lebih kurang sama dengan cerita HANA YORI DANGO dan FULL HOUSE...

aku suka HERO dan HEROIN dalam cerita ni sebab dua2 pandai berlakon dan tak kaku macam kayu...

HERO-nya :

dah tentu la kacak, handsome lagi bergaya...

soft spoken tapi slow [lampi kot]

punya senyuman yang sangat sweeeeeeeet

HEROIN :

cute dan sempoi...

bersahaja tapi kelakar...

muka innocent :)

dalam cerita ni kalau aku jadi JU YOO RIN pastinya aku akan memilih JEONG WOO dan bukannya GONG CHAN...

sebabnya :

GEONG WOO yang beriya-iya + bersungguh-sunggu mengorat YOO RIN.

berani luahkan perasaan dia face to face dengan YOO RIN

selalu ingatkan YOO RIN yang dia ada dengan YOO RIN setiap masa

selalu dengar luahan hati YOO RIN pasal GONG CHAN

selalu bagi semangat dan ruang pada YOO RIN kalau ada masalah

ada satu instict yang kuat pada YOO RIN (dia selalu dapat rasa yang YOO RIN tengah sedih duka pilu)

selalu selamatkan YOO RIN bila tiap kali YOO RIN terjumpa GONG CHAN dan x-gf dia [kesian YOO RIN terpaksa tengok + tolong orang yang dia suka dengan perempuan lain]

walaupun JEONG WOO ni player terbaik tapi selepas jumpa YOO RIN dia janji nak berubah dan dia dah buktikan pada YOO RIN yang dia sendiri dah berubah tapi YOO RIN tetap reject...

kenapa aku tak pilih GONG CHAN? sebabnya :

dia pilih untuk terima balik x-gf dia walaupun masa tu dia tengah confused perasaan dia dgn YOO RIN

dia tak tahu nak luahkan perasaan dia kat YOO RIN walaupun peluang tu sentiasa ada...

dia selalu tak tepati janji dia dengan YOO RIN sebab dia lagi beratkan x-gf dia [tak guna betul, suka mungkir janji]

dia lebih banyak diam dari buat something untuk YOO RIN [lembik la juga]

dia suka kejar sesuatu yang dia sendiri tak pasti [x-gf] dan suka berfikir balik apa yang dia dah buat [tak faham betul aku dengan dia ni]

sangat slow untuk faham dan buat sesuatu yang dia nak + suka + cari....

ye la aku ni cuma tengok cerita ni bukannya director pun...

dah nama pun cerita musti la tak sama yang macam aku rasa sekarang ni...

kalau ikutkan aku, kalau aku jadi YOO RIN aku akan pilih JEONG WOO tapi director suruh pilih GONG CHAN...

masa last sekali ada video pasal pelakon ni bagi komen + luahkan perasaan pasal cerita ni dan YOO RIN tak terkecuali dalam bagi komen dan dia ada bagitahu, kalau reality-nya dia pun akan pilih JEONG WOO bukan GONG CHAN...

"if its me, of course i'll go to JEONG WOO"

haaa... kiranya dia yang berlakon pun boleh pikio macam yang aku pikio, so dia pun punya perasaan dan pandangan yang sama dengan aku juga la kan? kan? kan? kan?

tapi disebabkan dia pelakon so kena la ikut arahan director, kalau tak nanti director cari pelakon lain baru tau... [amek ko padan muka sape suruh lawan cakap tokey]

tapi itulah kehidupan...

dah nama pun cerita mestilah happy ending tapi kalau dalam kehidupan sebenar mungkin tak sama macam dalam cerita sebabnya YOO RIN pun dah bagitau kalau reality-nya dia tak akan pilih GONG CHAN, jadi lu pikir la sendiri...

tapi cerita ni pun ada buat air mata aku berguguran membasahi pipi...

sedih masa YOO RIN terpaksa bagi laluan kat GONG CHAN untuk terima balik x-gf dia

masa YOO RIN nampak GONG CHAN kissed x-gf dia

masa YOO RIN minta GONG CHAN ingat birthday dia bila salji turun

masa YOO RIN terpaksa tinggalkan rumah tu sebab dia tak sanggup nak tipu lagi...

bila YOO RIN luahkan perasaan dia kat GONG CHAN masa kat dalam lift...

aku suka cerita ni walaupun pada mula nya aku cukup tak suka cerita bersiri sebab lambat nak habis...


~MY GIRL~


~YOO RIN N GONG CHAN~


~CINTA TIGA SEGI JEONG WOO-YOO RIN-GONG CHAN
[aku akan pilih JEONG WOO]


~oh no GONG CHAN yang hot lg kacak bergaya :)


~JEONG WOO - player yang cool :)

lotsoflove:
~missmass~


~KOREA VS JEPUN~

my home sweet home
19-mac-2011
12:16 am

berbalik pada posted yang sebelum ni pasal cerita HANA YORI DANGO DAN BOYS OVER FLOWER...
secara jujurnya aku tak berapa suka BOYS OVER FLOWER sebab jalan cerita yang tak berapa nak menarik perhatian aku... lepas tu pelakon yang kaku...

tapi aku layankan juga sebab aku nak tengok macam mana jalan cerita ni dan compare dengan cerita versi JEPUN...

tapi HERO-HERO dalam cerita ni memang terbaikkkk dari KOREA :) [dah la handsome lepas tu tinggi, suara pulak macho. memang full spec la]

walaupun heroin cerita tak berapa nak cun tapi ok-ok la walaupun ada sesetengah part yang buat aku nyampah tengok muka heroin ni tapi aku layankan juga...

dalam cerita ni part yang paling aku suka adalah seperti berikut :

masa JUN PYO selamatkan JAN DI kena buli dengan kawan-kawan dia [siap kene sembur dgn pemadam api lg tu]

suka sangat tengok muka JUN PYO masa dia bawa JAN DI naik helikopter pastu tunjuk satu tempat yang bentuk HATI [muka malu yang tak boleh blah]


suka tengok renungan mata dan stail rambut + pakai uniform JUN PYO masa dia tengok gambar JAN DI dengan laki lain [siap rebonding tu.. smartttttttt sangat]

touching bila JUN PYO tolong sapukan ubat kat kaki JAN DI sampai minah tu tido...


suka bila JUN PYO lamar JAN DI kat tepi laut [so sweeeeeeeeeeeeettttttt]

kelakar masa JAN DI datang nak minta maaf kat JUN PYO pasal JUN PYO belasah boyfriend kawan baik dia...

suka bila JUN PYO pujuk JAN DI untuk JAN DI say "i like u" walaupun JAN DI buat kering

sudah pastinya aku turut sedih pada part :

JAN DI nampak JUN PYO kissed tunang dia

bila JAN DI jumpa JUN PYO kat jambatan MACAU [JUN PYO yang ego dan kejam]


bila JAN DI jumpa JUN PYO masa hari JUN PYO nak kahwin


bila JUN PYO melutut kat tunang dia untuk minta putus...


dan sama seperti cerita versi JEPUN, dalam cerita ni juga aku turut memilih JI HOO yang cool lagi handsome atas reason yang sama...

tapi hero pujaan aku dalam cerita ni sangat kaku dan kayu... :(

tapi semua tu tak jadi masalah sebab dia handsome :)



~BOYS OVER FLOWER~


~JAN DI DENGAN JUN PYO~


~JAN DI DAN JI HOO (kalau aku memang aku awal-awal pilih JI HOO)


~JI HOO yang cool lagi matured~

next topic akan diberitahu kelak...

lotsoflove;
~missmass~

17 March 2011

~JEPUN VS KOREA~

My room

17-mac-2011

12:22 am

Hidup itu tak selalunya indah…

Tak semua yang kita nak kita akan dapat…

Kali ni aku nak share tentang kisah “BOYS OVER FLOWER” versi KOREA dan “HANA YURI DANGO” versi JEPUN…

Cerita yang sama Cuma perbezaan dari segi pelakon dan bahasa…

Aku sangat suka tengok movie ni…

Dah banyak kali aku mengulang-tayang cerita ni tapi tetap juga tak bosan-bosan…

Aku kenal cerita ni dari pengedar DVD yang selalu menghantar movie pada aku, siapa lagi kalau bukan En. Fa’an.

Dia bagi movie ni masa aku Sem 1 kat UPSI (bersamaan bulan julai 2006) tapi aku mula tengok movie ni masa aku Sem5…

Selepas 2 tahun baru hati nurani aku tergerak nak layan movie ni dan ternyata aku telah mensia-siakan movie ni hampir 2tahun dengan meminjamkannya kepada rakan-rakanku yang lain (bongok betul)

Kisah cintan memang best + layan…

Aku akui aku nangis masa tengok movie ni (touching weiii)

Aku tak suka adegan-adegan sedih yang menyayat hati antara hero dan heroin…

Part I yang buat aku nangis masa Makino (Si Heroin) jumpa Kakak Domyouji yang dia bagitau dia still sayangkan Domyouji (Si Hero) walaupun Domyouji buat dia macam ni…

Part kedua yang buatkan air mata aku berguguran masa Makino call Domyouji yang dah lama menghilangkan diri ke New York then balik semula ke Jepun. Makino call sebab nak dengar suara Domyouji…

Part ketiga pula masa Makino dan Domyouji jumpa kat rumah Akira… Masa tu Makino dah decide nak lupakan terus Domyouji…

Dah nama pun kisah cinta mestilah happy ending…

Tapi kalau aku ada pada tempat Makino memang aku tak akan terima Domyouji dari awal lagi. Nak tau sebab apa? Sebabnya…

1-Domyouji orang pertama yang buli dia masa kat sekolah

2-Domyouji dengan Makino tak sama taraf (tak jadi masalah besar sebenarnya)

3-Parents Domyouji tak merestui langsung dorang ni couple (Makino is rejected person)

4-Domyouji tinggalkan Makino sorang-sorang tanpa khabar berita lepas dia blah ke New York

5-Domyouji tak tahu nak pertahankan Makino bila mak dia nak jodohkan dia dengan Shigeru

6-Domyouji ego…

Dan pastinya aku akan pilih Hanazawa Rui kerana :

1-Dia penyelamat setiap kali dibuli dek Domyouji

2-Dia seorang yang cool, soft spoken dan matured

3-Dia banyak support Makino masa Makino ditinggalkan Domyouji seorang diri terkontang kanting kat Jepun…

4-Dia selalu ada dengan Makino masa Makino frust menonggeng sebab Domyouji bertunang dengan Shigeru

5-Dia cuba nak tackle Makino dengan cara dia sendiri…

Oh no… I like HANAZAWA RUI…

Dah nama pun cerita mesti la ending-nya hero balik semula dengan heroin…

Kalau aku ada kat tempat Makino memang aku tak akan go on dengan Domyouji sebab mak dia terlalu kejam…

Tapi dugaan dalam hubungan mereka pun dasyat-dasyat juga tapi kalau yang real tak tau la betul ke tak Makino boleh setia macam dalam cerita ni…

Secara keseluruhannya, aku suka sangat jalan cerita HANA YURI DANGO ni sebab memang betul-betul tunjukkan yang F4 ni kaya raya, ada kuasa, pembuli dan ego…

Aku suka renungan tajam mata Domyouji masa dia renung Makino tengah peluk Hanazawa Rui kat tangga (aku pula yang nebes tak hengat masa tengok mata dia macam aku pula yang buat salah)

Aku suka renungan mata Domyouji masa Makino kena fitnah dengan Sakura (perghhhh… renungan mata yang mengharapkan kebenaran)

Aku suka cara Domyouji pujuk Makino masa Makino dah patah semangat nak join TOJ (cool tapi sweeeeeeet)

Aku kagum cara Shigeru masa nak putuskan tunang dengan Domyouji (cara yang cool tapi dia sendiri tak dapat terima)

Aku suka cara Domyouji proposed Makino masa kat restoran (siap beli terus restoran tu)


CINTA TIGA MUSIM :) [PASTINYA AKU AKAN PILIH RUI]

DOMYOUJI TSUKASA N MAKINO TSUKUSHI

HAZANAWA RUI - pilihan aku :)

Aku suka sangat cerita ni memang terbaik dari JEPUN.

Ok to be continued untuk versi KOREA pula…

Lotsoflove;

~missmass~

~MOOD : SEDIH~

My room

16-03-2011

10:58pm

Malam ni malam last aku tidur kat katil aku…

Malam ni malam last aku baring kat katil aku…

Malam ni malam last aku pasang kelambu kat bilik aku…

Malam ni malam last aku makan dengan mak aku…

Malam ni malam last aku baca yassin kat rumah aku…

Malam ni juga malam last aku tengok cerita korea yang dah lebih 3x aku tengok…

Sebabnya…

Mulai malam esok aku dah ada kat rumah sendiri…

Aku dah mula siapkan kerja yang tertangguh…

Aku dah mula fikirkan hal kerja… kerja… kerja… dan kerja…

Aku dah mula fikirkan hal sekolah… sekolah… dan sekolah…

Aku dah mula fikirkan hal pelajar… pelajar… dan pelajar…

Percaya atau pun tidak…

Sejak aku mula bekerja aku tak pernah lagi berkesempatan melayan movie kat laptop aku…

Tak sempat dan tak teringat pun nak layan movie…

Mungkin sebab aku dah puas melayan movie masa aku tanam anggur sebelum ni…

Masa yang ada banyak dihabiskan dengan kerja… sekolah… dan pelajar…

Mudah-mudahan selepas ini aku ada masa untuk buat semua ni di rumah aku nanti…

Aku pun tak pasti bila lagi aku akan dapat baring kat katil aku ni lagi…

Aku pun tak pasti bila aku dapat balik kampung lagi…

Aku pun tak pasti bila aku dapat jumpa mak dan bapak lagi…

Rasanya terlalu lama nak tunggu 29 april untuk merasai semua ini semula…

Tu pun kalau tiada apa-apa halangan…

Harap-harap begitulah…

Mood saya sangat tidak ok…

Saya sangat sedih…

Lotsoflove;

~missmass~