11 December 2011

~SAYA ADA KAWAN_PART II~

12-12-2011
13:34
my home sweet home

assalamualaikum wbt & salamesrabadi...

aku selalu tanya pada diri aku...

"kenapa aku posting kat sini?"

"aku tak minta sekolah ni, kenapa aku dapat?"

"aku minta perak, kenapa kawan aku yang lain dapat perak sedangkan aku anak perak tak dapat tempat sendiri?"

"apa hikmah aku dapat dia ya Allah?"

sepanjang orientasi guru baru (3 minggu kena stay sekolah masa cuti sekolah) aku down...

cari kekuatan nak teruskan & terima sekolah ini...

dalam masa tu aku sibuk cari orang minta tukar suka sama suka...

aku tak sabar nak pindah dari sini...

maklumlah masa tu cuti sekolah dah mula lagi pula tak ada siapa-siapa kat sekolah...

bosan sangat...

cun pula aku kena datang meeting 2 minggu sebelum buka sekolah...

masa tu baru aku jumpa cikgu-cikgu sekolah ni...

walaupun gaji masuk awal tapi sikit pun tak menggembirakan aku...

tak sampai 1 bulan aku dah dapat gaji, alhamdulillah.

masa meeting aku baru berkenalan dengan cikgu-cikgu...

bonda panggil semua guru baru untuk kenalkan diri...

zaitonnisak : orang pertama tegur aku masa meeting koko...

dia ajak aku makan laksa...

dari situ aku mula mengenali ahli Kelapa Dara seorang dan bermula la episod kembara kami...

to be continued

lotsoflove;
~missmass~

~SAYA ADA KAWAN_PART I~

12-12-2011
13:04
my home sweet home

assalamualaikum wbt & salamesrabadi

22 november 2011 (isnin) hari pertama aku melaporkan diri di JPN Negeri Kedah Darul Aman.

masa tu aku telah dihantar oleh kak long & abang mat ke JPN.

aku sampai lebih kurang jam 7.30 pagi di hadapan JPN.

masa tu aku jumpa kawan-kawan aku yang senasib dengan aku posting ke negeri ini.

mostly orang kedah & pastinya mereka teruja sebab dapat berkhidmat kat tempat sendiri.

aku masuk ke dewan Al-Farabi untuk dengar taklimat & menyerahan memo...

jujurnya aku tawar hati & tak de mood nak dengar taklimat walaupun dia cerita bab gaji & cuti...

masa tu aku pun tak risau macam kawan-kawan aku yg lain...

dorang risau bila pegawai tu cakap kekosongan banyak di daerah baling & langkawi...

pada aku "ade aku kesah kosong banyak kat sana?"

aku memang tak pernah minta negeri ni masa isi permohonan so bila aku dapat aku tak risau di tempatkan di mana-mana...

Fa'an aku pula yang over takut aku dapat Langkawi / Changloon / Jitra (jauh katanya)

akhirnya masa yang ditunggu telah tiba (serah memo)

sorang-sorang nama dipanggil untuk ambil memo daripada pengarah...

lepas ambil memo aku bukak & aku cuma tengok daerah mana & terus sms pd Fa'an

"b, i dapat daerah Kulim Bandar Baharu"

tak de perasaan apa-apa pun masa tu...

budak-budak lain siap jerit-jerit sebab seronok dapat sekolah dekat dengan rumah (lempang kang baru tau)

aku bersyukur sebab kulim ni dah selatan kedah so dekat la aku nak balik...

lepas tu taklimat dengan pegawai PPD...

kami dipecahkan mengikut PPD & masa ni aku pun sibuk cari kawan yang sama sekolah dengan aku.

alhamdulillah...

aku jumpa 2 orang kawan perempuan yang sama sekolah dengan aku.

lepas taklimat aku pun balik ke rumah kak long & fa'an pula pulang semula ke perak.

NIK ZAKIAH BT AWANG



kawan baru saya & merangkap housemate saya

kami tidur berdua di bilik warden selama 3 minggu...

sangat tertekan sebab kena stay kat sekolah untuk 3 minggu...

kami makan berdua di dewan makan asrama...

kami habiskan masa dengan penuh kebosanan di bilik warden di kala malam...

kami selalu muhasabah diri bila mengenangkan nasib di tempatkan di sekolah ini...

dia selalu beritahu aku yang dia sedih sebab terpaksa berjauhan dengan suami...

kesian puan nik (gelaran yang aku selalu bagi)

dia banyak tolong aku...

aku banyak susahkan dia...

terima kasih puan nik atas segala pertolongan...

mas sayang nik...

PUVANESWARY A/P MUNIANDY


aku panggil dia puva...

masa baru posting dia banyak tolong aku & nik

dia banyak tolong kami explore kulim...

opsss lupa, puva ni lucky sebab dia posting kat sekolah lama dia..

kira sirih pulang ke gagang la...

dah tak payah fikir nak cari rumah sewa macam aku & nik...

duduk dengan parents...

nak pergi sekolah pon dekat

tapi dia sedih sebab dapat sekolah ni sebab dia nak pergi jauh...

dia cakap dia minta sabah & sarawak masa isi borang dulu...

tak pe la kalau tak mesti kita tak dapat jumpa kan?

lepas tu kami jarang jumpa sebab bilik puva jauh dari bilik aku & nik...

hari tu puva sakit sampai pengsan kat dalam bilik guru...

kesian puva...

terima kasih puva sebab banyak tolong mas sepanjang mas kat sini..

mas sayang puva...

to be continued

lotsoflove;
~missmass~

10 December 2011

~SELAMAT TINGGAL~

11-12-2011
12:10
my home sweet home

walaupun hati saya telah jatuh cinta dengan SMKLB...

walaupun saya rasa sangat gembira bertugas di SMKLB...

walaupun saya sudah mula terpaut hati di Kulim, Kedah Darul Aman...

tetapi saya perlu ucapkan "Selamat Tinggal SMK Labu Besar"

bak kata Bonda SMKLB

"walaupun saya sayangkan SMKLB tapi saya perlu fikirkan tentang diri saya juga, sampai satu masa saya perlu tinggalkan tempat ini"

ya... sampai satu masa aku perlu tinggalkan SMKLB.

terima kasih atas segala kenangan terindah yang sempat saya lalui selama 360 hari di sana...

terima kasih kepada semua guru-guru yang banyak bantu saya semasa saya berkhidmat di sana...

terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai salah seorang warga SMKLB...

terima kasih atas segala sokongan + dorongan + tunjuk ajar + bimbingan + nasihat sepanjang saya bertugas di sana...

terima kasih atas semua ilmu yang diberikan...

terima kasih atas segala kenangan indah di sana...

terima kasih kerana selalu menceriakan hari-hari saya...

kepada pelajar-pelajar SMKLB (esp PRS)...



terima kasih untuk kenangan ini...

terima kasih sebab banyak tolong cikgu untuk jayakan event PRS

terima kasih sebab selalu support cikgu untuk naikkan semula PRS

terima kasih sebab banyak tolong cikgu buat kerja di UBK...

untuk abang long & kak ngah saya :



terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan

terima kasih atas bimbingan yang diberi

terima kasih kerana sudi menerima kehadiran "adik" :)

panjang umur + murah rezeki kita jumpa lagi...

saya pasti merindui warga SMKLB...

lotsoflove;
~missmass~

antara pic last day aku di SMKLB



~CUTI SEKOLAH~

11-12-2011
11:39
my home sweet home

assalamualaikum wbt & salamesrabadi

lama sudah aku tak update blog ni...

tiba-tiba hari ni rasa nak update pulak...

walaupun banyak masa yang aku ada (maklum la cuti sekolah) tapi aku banyak habiskan masa dengan tidur... tidur... dan tidur...

cuti sekolah memang seronok sebab aku dapat tenangkan hati yang memang tenang...

bak kata kakak aku "ko suka ye duk umah 1bulan lebih. goyang kaki je pastu hujung bulan tunggu gaji masuk"

statement tak puas hati nampaknye...

tapi dia tak tahu yang aku bertungkus lumus bekerja masa hari bekerja & bila cuti aku cuti la sepuas-puasnya... hahahaha (gelak puas hati)

cuti 1 bulan lebih ni aku menghabiskan masa dengan tengok cerita korea.

aku dah mengkhatamkan cerita "SECRET GARDEN"

layan seh...

Gil Ra Im yang sangat comel lagi santik...

Kim Joo Woon yang penuh dengan suprise lagi hati kering membuatkan aku suka lagi tertarik dengan ini lelaki...

oh no! aku suka ini Kim Joo Woon yang berhati kering ini :)

masa ni Kim Joo Woon & Gil Ra Im bertukar badan...
macam tak logik tapi kelakar...
aku suka part dorang bertukar badan...
kelakar bila dorang cuba jadi orang lain...
suka bila Kim Joo Woon ajar Gil Ra Im pakai baju + mandi tanpa tengok badan...

i like bila Kim Joo Woon ambil kesempatan nak tentang mata dengan Gil Ra Im...
kalau masa ni aku jadi Gil Ra Im sure aku nebessss tak hengat la...
pastinya hati aku berbunga-bunga cinta bila ada seorang lelaki berhati kering yang kaya lagi kacak cuba nak mengorat aku (ober nampaknya)

part paling aku suka...
aku suka bila Kim Joo Woon merenung Gil Ra Im tidur...
sangat unexpected!
renungan mata Kim Joo Woon yang tajam lagi menikam melihat Gil Ra Im tidur..
siap berdialog dalam hati lagi

Kim Joo Woon : kenapa dahi awak berkerut? awak mimpi apa?
Gil Ra Im : Saya mimpi buruk sebab tu dahi saya berkerut
Kim Joo Woon : awak mimpi apa? siapa dalam mimpi awak?
Gil Ra Im : awak ada dalam mimpi saya
Kim Joo Woon : walaupun saya ada dalam mimpi awak, saya masih tak dapat gembirakan awak

hambik kau...
lawak betul la...

part Gil Ra Im jadi sangat santik lagi menawan...
aku suka sangat tengok Gil Ra Im masa ni...
santik sangat sangat sangat...

standard cerita korea pastinya ada halangan daripada keluarga.

macam cerita ni juga la...

tapi aku suka cerita ni...

:)

lotsoflove;
~missmass~

10 September 2011

~SAYA BIMBANG~

bilik kaunseling
11-09-2011
9:49 am

assalamualaikum wbt & salamesrabadi...

entri kali ini aku nak share tentang drama "YOU'RE BEAUTIFUL"

aku bimbang jika aku menjadi "GO MI NYU" yang tidak sedar akan ada insan lain yang sedang menyayanginya...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa anda insan lain yang ikhlas menyayangi aku...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa ada insan lain yang sering memberikan bahunya kepada aku...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa ada insan lain yang selalu berada di sisi aku di kala aku sedang memerhatikan orang yang aku suka bersama insan lain...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa ada insan lain yang selalu buat aku gembira di kala aku sedang sedih pabila insan yang aku sukai melukakan hati aku...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa ada insan lain yang selalu berada di belakang aku di kala aku ingin rebah melihat insan yang aku sukai tidak menyedari akan kehadiran aku...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa ada insan lain yang selalu berada di hadapan aku tetapi aku tidak pernah melihatnya di mana sahaja aku berada...

ya allah, bantulah aku untuk sedarkan aku, bukakan pintu hati dan mata aku untuk melihat dan menyedari akan kehadiran dia di sisi aku...

ya allah, janganlah kau tutup pintu hati aku untuk melihatnya hanya kerana aku sedang menyukai insan lain...

ya allah aku bersyukur kepada-Mu kerana engkau tidak menjadikan aku seperti GO MI NYU, JU YOO RIN, HAN JIEN, MAKINO TSUKUSHI, GUEM JAN DI...

aku bersyukur kepada-Mu kerana Engkau telah bukakan pintu hati aku untuknya sejak 6 tahun lalu di mana pada masa itu aku juga sedang menyukai insan lain...

Alhamdulillah sehingga kini aku masih lagi bersamanya dan aku harapkan agar kasih sayang yang kami bina ini akan kekal dan terus direstui hingga ke nafas kami yang terakhir...

lotsoflove:
~miss mass~

~ANDAI ITU TAKDIRNYA~

bilik kaunseling
11-09-2011
8:54 am

assalamualaikum wbt & salamesrabadi...

saya suka tengok cerita korea + jepun...

saya tak sedar sejak bila saya mula suka layan cerita korea + jepun...

terima kasih kepada kekasih gelap saya sebab memberi pendedahan awal kepada saya untuk menyukai cerita-cerita korea + jepun ini...

kerana anda saya mula menyukai cerita daripada korea + jepun...

tahniah kerana berjaya meracuni saya supaya meminati dan menyukai cerita dari korea + jepun...

saya tak tahu di manakah kelainan mahupun keistimewaan cerita ini tapi saya suka akan cerita-cerita mereka...

tiada kelainan mahupun keistimewaan sebab jalan cerita yang sama cuma pelakon yang berbeza...

kali ini saya mahu berkongsi tentang cerita korea "YOU'RE BEAUTIFUL"

saya telah terkena demam "YOU'RE BEAUTIFUL"

dan semua ini adalah gara-gara kekasih gelap saya juga...

terima kasih kerana membekalkan cerita ini kepada saya walaupun tertinggal 3 episod!

oh no...

awak buat saya jadi tak ketahuan...

dan kerana ini juga saya terpaksa download di you tube untuk memastikan saya akan dapat melihat semua episod tanpa ketinggalan...

macam cerita korea yang lain...

seorang perempuan menyamar menjadi lelaki bagi menggantikan tempat abangnya dan dia menyukai seorang lelaki yang ego dan tidak pernah melayannya dengan baik...

seorang lelaki yang cool lagi soft spoken menyukainya dan dalam masa yang sama lelaki itu cuba untuk menunjukkan bahawa dia menyukainya tetapi selalu dihalang oleh lelaki yang perempuan itu sukai...

kesian dan sedih kepada lelaki yang cool itu sebab apa yang dirancang pasti akan ada yang menghalang tetapi lelaki yang cool ini tetap cool dan terus mencari ruang dan peluang untuk memberitahu kepada perempuan itu bahawa dia menyukainya...

wahai perempuan "GO MI NYU" yang menyamar menjadi "GO MI NAM" :

kenapa la anda tak sedar bahawa SHIN WOO selalu memerhatikan anda...

SHIN WOO selalu menunjukkan hint bahawa dia sedang menyukai anda...

SHIN WOO selalu mencari ruang dan peluang untuk bersama anda...

SHIN WOO selalu berada di sisi anda di kala anda menangis kerana TAE KYUNG...

kenapa anda terus mencari dan melihat TAE KYUNG?

kenapa anda tidak perasan akan kehadiran SHIN WOO di hadapan anda?

kenapa anda tidak cuba faham dan hargai apa yang SHIN WOO lakukan kepada anda?

kenapa anda mengharapkan sesuatu yang tidak pasti menjadi milik anda?

walaupun akhirnya cerita ini happy ending tetapi jika saya berada di tempatnya, saya tidak akan memilih TAE KYUNG sebaliknya saya akan memilih SHIN WOO...

lotsoflove:
~miss mass~




04 August 2011

~SMKLB_MOMENT~

05-08-2011
12:54pm

my room

assalamualaikum wbt & salamesrabadi...


This time I want to try blogging using English.

sorry if any offense sentence.

I still learning, please correct if wrong.

This time I
wanna share about "my school".

after more than 8 months I was here, I am grateful to be placed in this school.

grateful for teachers who like to help ...

learn
a lot from the principals and senior assistants.

meet with students who have a vastly different background than mine ..

I was lucky to be born into a family is caring and able to provide everything.


I need more work to help my students so that they could change the fate and their views about their future.

I always
think why they're so like this?

why
they do not care about their future?

but
the answer was answered when I went to their house ..

yes,
we can not blame their fate.



is the certainty of their culture. as teachers we need to see their potential and help them to achieve their potential.

but why do not they
try to understand what we do?


sometimes I give up with them.

try to understand what we do for you ...

I
cannot afford to do by myself if you do not help me ..

I
love you all.

I was impressed
with the qualities inherent in the head.

help understand how students feel.

I tried to
do the same thing like that...


I really love this school ..

teachers always helped me.

I do not
feel alone when they are here.

I have never been
excluded from the start I went here.

they received
me well.

Thank you for everything.

now i'm proud to be a teacher in this school.


lotsoflove; ~missmass~










11 July 2011

~ANDAI SAYA ADA DI SITU... PART II~

my room
11-julai-2011
9:24 pm

ok jer...
ada masa lagi nak study...
i'll take care of myself...
won't do stupid thing...
i promise to kak mas...


lega hati aku bila dia cakap macam tu...

tapi bukan lega sepenuhnya...

risau kalau dia ulang balik sikap lama dia...

dia perlukan bimbingan...

dia perlukan sokongan...

dia perlukan tempat untuk bercerita...

dia terlalu banyak cerita yang dia terpaksa simpan sendiri...

aku kagum dengan dia...

sebab dia tabah lalui ujian & dugaan yang ALLAH SWT berikan kepadanya...

dia budak yang pandai...

kalau dia dapat gunakan kepandaian dia insyaallah dia boleh berjaya...

ya allah, lindungilah dia daripada melakukan perkara-perkara yang terlarang...

kuatkanlah hatinya dalam menempuh apa sahaja dugaan + ujian yang Engkau berikan...

berikan seseorang yang dapat menjaga & membimbingnya dengan baik...

dia budak yang baik cuma dia kurang bimbingan daripada orang dewasa...


suatu masa dulu Burhan bersama Zikri~




dik...

akak sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu...

akak sentiasa ada dengan kamu...

akak akan cuba bantu kamu semampu yang boleh...

akak tau kamu bukan budak nakal...

akak tau kamu perlukan bimbingan...

walaupun kamu sensitif tapi hati kamu lembut...

jaga diri baik-baik...

semoga semuanya dipermudahkan oleh ALLAH swt...



lotsoflove;
~missmass~

10 July 2011

~ANDAI SAYA ADA DI SITU...~

my room
10-07-2011
9:32 pm

"balik la sini...
jumpa kitaorang..."

andai aku mampu buat macam tu waktu ini...

dah lama aku pergi ke sana...

sayu hati aku bila adik aku kat SEMESTI cakap macam tu...

terasa diri aku dihargai...

terasa ada orang yang masih perlukan aku di sana...

kalau aku berada di sana...

mungkinkah dia tak jadi seperti sekarang?

mungkinkah dia jadi lebih baik?

mungkinkah dia boleh berubah?

mungkinkah dia boleh tunaikan impiannya?

apa yang boleh aku buat sekarang?

aku mahu bantu dia...

aku mahu dia tahu silap dia...

aku mahu dia jadi seperti dulu...


Mohd Burhanuddin Bin Mazlan...




walaupun kita baru kenal...

walaupun kita jarang jumpa...

walaupun kita jarang sembang...

tapi itu tak bermakna akak tak boleh bantu kamu...

akak selalu pesan kat kamu, kalau ada apa-apa bagitahu akak...

sedih sangat bila dapat tahu yang burhan mula buat perangai...

akak terkedu...

speechless...

adik yang akak jaga dulu dah jadi macam ni...

burhan sorang pula tu...

akak sedih sangat dik...

sedih sangat-sangat bila jadi macam ni...

tapi akak tau semua yang jadi ni mesti ada sebab...

akak tau burhan bukan jenis macam ni...

burhan budak baik...

tapi akak tak tahu mana silapnya sampai burhan jadi macam ni balik...

burhan buat perangai lama...

burhan pun dah janji dengan akak nak betulkan keadaan...

cuba untuk berubah...

cuba kuatkan semangat untuk bangun balik...

insyaallah, panjang umur kita jumpa lagi...

jaga diri baik-baik...

belajar rajin-rajin...

lotsoflove;
~kak mas~

03 July 2011

~MOOD : MOVIE JEPUN PART II~

bilik kaunseling
4-julai-2011
11:23 am

assalamualaikum & salamesrabadikhlasepenuhati

walaupun masih di sekolah tapi fikiran aku masih lagi terbayang DOMYOUJI TSUKASA...

malam tadi aku tengok part MAKINO TSUKUSHI dah fade up nak join T.O.J

masa tu dia datang rumah DOMYOUJI lepas dia tengok orang yang rapat dengan dia kena sabotaj...

masa tu dengan cool & romantiknya DOMYOUJI TSUKASA tarik & peluk MAKINO TSUKUSHI...

oh my god...

romantiknya...

DOMYOUJI cuba tenangkan MAKINO...

DOMYOUJI cuba tunjukkan yang dia sayangkan MAKINO...

DOMYOUJI cuba pujuk MAKINO...

DOMYOUJI cuba untuk jadi lelaki yang cool...

aku suka babak ni...

alangkah indahnya kalau aku dapat rasa babak ni... (sebenarnya babak macam ni dah pernah jadi antara aku & fa'an tapi aku nanges lagi beriya la...)

kesimpulannya : aku suka babak ni & aku suka renungan mata DOMYOUJI TSUKASA yang tajam lagi jahat & seksi :)

to be continued...

lotsoflove;
~missmass~


renungan mata jahat yang tajam lagi sexy ni buatkan aku tergoda untuk beberapa saat






part sedih yang buatkan aku menitiskan beberapa titis air mata
(MAKINO TSUKUSHI say good bye to DOMYOUJI TSUKASA)

02 July 2011

~MOOD : RINDU~



main hall
2-julai-2011
10:10 pm

malam ini saya rindukan seorang lelaki yang handsome + tough + kacak + bergaya + caring + manja + romantik dan se-angkatan dengannya..

untuk itu saya dengan bangga dan berbesar hati menujukan lagu ini kepadanya...

tak pernah kurasa begini
ku menyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
ooooo

ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
ooooo

janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh
ooooo

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi

lotsoflove;
~miss mass~

~MOOD : MOVIE JEPUN~

my room
2-julai-2011
9:29 pm

assalamualaikum & salamesrabadikhlasepenuhati...

sepanjang cuti 4 hari ini aku banyak menghabiskan masa malam aku dengan meng-ulang-tayang cerita jepun kegemaran aku - HANA YORI DANGO

aku tak ingat dah berapa kali aku meng-ulang-tayangkan cerita ni tapi aku tetap rasa feeling yang sama macam aku tengok mula-mula dulu...

betul-betul layan beb...

part paling aku suka - RENUNGAN MATA DOMYOUJI TSUKASA

cair betul aku tengok renungan tajam mata dia...

dia try untuk jadi cool macam HANAZAWA RUI tapi dia bukan macam tu...

aku sangat suka renungan mata dia...

masa dia tenung MAKINO TSUKUSHI bila MAKINO TSUKUSHI tengking dia sebab marahkan SANJOU SAKURAKO...

cara dia renung gambar MAKINO dengan lelaki lain...

cara dia tenung MAKINO berpelukan dengan HANAZAWA RUI...

cara dia tenung MAKINO masa dia proposed kat restoren...

cara dia tenung MAKINO masa kat air port sebelum dia ke new york...

cara dia tenung MAKINO after MAKINO tukar baju kat party SIZUKA...

cara dia tenung MAKINO masa MAKINO nak keluar dating dengan HANAZAWA RUI...

kesimpulannya aku sangat suka cara renungan dia...

mata dia sangat jahat dan sexy...

kalau aku dalam cerita tu memang aku akan jatuh cinta dengan dia tapi untuk buat pilihan siapa yang aku pilih untuk terus pergi jauh pastinya HANAZAWA RUI...

HANAZAWA RUI yang sangat cool dan soft spoken...

i like him damn much!!!

to be continued...

lots of love;
~miss mass~


renungan mata lelaki ini membuatkan hati aku cair beberapa saat


aku suka renungan mata & senyuman ikhlasnya...



renungan mata ini yang aku suka!

23 June 2011

~I TRY TO BE COOL PART II~

my room
23-jun-2011
7:10 pm

i try to be cool...

dalam hidup kita tak kan lari dari lalui pelbagai dugaan...

dugaan dalam hidup...

dugaan dalam berkawan...

dugaan dalam bercinta...

dugaan dalam bertunang...

dugaan dalam berkahwin...

aku tak lari dalam lalui dugaan-dugaan itu...

aku cuba untuk jadi tabah...

aku cuba untuk jadi orang yang positivw thinking...

aku cuba untuk jadi orang yang memahami apa yang terjadi...

aku cuba untuk tidak cepat melatah...

aku cuba untuk jadi orang "buta" & "pekak"...

aku juga cuba untuk jadi yang terbaik...

aku cuba untuk senyum bila lalui semua ini...

tapi kadang-kadang aku tak mampu...

apa yang pelajari banyak membantu aku untuk aku lalui semua ini...

tapi kadang-kadang aku tak mampu untuk tahan air mata aku daripada jatuh lagi...

aku selalu yakinkan pada diri aku yang Allah itu akan menguji aku semampunya aku...

tapi kadang-kadang aku tak kuat untuk terimanya...

aku cuba untuk bangun sendiri tanpa tunggu orang lain menghulurkan tangan...

aku cuba menafikan apa yang aku rasa & fikir...

tapi kenapa perasaan curiga itu selalu ada?

aku takut untuk hadapi situasi yang aku tak mampu nak lalui...

aku takut andaian aku itu betul...

aku takut apa yang paling aku takut menjadi kenyataan...

ya allah...

bantulah aku dalam melalui semua ini sebelum terlambat...

lotsoflove;
~missmass~

22 June 2011

~I TRY TO BE COOL~

22-06-2011
10:04pm
my room

assalamualaikum & salamesrabadi...

malam ni saya rasa sensitif sangat...

padahal pagi tadi saya happy je kat sekolah...

kelab under saya terpilih jadi kelab terbaek

malam ni hang out dengan housemate + makan mcD + shopping sikit...

enjoy...

tapi lepas saya dapat tahu beberapa perkara selepas saya online...

hati saya jadi tak tenang...

saya rasa gelisah...

saya dapat rasa sesuatu yang tak kena...

tapi saya tak mampu nak luahkan sebab bila saya bercakap benda ni boleh jadi perkara yang besar...

saya cuba untuk tenang..

tapi saya tak mampu...

macam-macam yang saya fikir...

gerak hati saya kuat kata ada something yang saya tak tahu...

saya risau + takut kalau andaian saya tu betul...

inikah dugaan saya untuk masa ini?

i'll try to be cool...

hope so...

lotsoflove;
~missmass~

14 May 2011

~SELAMAT HARI GURU PART II~

my room
14-mei-2011

5:23 pm

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

selamat hari guru buat semua warga pendidik di malaysia...

terutama sekali kepada bekas guru-guru saya...


di sk sungai batang : cikgu mahadi kamil mokhtar, cikgu fuad, cikgu nor fizah hanom, cikgu natrah, ustazah zaleha, cikgu badariah, teacher jessica lim, cikgu zawiyah, cikgu safari, cikgu halijah, cikgu muhajir dan cikgu-cikgu yang pernah mengajar dan memberikan ilmu kepada saya suatu ketika dulu...


smk tun abdul razak : cikgu zuraida, cikgu nasir, cikgu othman, ustazah zuwariah, ustazah ruzita, ustaz ridzuan, cikgu siti hawa, cikgu noor zila, teacher rohana, cikgu rabiatul, cikgu norlia, cikgu makhtum, cikgu baharudin, cikgu ghazali, cikgu zaharah, cikgu nabih, cikgu supandi, cikgu zaiton dan cikgu-cikgu yang lain...


smt butterworth : teacher siti salwa hanim bt bilal, cikgu noorhafizah, cikgu parameswary, cikgu nik zaidawati, cikgu azhar, cikgu sharifah maisarah, ustazah amanisah, cikgu satariah, cikgu mazlan, cikgu yam dan cikgu fizik saya tapi saya tak ingat nama dia... serta guru-guru lain yang pernah mengajar saya...

smk khir johari : cikgu mahpod, cikgu kuldip singh, cikgu nizam, cikgu saripah noraza, cikgu zujiman, cikgu fazilah, cikgu lailiah, cikgu anias, cikgu salbiah, cikgu sejarah tapi saya tak ingat nama dia... maafkan saya... :( serta guru-guru saya yang lain yang pernah menyumbangkan ilmu kepada saya suatu ketika dulu...


upsi : semua pensyarah saya yang pernah mendidik, mengajar, berkongsi ilmu kepada saya selama 4 tahun saya di sana...


terima kasih kepada semua guru-guru saya...


kerana jasa, pengorbanan, perkongsian ilmu, perhatian, keprihatinan anda semua saya berada di sini...


saya bersyukur kerana anda semua saya berada di tahap ini...


walaupun saya tidak sehebat, secemerlang orang lain tapi saya bangga dengan diri saya...


kini saya menjadi pelapis kepada guru-guru saya...


saya cuba untuk buat yang terbaek dalam kerjaya saya...

saya cuba untuk jadi sehebat anda semua...


saya cuba untuk jadi sebaek anda semua...

terima kasih cikgu...


terima kasih banyak-banyak...


tanpa anda, siapalah saya...


saya sayang semua guru-guru saya...

lotsoflove;
~missmass~


~kini saya menjadi pelapis kepada guru-guru saya :)~

~SELAMAT HARI GURU PART I~

my room
14-Mei-2011
4:48 pm

assalamualaikum dan salamesrabadi...

kalau hari ini adalah tahun 2010...

ini hari terakhir aku berada di SEMESTI...

hari terakhir saya bersama adik-adik saya...

hari terakhir yang paling saya takot nak lalui...

hari terakhir yang saya tak nak lalui...

hari terakhir yang saya tak nak hadapi...

saya takut...

saya tak suka...

saya sedih untuk melaluinya...

tapi saya terpaksa utk melaluinya...

alhamdulillah hari itu saya tak menangis...

hari itu saya senyum macam biasa...

hari itu saya masih mampu untuk ketawa...

walaupun semua itu hanya luaran tapi saya mampu untuk berlakon tenang...

hari itu juga saya tak sihat...

hari itu juga saya demam...

tapi saya gagahkan juga...

tapi itu semua kenangan saya..

kenangan terakhir saya bersama adik-adik saya...

sejujurnya saya gembira berada di sana bersama adik-adik saya...

saya gembira hanya kerana mereka & kaunselor sahaja...

bukan semua guru di sana dpt menerima kami...

tapi alhamdulillah adik-adik saya dapat menerima saya...

saya sangat gembira...

walaupun tak sempat nak meraikan hari guru bersama mereka...

tapi saya bangga sebab mereka sempat mengucapkan "selamat hari guru" kepada saya sebelum saya pergi...

saya upload pic hari terakhir saya di semesti...

lotsoflove;
~missmass~

~my beloved students Kun n Yus~

~Bodyguard saya - akmal-ajim-abe~


~potong kek perpisahan n birthday burhan~

~kumpulan kaunseling kelompok yg selalu buat saya ceria~


~bz wat report weiiiiiii~

17 April 2011

~PLKN MOMENT PART IV~

my room
17-04-2011
7:07pm


assalamualaikum wbt dan salamesrabadi...

post kali ni aku nak share tentang pengalaman aku jadi fasilitator kat PLKN KEM TANGKAS KENDIRI, KUALA KANGSAR...

ni pengalaman pertama aku jadi fasilitator PLKN (nebes wei...)

teruja...

gembira...

gundah gulana...

seronok...

dan macam-macam ada...

tapi kali ni aku nak share pasal kawan-kawan seperjuangan aku masa kat kem...

kat sana aku berkenalan dengan 4 orang rakan baru...

rakan sebilik yang baru...

cik yan, cik fishah, cik ros dan kak wawa...

mula-mula rasa kekok sebab baru kenal dan nak sesuaikan diri...

tapi kami tak ambil masa yang lama nak rapat...


hari pertama kami lapor diri hari ahad tapi...


hari kedua kami dah mula menunjukkan taring masing-masing...


hari kedua kami dah mula mesra dan menjadi peramah tanpa semena-mena...


memang sangat seronok dapat kenal dengan mereka...

sangat ceria dan tak sikit pun rasa bosan walaupun ada pelatih yang menyakitkan hati...

saya sayang mereka...

mereka telah menceriakan hari-hari saya...


mereka selalu buat saya rasa gembira kat sana walaupun berjauhan dengan insan-insan tersayang...


mereka selalu buat saya rasa teruja...


cikyan : dengan kalut nya, suka cakap "buat lawak pulak dia", suka ketawa dan kelakar :)

cik fishah : sangat selamba, bersahaja, suka buat lawak yang tak dijangka tapi cool :)


cik ros : pendiam tapi suka ketawa, lebih banyak gelak dari bercakap :)

kak wawa : senior yg memang suka ketawa, baik hati, suka berkongsi cerita dan suka bergurau


aku bersyukur sebab telah dipertemukan dengan insan-insan ini...


alhamdulillah sampai sekarang kami masih berhubung dan masih rapat macam kami mula-mula kenal dulu...


setakat ni baru jumpa cik fishah kat penang...


cik yan, cik ros dan kak wawa masih tak sempat nak jumpa lagi
tapi aku tetap simpan harapan supaya aku akan dapat jumpa mereka semula dengan keadaan yang sama macam kami jumpa mula-mula dulu...

miss all of you :(


lotsoflove;
~missmass~

~inilah teman-teman saya~
l to r -cik yan, cik fishah, kak wawa dan cik ros~

~kami kat rumah mummy~


~saya sayangggggg mereka~






~hasil kerja kreatif kami ber-4~