10 September 2011

~SAYA BIMBANG~

bilik kaunseling
11-09-2011
9:49 am

assalamualaikum wbt & salamesrabadi...

entri kali ini aku nak share tentang drama "YOU'RE BEAUTIFUL"

aku bimbang jika aku menjadi "GO MI NYU" yang tidak sedar akan ada insan lain yang sedang menyayanginya...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa anda insan lain yang ikhlas menyayangi aku...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa ada insan lain yang sering memberikan bahunya kepada aku...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa ada insan lain yang selalu berada di sisi aku di kala aku sedang memerhatikan orang yang aku suka bersama insan lain...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa ada insan lain yang selalu buat aku gembira di kala aku sedang sedih pabila insan yang aku sukai melukakan hati aku...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa ada insan lain yang selalu berada di belakang aku di kala aku ingin rebah melihat insan yang aku sukai tidak menyedari akan kehadiran aku...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa ada insan lain yang selalu berada di hadapan aku tetapi aku tidak pernah melihatnya di mana sahaja aku berada...

ya allah, bantulah aku untuk sedarkan aku, bukakan pintu hati dan mata aku untuk melihat dan menyedari akan kehadiran dia di sisi aku...

ya allah, janganlah kau tutup pintu hati aku untuk melihatnya hanya kerana aku sedang menyukai insan lain...

ya allah aku bersyukur kepada-Mu kerana engkau tidak menjadikan aku seperti GO MI NYU, JU YOO RIN, HAN JIEN, MAKINO TSUKUSHI, GUEM JAN DI...

aku bersyukur kepada-Mu kerana Engkau telah bukakan pintu hati aku untuknya sejak 6 tahun lalu di mana pada masa itu aku juga sedang menyukai insan lain...

Alhamdulillah sehingga kini aku masih lagi bersamanya dan aku harapkan agar kasih sayang yang kami bina ini akan kekal dan terus direstui hingga ke nafas kami yang terakhir...

lotsoflove:
~miss mass~

No comments: