10 September 2011

~SAYA BIMBANG~

bilik kaunseling
11-09-2011
9:49 am

assalamualaikum wbt & salamesrabadi...

entri kali ini aku nak share tentang drama "YOU'RE BEAUTIFUL"

aku bimbang jika aku menjadi "GO MI NYU" yang tidak sedar akan ada insan lain yang sedang menyayanginya...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa anda insan lain yang ikhlas menyayangi aku...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa ada insan lain yang sering memberikan bahunya kepada aku...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa ada insan lain yang selalu berada di sisi aku di kala aku sedang memerhatikan orang yang aku suka bersama insan lain...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa ada insan lain yang selalu buat aku gembira di kala aku sedang sedih pabila insan yang aku sukai melukakan hati aku...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa ada insan lain yang selalu berada di belakang aku di kala aku ingin rebah melihat insan yang aku sukai tidak menyedari akan kehadiran aku...

aku bimbang andai aku tidak sedar bahawa ada insan lain yang selalu berada di hadapan aku tetapi aku tidak pernah melihatnya di mana sahaja aku berada...

ya allah, bantulah aku untuk sedarkan aku, bukakan pintu hati dan mata aku untuk melihat dan menyedari akan kehadiran dia di sisi aku...

ya allah, janganlah kau tutup pintu hati aku untuk melihatnya hanya kerana aku sedang menyukai insan lain...

ya allah aku bersyukur kepada-Mu kerana engkau tidak menjadikan aku seperti GO MI NYU, JU YOO RIN, HAN JIEN, MAKINO TSUKUSHI, GUEM JAN DI...

aku bersyukur kepada-Mu kerana Engkau telah bukakan pintu hati aku untuknya sejak 6 tahun lalu di mana pada masa itu aku juga sedang menyukai insan lain...

Alhamdulillah sehingga kini aku masih lagi bersamanya dan aku harapkan agar kasih sayang yang kami bina ini akan kekal dan terus direstui hingga ke nafas kami yang terakhir...

lotsoflove:
~miss mass~

~ANDAI ITU TAKDIRNYA~

bilik kaunseling
11-09-2011
8:54 am

assalamualaikum wbt & salamesrabadi...

saya suka tengok cerita korea + jepun...

saya tak sedar sejak bila saya mula suka layan cerita korea + jepun...

terima kasih kepada kekasih gelap saya sebab memberi pendedahan awal kepada saya untuk menyukai cerita-cerita korea + jepun ini...

kerana anda saya mula menyukai cerita daripada korea + jepun...

tahniah kerana berjaya meracuni saya supaya meminati dan menyukai cerita dari korea + jepun...

saya tak tahu di manakah kelainan mahupun keistimewaan cerita ini tapi saya suka akan cerita-cerita mereka...

tiada kelainan mahupun keistimewaan sebab jalan cerita yang sama cuma pelakon yang berbeza...

kali ini saya mahu berkongsi tentang cerita korea "YOU'RE BEAUTIFUL"

saya telah terkena demam "YOU'RE BEAUTIFUL"

dan semua ini adalah gara-gara kekasih gelap saya juga...

terima kasih kerana membekalkan cerita ini kepada saya walaupun tertinggal 3 episod!

oh no...

awak buat saya jadi tak ketahuan...

dan kerana ini juga saya terpaksa download di you tube untuk memastikan saya akan dapat melihat semua episod tanpa ketinggalan...

macam cerita korea yang lain...

seorang perempuan menyamar menjadi lelaki bagi menggantikan tempat abangnya dan dia menyukai seorang lelaki yang ego dan tidak pernah melayannya dengan baik...

seorang lelaki yang cool lagi soft spoken menyukainya dan dalam masa yang sama lelaki itu cuba untuk menunjukkan bahawa dia menyukainya tetapi selalu dihalang oleh lelaki yang perempuan itu sukai...

kesian dan sedih kepada lelaki yang cool itu sebab apa yang dirancang pasti akan ada yang menghalang tetapi lelaki yang cool ini tetap cool dan terus mencari ruang dan peluang untuk memberitahu kepada perempuan itu bahawa dia menyukainya...

wahai perempuan "GO MI NYU" yang menyamar menjadi "GO MI NAM" :

kenapa la anda tak sedar bahawa SHIN WOO selalu memerhatikan anda...

SHIN WOO selalu menunjukkan hint bahawa dia sedang menyukai anda...

SHIN WOO selalu mencari ruang dan peluang untuk bersama anda...

SHIN WOO selalu berada di sisi anda di kala anda menangis kerana TAE KYUNG...

kenapa anda terus mencari dan melihat TAE KYUNG?

kenapa anda tidak perasan akan kehadiran SHIN WOO di hadapan anda?

kenapa anda tidak cuba faham dan hargai apa yang SHIN WOO lakukan kepada anda?

kenapa anda mengharapkan sesuatu yang tidak pasti menjadi milik anda?

walaupun akhirnya cerita ini happy ending tetapi jika saya berada di tempatnya, saya tidak akan memilih TAE KYUNG sebaliknya saya akan memilih SHIN WOO...

lotsoflove:
~miss mass~