24 February 2009

SEK MEN SAINS TELUK INTAN a.k.a SEMESTI


my room
25-feb-2009
2:18 pm

20-22 feb 2009, kumpulan assignment aku yang terdiri daripada RAZIS B AWANG, FATIN HANIM BT ROSDI, ILYANA BT ABU HASAN, KAMSIAH BT HASSAN, NURZAZARINA BT AB RAOF, NORHANIZA BT MISRAN, EMY EAZAIDA BT SAUFI, HAIRUL NADIA BT MOHD DARUBI dan ROSNAH BT MD ZAIN bersama fasilitator jemputan iaitu IMAN, ZAINI, ZUL, TAJUL, UCOP dan PA'IN telah menganjurkan PROGRAM MENGGAPAI IMPIAN SPM 2009 di SEK MEN SAINS TELUK INTAN dengan suksesnye. sekolah ni dekat je dengan rumah aku. kalau nak balik tu boleh sangat la.tapi aku tak balik pun. tak berkesempatan untuk pulang. kami tiba agak lewat mi SEMESTI iaitu pada jam 5-30 petang memandangkan berlakunya kerosakan bas UPSI. tetapi alhamdulilah semuanya berjalan seperti yang dirancang.

setiba di sana, kami dijamu dengan minum petang beserta sedikit taklimat daripada kaunselor, BU ZAI mengenai perjalanan program pada malam ini. dan selepas itu kami check in di HOTEL masing-masing. pada malam pertama kami di sana, sambutan yang diberikan sangat memberangsangkan hingga ke hari terakhir program. senang cerita budak-budak SEMESTI ni memang hyperactive la, sporting morting, happy go lucky, loye buruk tapi ada jugak yang pemalu & segan silu dengan kami. tak kurang juga yg tak tau malu. ;p

terima kasih banyak2 kepada adik-adik yang memberikan kerjasama kepada kami. terima kasih kerana melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah kami jalankan. ;p terima kasih sebab sudi menerima kehadiran kami selama 3hari kami berkampung di sana. terima kasih kerana sudi berkawan dengan kami. terima kasih adik-adik.

untuk KHAIRUL HAMIZAN @ IS @ CAWAN, RAYMOND @ ANEY, AMIRUL ASHRAF@ MIRUL,MUHAMAD ZHARIF @ ZHARIF, terima kasih atas segala sokongan yang telah adik2 berikan. Is @ Aney, terima kasih sebab bagi akak gula-gula mentos, sudi bersembang & buat lawak bongok dengan akak. buat Mirul, terima kasih sebab masih menghubungi akak, terima kasih sebab nak mengenali akak. untuk Zharif, terima kasih sebab sudi berkongsi cerita dengan akak pada malam last. tak sangka Zharif mahu bercerita ;p

akhir sekali, buat kawan-kawan yang telah menjayakan program ini, aku selaku timbalan pengarah program mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah anda semua berikan bermula dari sebelum, semasa dan selepas program. buat adik-adik SEMESTI, terima kasih atas kenangan ini ;p


























16 February 2009

MY SWEET BEST FRIEND

ini kawan baik saya. nama dia NOR HAWA. dah lama aku tak jumpa dia. tanggal 15-feb aku dapat jumpa dia. besttttttttttt sangat dapat jumpa dia. pagi tu kami ambil gambar sama2. dah lama sangat tak ambil gambar b'2 dengan dia. kami banyak berkongsi cerita. macam dulu2. makan sama2... make up sama2.. dia ajar aku buat sanggul. pas ambil gambar kami sambung lagi menyembang sambil mengumpat. petang pas zohor, FARHAN jemput aku pulang semula ke penjara tg malim & hawa pulak keluar melepaskan kebosanan dengan FAHMI. nway... thanks dear sbb sudi luangkan masa dengan aku. aku happy sangat dpt jumpa ko, dpt b'kongsi cerita dgn ko, dpt lepak dgn ko... thanks a lot. i'll miss u. take care dear.




14 FEBRUARY 2009

17-feb-2009
my room
8:30 am

tanggal 14 feb yang lalu. aku berkesempatan untuk keluar dari tg malim untuk melepaskan kebesonan yang tidak dapat ditanggung lagi. memang seronok sangat dapat keluar dari tg malim. aku pergi ke shah alam aje. petang sabtu aku bertolak pergi shah alam. aku naik bus MARALINER jam 3-30 ptg pastu drop kat PASAR SENI. pastu aku amek putra pergi KL SENTRAL. sampai sana aku naik komuter pergi PADANG JAWA . sampai sana FARHAN datang jemput. pastu kami pergi PLAZA ALAM SENTRAL (PAS) saje nak survey handset, beli bateri handset pastu cari housing sekali. pastu kami makan kat KEDAI KOPI dengan APEK & DELENE. pas kenyangkan perut kami berpecah. APEK & DELENE pergi dengar CERAMAH PAS kat sek19. AKU & FARHAN pergi JUSCO BUKIT RAJA sbb nak tgk wayang midnight. kami tengok cerita THE STORY OF BENJAMIN BUTTON. BRAD PITT yang lakon. layan la wayang ni tapi agak slow. lemau gak la. wayang pukul11-20 habis pukul2 pagi. nasib abik aku tak tido. tapi aku enjoy sangat ari ni. lepas semua tekanan, kebosanan, ketensenan & segala macam yang aku lalui. anyway, thanks a lot kat farhan sbb sudi luangkan masa untuk aku. tak lupa juga kpd APEK & DELENE. 1st time jumpa tapi aku enjoy lepak dengan korang. ;p

time ni kat depan JADE GALLERY. cantik tau batu jade. warna pink lagi. tapi tak la secantik barang kemas yang kat kedai emas.

boleh kata 99% butik kat shopping mall ni buat promotion sempena 14-feb. macam2 tema ada. tapi aku tak jumpa pun couple -t. promotion pun tak la sebesar mana tapi ada la jugak promotion. aku tak ingat la nama butik ni. tak silap aku SEEDS tak pun PDI.

bila aku trngok baju ni kat butik TRAVELLERS. aku tertanya2... bila la agaknya aku dapat merasa pakai baju ni??? bila erk? teringin sangat nak pakai baju ni tapi takkan la nak pakai kat sini time hujan. buat gelak dek orang aje. tp aku punya impian untuk pakai baju ni kelak. ;p
mak oiii... besarnye bear ni. geram pulak aku tengok. aku rasa macam nak peluk aje. lagi beso dari aku tau. memang puas la kalau dapat peluk. tapi kesian... dia kene duduk dalam cermin. tak dapat bebas bergerak macam aku. sian kat bear ;p

masa ni aku tengah tengok earing. dah lama aku tak beli earing. tapi earing kat sini kebanyakkan lebih kurang sama aje. tak ada yang lain dari yang lain. patung tu pulak macam tak puas hati aku nak pilih earing. budget cun agaknye.

wow... cantiknye gaun pengantin ni. teruja aku nak pakai. tapi tak tau bila aku dapat pakai baju pengantin. :( dapat merasa pegang pun kira ok la kan?

time ni kat ruang legar. ada gerai banyak jual bunga. bunga ni paling cantik la dari bunga2 yang ada. siap ada coklat fererro lagi kat dalam bunga ni.

masa ni aku kat THE BODY SHOP. saja nak tengok new promotion sempena hari yang diharamkan untuk disambut oleh umat islam. perghhh... geram pulak aku tengok promotion yang dibuat. kesian kat akak promoter ni. beriya2 dia menerangkan kat aku. siap bagi aku test macam2. at last aku tak jadi beli. ;p

masa ni aku kat VINCCI.aku suka sangat beli kasut kat kedai ni. boleh kata 99% kasut aku beli kat sini. tapi masa ni tak ada sales la. kasut pulak banyak yang cantik2. besar betul dugaan aku ari ni.


13 February 2009

TAK MUNGKIN KERANA SAYANG


setiba di persimpangan
langkah kita tak lagi sehaluan
bermula di saat itu
tidak senada irama dan lagu

begitu hidup ini
tiada yang abadi
yang patah tumbuh
yang hilang berganti

kau telah jauh, jauh dariku
tiada ruang di hati buatmu
namun harus kuakui
ada ketika diminda
kau menjelma kembali

sekali sekala ada
ada rindu yang datang tiba-tiba
tak mungkin kerana sayang
cuma terganggu oleh perasaan

by ~ alyah

10 February 2009

BALIK KAMPUNG

my room
10-feb-2009
7:32 pm

semalam aku balik kampung. dapat jumpa mak & bapak aku. rindu sangat kat kampung halaman termasuk juga rindu pada ibu bapa tercinta. dapat makan masakan mak, dapat sembang dengan mak, dapat cium tangan mak, dapat peluk mak, dapat cium pipi mak... macam2 lagi la. aku bukan balik sorang tao. aku siap ajak kawan2 aku sekali. baik kan aku ne? makan masakan mak aku pun aku x makan sorang. aku siap ajak kawan2 aku makan sekali. makan sama2. dah la razis baca doa makan tak betul. mak aku siap bagi dorang tapau lagi. punya la baik mak bapak aku. dah la bagi dorang makan pastu sebelum balik dorang dapat duit belanja bapak aku bagi. da macam anak2 sendiri pulak.

tak kisah la. lagipun dorang tak penah lagi datang rumah aku. nasib baik la mak dengan bapak aku bertungkus lumus mengemas rumah sebelum aku & kawan2 aku sampai. tak la semak samun sangat. sebenarnya sebelum datag rumah aku, kami pergi SEMESTI. nak settle kan hal program. alhamdulillah semua nya smooth & silky.

moralnya di sini, rajin2 la balik kampung ;P

06 February 2009

SWEET BEST FRIEND



ini kawan baik aku dari form 3 sampai sekarang. aku rapat dengan family dia macam mana dia rapat dengan family aku. nama dia NOR HAWA. aku panggil dia HAWA tapi abah dia panggil dia ADIK. Amal pulak panggil dia CINTA. classmate aku dulu panggil dia HAWA BESAR ;p walau apapun nama dia, dia tetap HAWA aku. sebenarnya dah lama aku tak jumpa dia. aku rindu sangat nak jumpa dia. nak sembang2 dengan dia, nak makan dengan dia, nak keluar lepak dengan dia, nak pillow talk dengan dia, nak dengar suara dia... macam2 lagi la. walaupun kami jarang sms, jarang call, jarang mms, jarang jumpa... tapi aku tau yang dia still ingat kat aku lagi. macam tu jugak aku. walaupun kami da tak selalu berkongsi cerita macam dulu2 tapi aku tau yang dia sayangkan aku lagi. macam tu jugak aku. insya allah aku akan cari satu hari yang sesuai untuk aku jumpa dia. dah lama sangat aku tak jumpa dia. macam2 benda aku nak cerita pada dia.

aku harap sekarang ni dia happy dengan life dia. dia happy dengan apa yang dia lalui. dia happy dengan orang2 yang ada kat sekeliling dia. take care dear.

KAWAN-KAWAN SAYA


ini kawan2 aku. yang paling kiri nama dia Fatin Hanim. aku panggil atin aje tak pun patin. dia suka bercakap & bercerita apa saja yang kelakar, lawak bongok, macam2 lagi la... tapi dia tak suka berkongsi esp pasal perasaan dia. dia kira sejenis manusia yang suka berahsia. tapi lambat laun dia akan cerita juga cuma makan masa lama sikit. dia suka tolong aku esp dalam buat esaimen & belajar. dia tak kedekut ilmu walaupun dia tau sumting tu tak banyak mana tapi dia tetap akan berkongsi. walaupun dia sikap dia macam ni tapi tetap ada jugak manusia yang tak suka berkawan dengan dia. entah la. aku pun tak faham. aku keliru.

sorang lagi kawan aku nama dia Ilyana (bukan penyanyi kalis rindu tu). aku panggil dia yana je. dia baik, suka ketawa, suka buat lawak, suka tolong aku... senang cerita dia memang selesa la. yana tak macam atin, semua yang nama makanan dia makan. apa2 lauk mahupun sayur dia akan makan. macam aku jugak. walaupun yana ni baik & suka menolong tapi aku tak sampai hati nak buli dia mahupun ambil kesempatan ke atas dirinya. sebab yana adalah yana.

aku harap persahabatan antara aku, atin & yana akan kekal hingga ke hujung waktu. aku sayang kawan2 aku. ;p

ANAKKU BUKAN ANAKKU



semua kat dalam gambar ni anak buah aku. kita mulakan dari kiri ke kanan. paling atas sekali yang paling tua dalam kalangan cucu2 mak & bapak aku. panggil je kakak erra. baru form 4. lagi besau dari aku & tentu la lebih tinggi dari aku. dia kira cucu pertama & anak kesayangan kakak aku. dia memang rajin buat keje rumah. bab cintan ni dia tak layan. dia anak sulung kepada kakak aku yang no 2.

yang no 2 tu boleh panggil dira @ uda. dia adik kepada kakak erra. sekarang dia form 3. dia selalu b'gaduh dengan adik dia tapi mak aku sayang sangat kat dia sebab dia suka tolong mak aku. dia rapat dengan mak aku. dia pernah duduk umah aku sebulan mase cuti sekolah semata2 nak temankan mak aku padahal aku ada kat kampung. tak kisah la kan? janji mak dengan bapak aku gembira bila dia ada. bapak aku suka sakat dia. tapi dia tak pernah ambil hati siap melawan lagi. uda... uda... kalau balik kampung dia akan tidur dengan aku & daniel. selalunya daniel tido kat tengah2 la sebab takut dia jatuh katil. ;p

no 3 tu harry. dia anak sulung kepada kakak aku yang ketiga. dia sama umur dengan uda. harry suka sakat uda, uda pun suka kalau harry sakat dia. biasa la budak baru nak membesar. aku rasa harry tu ada hati dengan uda & uda pun sama. tapi sebab sepupu kan? so macam tak berani la nak luah2 perasaan ni. tapi apa yang uda buat mesti harry akan komen. nak tarik perhatian kut. kalau main sama2 mesti harry couple dengan uda. macam2 la budak2 ni... harry ni sejak2 masuk sekolah menengah dia malu nak bersembang dengan aku macam dulu2. da jadi teruna ni malu gamaknya.

no 4 panggil aje maiza. aku suka panggil dia MAIZATUL AISkrim sebab nama penuh dia MAIZATUL AIran. ;p tapi dia ketawa aje kalau aku panggil dia dengan nama tu. dia suka membaca. kalau dia tak tau nak buat apa, dia akan minta buku cerita kat aku. dia nak baca. tak kisah la buku apapun asalkan dia boleh baca. dia ni adik kepada harry tapi dia tak ngam dengan harry. dia selalu kena buli dengan harry. sian maiza.

yang no 5 tu nama dia zaim. dia anak sulung kakak aku yang ke3. aku tak rapat sangat dengan dia sebab dia manja sangat pastu degil. biasa la budak2. umur dia 10 tahun. yang no 6 nama dia aqila. dia adik kepada harry & maiza. anak bongsu kakak aku yang ke3. dia ni perangai macam budak laki. kalau main dengan dia mesti kasar. dia suka main dengan abang dia. dia rapat dengan harry tapi dengan maiza dia tak ngam. aku & bapak aku suka panggil dia "mak itam" ;p tapi dia tak mengaku yang dia mendung. dia selalu cakap "adik putih sederhana" ;p apa2 aje la. bapak aku sayang kat dia. antara cucu kesayangan la.

no 7 ne nama dia banyak sangat. boleh panggil syahera, along, comot, thailand... dia adik bongsu kepada kakak erra & uda. umur dia 8tahun sama umur dengan aqila. dia manja sangat dengan mak & abah dia. sebab tu uda tak suka kat dia ;p comot ni memang pemalas. hobi suka tido & tengok tv. buat homework liat nak mampus. buat tak kisah aje.

no 8 mak dengan bapak aku panggil "pak udin kontot" tapi kami panggil zahir. umur dia 7 tahun. dia anak bongsu kakak aku ke4 merangkap adik kepada zaim. dia x banyak songeh macam zaim. aku suka main dengan dia sebab dia jenis tak pandai main kasar ;p

no 9 tu a tentu la daniel. dia ne baru 5tahun. dia anak sulung kakak aku yang ke 6. bapak aku sayang sangat kat dia. masa dia kecik2 dulu mak aku jaga dia. tu dia rapat dengan mak & bapak aku. daniel pun ada banyak nama... anje, omel, denen, abang, amad... sejak dia ada adik ni nampak la peranan dia sebagai "abang" dia sayang kat damia even damia suka duduk atas perut daniel ;p farhan pun sayang kat daniel. dia rapat dengan farhan. dia panggil farhan "abang"

no 10 panggil jer iman. umur dia baru 3tahun. dia anak sulung kepada abang aku yang ke5. kakak2 aku panggil dia "kakak uneng" bapak aku panggil "imah" ;p idung dia kemek tapi rambut dia cantik macam maggie. ;p dia suka sangat termenung pastu suara dia kecik aje. aku suka dukung dia sebab dia ringan je. tapi perangai dia macam budak laki. suka main dengan budak laki.

no 11 si comel damia. dia anak bongsu & adik kepada daniel. dia suka senyum. bila senyum tu mesti tunjuk gigi. dia suka sepah2kan rumah, duduk atas perut daniel, gigit perut daniel pastu manja dengan daniel. dia suka mintak dukung & aku suka dukung dia sebab dia ringan ;p umur dia baru 1tahun 1 bulan. tapi bulan 9 nanti dia nak dapat adik lg ;p

no12 cucu bongsu dalam keluarga aku setakat hari ini. nama dia ain. dia anak kedua abang aku merangkap adik kepada iman. umur dia baru nak masuk 4 bulan. walaupun dia mendung sikit dari iman tapi dia suka senyum. ain ni berat & badan besar sikit. muka pun mcm baby laki. ni gambar latest la mana tau 2-3 bulan lagi dia kembali cerah lepas pakai fair n lovely ;p

03 February 2009

TIGA DARA DI ATAS TANGGA



ne gambar masa raya. tiga dara pinggitan. yg baju biru tu adik aku. yang selebihnya anak buah aku. da besar anak2 buah aku. sorang form4, sorang lagi form3. yang sulung nama dia nurul fazira, yang duduk tepi adik aku tu la. yang no2 nama dia nurul nadira. yang nadira ni gedik sikit dari kakak dia. bab melawa dia suka. sikit2 minta aku make up. habis make up aku kalau dia balik kampung.

HARRY POTTER



anak buah aku yg teruna ni nama mohd khairi, boleh panggil harry. masa ne aku tengah mengajar dia buat karangan BM. tu yang dia sibuk menulis. aku sengaja ambil gambar dia. aku tak tau di faham ke tak apa yang aku ajar.

AQILA & MAIZA



yang ne anak buah aku nama Nur Aqila Diyana & Maizatul Airan. masa ni aku jadikan dorang model aku utk pertunjukkan fesyen baju pengatin. aku yang make up dorang ne. cantik kan? actually dorang ni pakai baju pengantin kakak aku, means dorang pakai baju pengantin mak dorang la. kira baju turun temurun. dari mak pass kat anak. nasib baik la kakak aku simpan lagi baju kahwin dia. baju warne pink yang aqila tu baju masa bertunang, baju yang maiza pakai warna putih tu baju masa akad nikah. best tau make over muka budak2 ni. ;p ni la hobi aku bila da tak de keje nak buat.

BEST VS TAK BEST

2nd Feb 2009
my room
7:12 pm

hari ni xde class...
best sbb :
i dapat claim tidur & rehat
ii dapat update blog
ii dapat buat assignment
iv dapat basuh baju
v dapat gosok baju banyak2

dalam best ada jugak yang tak best...
antara perkara yg x best :
a- internet macam chips more (kejap ada kejap xde, kejap laju kejap lemau)
b- x dapat nak tengok cerita kt tv3 sbb internet macam chips more
c- duduk rumah je xkeluar pegi mana2
d- sakit pinggang sbb lama sangat gosok baju

moralnya di sini...
dalam kehidupan kita sehari2 pasti ada perkara yg best & x berapa best akan berlaku dalam hidup kita.

ok, aku nak makan sambil menunggu buah hati aku pulang dr kerja (rajin betul dia buat OT)
gtg
daaa...

DAMIA ATHIRA



anak buah yang cute ne nama dia DAMIA ATHIRA. aku suka dukung dia sebab dia ringan. tak macam abang dia si Daniel tu besar & berat. masa ni aku kat cameron highland. best tau tempat ne. sejuk aje sampai naik keras badan aku duk kat sini. abang ipar aku siap tak mandi pagi lagi sebab sejuk sangat. Damia ni suka menangis kalau dia orang yang tak kenal dukung dia. tapi bila dah lama2 dia ok la. mula2 aje tak nak. terkejut agaknya tengok muka orang asing ;p

SYAFRIN DANIEL



buah hati pengarang jantung aku ni nama dia Syafrin Daniel. aku rapat sangat dengan dia. kalau dia balik kampung mesti dia akan tido dengan aku. macam tu jugak kalau aku datang umah dia. dia mesti tido dengan aku. kalau aku ada kat rumah dia, dia mesti tak nak pergi tadika. dia nak duduk rumah dengan aku even tak pegi mana2. dia bangun awal. pukul7 dah bangun pastu kejutkan aku suruh temankan dia tengok tv kat bawah. aku suka buat tak tau kalau dia kejut aku. kalau dia geram sangat dia akan pukul perut aku sampai aku bangun. rutin dia bangun tido mesti nak tengok "ceria" aku akan temankan dia tengok tv tapi aku baring kat sofa untuk sambung tido. tiap kali iklan mesti dia tengok aku. takut aku tak de sebab dia ni penakut. kul10 aku bangun la buat sarapan untuk aku & dia. sarapan dia senang aje nak buat, goreng telur separuh masak pastu buatkan dia susu. comfirm dia layan. lagi satu, dia ni pantang tengok aku bersiap mesti sebuk tanya aku nak pegi mana. selalunya kalau aku keluar aku akan bawa dia. lagipun kakak & abang ipar aku tak kesah kalau aku nak bawa dia "asalkan ko bagi anak aku makan" tu la kata2 mama & papa dia kat aku. duit pun tak bagi. duit aku jugak yang keluar... tak kesah la yang penting aku sayangkan dia.