28 December 2010

~SELAMAT HARI LAHIR~

28-dis -2010
my room

hari ini merupakan hari lahir MOHD FARHAN BIN AHMAD DARUAN yang ke 26 tahun...

lahir tahun depan la de...

kalau tak, dah muda 1 tahun :)

semoga kehidupan anda lebih sempurna & bahagia...

semoga segala yang anda rancang + impikan terlaksana...

semoga Allah swt merahmati kehidupan anda...

semoga Allah swt memanjangkan usia anda agar anda dapat meneruskan hidup bagi memenuhi tuntutan & suruhan-Nya...

semoga Allah swt memurahkan rezeki yang halalan toyiban untuk anda...

dan semoga segala urusan anda dipermudahkan oleh-Nya :)

saya selaku tunangan anda yang cute lagi cool hanya mendoakan kesejahteraan anda dan cuba membantu anda & bersama dengan anda dengan restu dari Nya & keluarga kita...

take care :)

lotsoflove;
~miss mass~

~DIPINANG ORANG~

28-dis 2010
my room
11:08 pm

assalamualaikum wbt & salamesrabadi...

next topic tentang perkongsian cerita adalah tentang majlis pertunangan...

aku asyik datang kenduri kahwin kawan, majlis tunang kawan je...

so kali ni turn kawan-kawan aku, jiran tetangga aku pula serbu rumah aku untuk majlis pertunangan...

majlis pertunangan siapakah?

mesti la majlis pertunangan aku yang cute ni... (dengan nada yang perasan)


bak kata orang-orang senior, duduk rumah tunggu orang datang meminang :)

kira betul la kata orang-orang senior ni, elok je aku habis praktikum dan sekaligus menamatkan pengajian aku di UPSI selama 4 tahun, terus ada orang datang meminang :)

14-05-2010 sempena hari lahir dainel dan hari terakhir aku berpraktikal aku bergegas pulang ke rumah untuk meraikan hari kemerdekaan aku kerana tidak lagi bergelar seorang pelajar :)

dan aku telah dipinang pada 15-05-2010 sempena ulang tahun perkenalan kami yang ke-5 :)

tak sempat nak horay horay dah ada yang datang meminang :p

semua sudah tertulis dalam hidup aku :)

dan sudah tentunya aku berdebar + takut + risau + bimbang dengan status baru ni sebab memang tak dinafikan memang banyak dugaan & cabaran untuk dilalui...

tapi segala cabaran + dugaan yang diuji, pasti ada hikmah yang tidak diketahui pada hari yang mendatang :)

sudah tentunya aku mengharapkan agar ikatan pertunangan ini berakhir dengan seperti yang dirancang :)

dan segala dugaan yang datang akan cuba untuk ditempuhi dengan berfikiran lebih positif & terbuka kerana setiap dugaan + pertelingkahan + perselisihan faham akan mematangkan kami dalam menempuh kehidupan yang berperingkat :)

kat sini aku upload beberapa pic (tak boleh upload banyak2 nanti kata nak menunjuk pula)

layannnn

lotsofluv;
~miss mass~


~rombongan meminang ye bukan rombongan cik kiah :p

~orang tengah dari pihak lelaki

~cincin merisik di jari manis (kanan) :p

~cincin pertunangan di jari manis (kiri) :)

~muka gumbira tak hengat :p

~TUNANG - KAHWIN - TUNANG - KAHWIN PART II~

28-12-2010
my room
6:49pm


assalamualaikum & salamesrabadi...

untuk entry kali ini aku nak share pasal majlis pertunangan jiran lama aku merangkap adik kepada kawan aku di kampung aku di negeri perak...

actually dia ni teman sepermainan adik aku...

jadi aku tak berapa nak rapat la dengan dia sebab aku lagi rapat dengan kakak dia...

tapi disebabkan dia jemput aku, aku datang la memeriahkan suasana yang memang sedia meriah gitu...

well... tunang dia ni tua setahun dari aku... orang ipoh. tak jauh sangat la kan? senang nak balik raya nanti tak payah nak gaduh-gaduh tak pun main o-som. hehehe

apa pun aku mendoakan agar pasangan ini dapat me-maintainkan hubungan mereka hingga ke jenjang pelamin dan seterusnya dapat menjadi pasangan suami isteri seperti yang disarankan dalam agama islam... cewah :)

kat sini aku upload picture yang sempat aku ambil buat kenangan...

layannnn :)

lotsoflove;
~miss mass~

~pelamin untuk sarung cincin :)

~cincin pertunangan

~si penerima cincin :)


~sesi penyarungan cincin :)

~bakal mak mertua, kene rajin tolong mak masak ye :)

~bakal besan :)

~selepas sah menjadi tunangan :)

21 December 2010

~TUNANG - KAHWIN - TUNANG - KAHWIN~

21-dis-2010
my room
my bedroom
4:09 pm

assalamualaikum wbt n salamesrabadi...

untuk entry kali ini aku nak share hobi masa lapang aku sepanjang aku menanam anggur menunggu posting bermula 15-05-2010 hingga 21-11-2010...

hobi bagi mengisi masa lapang aku tak lain tak bukan "menghadiri majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis berkhatan, majlis cukur jambul" dan segala majlis yang melibatkan lebih daripada 10 orang tetamu jemputan...

aku pun dah tak hengat berapa banyak aku attend kenduri kendara di rumah saudara mara mahupun jiran tetangga dan rakan taulan kerana majlis terlalu banyak untuk diingati...

akan tetapi ada beberapa majlis yang sempat aku rakamkan moment-moment indah aku ketika menghadirkan diri...

untuk entry kali ini aku nak share sempena "MAJLIS PERKAHWINAN RAKAN RAPAT KU SEJAK DI BANGKU SEKOLAH MENENGAH TEKNIK HINGGA KINI : FIRZA DIZA ABDULLAH" yang telah diadakan di Permatang Buloh, Pulau Pinang pada bulan OKTOBER yang lalu...

harapan aku sebagai rakan sekelas dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5 merangkap teman se-dorm dan katil berhampiran semoga Puan Firza berbahagia & kekal bersama suami hingga ke akhir hayat nya :p

untuk yang tak tahu, mereka ni berkawan dan bercenta sewaktu di bangku sekolah lagi. kalau tak silap aku sejak tingkatan 4. (gatal ye eja, mak suruh pi sekolah belajar tp ko belajar benda lain)

bak kata pepatah"sudah jodoh tak akan ke mana-mana"

apapun layan pic yang aku nak share :p

lotsoflove;
~missmass~






~reunion secara tak rasmi :)

20 December 2010

~NEW ENTRY~

21-dis-2010
my room
kulim,kedah
3:20 pm

assalamualaikum n salamesrabadi...

sekian lama aku tak meng-up-date blog ni...

teringin nak menulis kembali...

teringin nak berkongsi cerita lagi...

teringin nak melepaskan & meluahkan perasaan...

teringin itu... teringin ini... dan macam-macam lagi...

untuk entry kali ini cuma intro bagi entry yang seterusnya...

kepada peminat2 setia aku (ade ker???) nantikan entry yang seterusnya daripada saya :p

Justify Fulllotsoflove;
~cik mass~

06 July 2010

~MY NEW JOB~

6-julai-2010
bilik guru
sek men keb tun abd razak


assalamualaikum dan salamesrabadi...

dah lama tak update blog ni...

sian kat blog aku ni sebab dah lama aku tak pedulikan dia...

genap 44 hari aku menjadi penganggur berhemah baru aku dapat offer job baru...

(dah macam dalam pantang bersalin pula)

alhamdulillah ada rezeki aku di sini walaupun pada awalnya malas-malas nak cari kerja...

sepanjang 44 hari aku menghabiskan masa dengan dengan attend driving school + makan + tidur + tengok tv + layan movie :)

dah puas aku rehat tapi tak la puas sangat sebenarnya...

kat sini aku ajar subjek BAHASA MELAYU form 1 dan form 2...

memang tak best sebab mengajar bukan bidang aku tapi i'll try my best untuk mengajar dan mendidik mereka (aku tak nak makan duit yang tak berkat)

apapun aku cuba untuk meng-enjoy-kan diri aku kat sini :)

hope so...

ok nanti aku update lagi lepas ni...

hope to see ya...

peace, one love...

lots of luv;
~miss mass~

27 May 2010

~MY LAST MOMENT 2~






time ni malam last aku kat SEMESTI...

malam ni juga last sesi aku dengan GROUP SPS...

macam apa yg GROUP SPS pernah cakap sebelum ni :


"kami nak buat sesi sampai hari terakhir kak mas kat SEMESTI"

ya...

mereka telah kotakan apa yang mereka kata...
Justify Full betul-betul buat aku terharu...

sedey + gembira...

semua ada...

tapi memang best sangat malam tu...


semua org bg last message :)


terharu dengar apa yg mereka kata :)


mereka cakap mereka sayangkan aku... :)


aku? of course la aku pun sayangkan mereka :)

tak tau bila dapat jumpa mereka semua mcm dalam gambar ni..

masa ni buat jamuan perpisahan (kunun2 nye) sekali sambut birthday BURHAN :)

rindukan waktu ni...

rindu sangat :(


lots of luv; ~kak mass~









~MY LAST MOMENT~

last moment saya bersama pelajar-pelajar saya... :(

saya pasti rindukan kamu semua... :(

pic ni aku ambil masa hari 2nd last aku kat SEMESTI...

aku tak sempat nak masuk semua class... juz sempat masuk beberapa class je..

sedey...

sedey...

sedey sangat :(

tak tau bila dapat jumpa mereka semua... :(

apepun, kak mas doakan kamu semua sukses dalam apa saje bidang yg kamu ceburi...

kak mas sayang kat kamu semua...

terima kasih sebab pernah jadi sebahagian daripada kegembiraan kak mas :)

terima kasih sebab pernah jadi sebahagian daripada kekuatan kak mas kat semesti :)

terima kasih sebab pernah tolong kak mas :)

terima kasih :)

tak mau tulis banyak-banyak, nanti sedey + nangis :(

miss all of u damn much :(

lots of luv;
~kak mass~




~tq utk group ni yg selalu semangat nak buat sesi :)


~group wafi pon banyak tolong kak mas :)


~walaupun kita jarang berbual tapi tak bermakna kamu tak pernah buat kak mas senyum :)


~terima kasih sebab buat kak mas senyum :)


~YUSMAL dan KAK MAS sedang merenung HAZIM :)

~posing b4 amek gambar :)

13 May 2010

~PERGI by MOHD FITRI ABD MAJID

hari ini merupakan hari terakhir aku di semesti...


aku sayang semesti...

aku sayang semua yang ada d semesti...

termasuk pokok2, tumbuh-tumbuhan, sayur-mayor, ikan-ikan, kolam-kolam dan sebagainya...

tapi aku lagi sayangkan DADDY ZAM, AYAH DAUD, KAK CHIK n SEMUA PELAJAR SAYA :)

sempena hari terakhir aku kat sini, aku request seorang student form 5 IBN-KHALDUN untuk menyanyikan sebuah lagu untuk aku...

terima kasih yg tida terhingga kpd SHOBAN sbb tolong rakamkan moment ini :)

layan....

lots of luv;
~miss mass~



11 May 2010

~SEMESTI MOMENT 10~

time ni sesi penggambaran saya dengan para pelajar saya dan beberapa orang guru SEMESTI...

gembira dapat ambil gambar dengan mereka :)





~unit bimbingan dan kaunseling sek men sains teluk intan

~pembimbing rakan sebaya


~PRS SEMESTI





~candid by aimi amzar

lots of luv;
~miss mass~

~SEMESTI MOMENT 9~

GROUP PEMANGKAH CINTA...

kak mas pasti tak kan lupakan kamu semua...

terima kasih atas segala kesungguhan dan keikhlasan anda semua untuk menjalankan sesi kaunseling kelompok dengan kak mas...

terima kasih kepada :
AJIM sebab selalu tolong kak mas...
BANI sebab tolong kak mas settlekan kaunseling kelompok
ASLAM sebab selalu buat kak mas ketawa dgn ayat "direject"
ASYRAF sebab suka buat mula blurrr...
AIZAT sebab selalu sengih masa dalam sesi
A'ALAM sebab cuba jadi serius time kaunseling kelompok
SYAFIQ IKMAL sebab selalu jadi pemangkah cinta yang sejati...

terima kasih atas segalanya...

terima kasih sebab selalu on time bila tiap kali sesi kaunseling kelompok dan...

tahniah sebab jadi group yang pertama tamatkan sesi kaunseling kelompok dengan kak mas :)






ini NOR ATHIRAH NOR AZLAN...

terima kasih sebab tolong kak mas buat kerja kat bilik kaunseling...

terima kasih sebab sudi buat sesi kaunseling individu dengan kak mas...

nanti kita jumpa lagi waktu KEM JATI DIRI TLDM :)



ini air milo yang telah saya buat untuk ayah mertua saya iaitu AYAH MOHD DAUD BIN MOHD RAMLI...

ini air milo yang pertama dan terakhir saya buat untuk dia...

dia cakap sedap... ;)




~ini la dia ayah mertua saya (ayah mertua yg tak jadi)

lots of luv;
~miss mass~

03 May 2010

~SEMESTI MOMENT 8~

bilik kaunseling
sek men sains teluk intan
04-05-2010
11:54 pm

assalamualaikum n salamesrabadi...

yang ni pula aku nak upload pasal Program Kerjaya di UTP...

program ni dah lama dah...

tapi baru sempat nak upload...

yang menariknya, siap ada jejak kasihan lagi kat UTP...

mula-mula jumpa FAUZI, lepas tu jumpa JIHAN dgn KAMAR...

apepun layan jer la....

lots of luv ;
~miss mass~