11 December 2011

~SAYA ADA KAWAN_PART II~

12-12-2011
13:34
my home sweet home

assalamualaikum wbt & salamesrabadi...

aku selalu tanya pada diri aku...

"kenapa aku posting kat sini?"

"aku tak minta sekolah ni, kenapa aku dapat?"

"aku minta perak, kenapa kawan aku yang lain dapat perak sedangkan aku anak perak tak dapat tempat sendiri?"

"apa hikmah aku dapat dia ya Allah?"

sepanjang orientasi guru baru (3 minggu kena stay sekolah masa cuti sekolah) aku down...

cari kekuatan nak teruskan & terima sekolah ini...

dalam masa tu aku sibuk cari orang minta tukar suka sama suka...

aku tak sabar nak pindah dari sini...

maklumlah masa tu cuti sekolah dah mula lagi pula tak ada siapa-siapa kat sekolah...

bosan sangat...

cun pula aku kena datang meeting 2 minggu sebelum buka sekolah...

masa tu baru aku jumpa cikgu-cikgu sekolah ni...

walaupun gaji masuk awal tapi sikit pun tak menggembirakan aku...

tak sampai 1 bulan aku dah dapat gaji, alhamdulillah.

masa meeting aku baru berkenalan dengan cikgu-cikgu...

bonda panggil semua guru baru untuk kenalkan diri...

zaitonnisak : orang pertama tegur aku masa meeting koko...

dia ajak aku makan laksa...

dari situ aku mula mengenali ahli Kelapa Dara seorang dan bermula la episod kembara kami...

to be continued

lotsoflove;
~missmass~

~SAYA ADA KAWAN_PART I~

12-12-2011
13:04
my home sweet home

assalamualaikum wbt & salamesrabadi

22 november 2011 (isnin) hari pertama aku melaporkan diri di JPN Negeri Kedah Darul Aman.

masa tu aku telah dihantar oleh kak long & abang mat ke JPN.

aku sampai lebih kurang jam 7.30 pagi di hadapan JPN.

masa tu aku jumpa kawan-kawan aku yang senasib dengan aku posting ke negeri ini.

mostly orang kedah & pastinya mereka teruja sebab dapat berkhidmat kat tempat sendiri.

aku masuk ke dewan Al-Farabi untuk dengar taklimat & menyerahan memo...

jujurnya aku tawar hati & tak de mood nak dengar taklimat walaupun dia cerita bab gaji & cuti...

masa tu aku pun tak risau macam kawan-kawan aku yg lain...

dorang risau bila pegawai tu cakap kekosongan banyak di daerah baling & langkawi...

pada aku "ade aku kesah kosong banyak kat sana?"

aku memang tak pernah minta negeri ni masa isi permohonan so bila aku dapat aku tak risau di tempatkan di mana-mana...

Fa'an aku pula yang over takut aku dapat Langkawi / Changloon / Jitra (jauh katanya)

akhirnya masa yang ditunggu telah tiba (serah memo)

sorang-sorang nama dipanggil untuk ambil memo daripada pengarah...

lepas ambil memo aku bukak & aku cuma tengok daerah mana & terus sms pd Fa'an

"b, i dapat daerah Kulim Bandar Baharu"

tak de perasaan apa-apa pun masa tu...

budak-budak lain siap jerit-jerit sebab seronok dapat sekolah dekat dengan rumah (lempang kang baru tau)

aku bersyukur sebab kulim ni dah selatan kedah so dekat la aku nak balik...

lepas tu taklimat dengan pegawai PPD...

kami dipecahkan mengikut PPD & masa ni aku pun sibuk cari kawan yang sama sekolah dengan aku.

alhamdulillah...

aku jumpa 2 orang kawan perempuan yang sama sekolah dengan aku.

lepas taklimat aku pun balik ke rumah kak long & fa'an pula pulang semula ke perak.

NIK ZAKIAH BT AWANG



kawan baru saya & merangkap housemate saya

kami tidur berdua di bilik warden selama 3 minggu...

sangat tertekan sebab kena stay kat sekolah untuk 3 minggu...

kami makan berdua di dewan makan asrama...

kami habiskan masa dengan penuh kebosanan di bilik warden di kala malam...

kami selalu muhasabah diri bila mengenangkan nasib di tempatkan di sekolah ini...

dia selalu beritahu aku yang dia sedih sebab terpaksa berjauhan dengan suami...

kesian puan nik (gelaran yang aku selalu bagi)

dia banyak tolong aku...

aku banyak susahkan dia...

terima kasih puan nik atas segala pertolongan...

mas sayang nik...

PUVANESWARY A/P MUNIANDY


aku panggil dia puva...

masa baru posting dia banyak tolong aku & nik

dia banyak tolong kami explore kulim...

opsss lupa, puva ni lucky sebab dia posting kat sekolah lama dia..

kira sirih pulang ke gagang la...

dah tak payah fikir nak cari rumah sewa macam aku & nik...

duduk dengan parents...

nak pergi sekolah pon dekat

tapi dia sedih sebab dapat sekolah ni sebab dia nak pergi jauh...

dia cakap dia minta sabah & sarawak masa isi borang dulu...

tak pe la kalau tak mesti kita tak dapat jumpa kan?

lepas tu kami jarang jumpa sebab bilik puva jauh dari bilik aku & nik...

hari tu puva sakit sampai pengsan kat dalam bilik guru...

kesian puva...

terima kasih puva sebab banyak tolong mas sepanjang mas kat sini..

mas sayang puva...

to be continued

lotsoflove;
~missmass~

10 December 2011

~SELAMAT TINGGAL~

11-12-2011
12:10
my home sweet home

walaupun hati saya telah jatuh cinta dengan SMKLB...

walaupun saya rasa sangat gembira bertugas di SMKLB...

walaupun saya sudah mula terpaut hati di Kulim, Kedah Darul Aman...

tetapi saya perlu ucapkan "Selamat Tinggal SMK Labu Besar"

bak kata Bonda SMKLB

"walaupun saya sayangkan SMKLB tapi saya perlu fikirkan tentang diri saya juga, sampai satu masa saya perlu tinggalkan tempat ini"

ya... sampai satu masa aku perlu tinggalkan SMKLB.

terima kasih atas segala kenangan terindah yang sempat saya lalui selama 360 hari di sana...

terima kasih kepada semua guru-guru yang banyak bantu saya semasa saya berkhidmat di sana...

terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai salah seorang warga SMKLB...

terima kasih atas segala sokongan + dorongan + tunjuk ajar + bimbingan + nasihat sepanjang saya bertugas di sana...

terima kasih atas semua ilmu yang diberikan...

terima kasih atas segala kenangan indah di sana...

terima kasih kerana selalu menceriakan hari-hari saya...

kepada pelajar-pelajar SMKLB (esp PRS)...



terima kasih untuk kenangan ini...

terima kasih sebab banyak tolong cikgu untuk jayakan event PRS

terima kasih sebab selalu support cikgu untuk naikkan semula PRS

terima kasih sebab banyak tolong cikgu buat kerja di UBK...

untuk abang long & kak ngah saya :



terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan

terima kasih atas bimbingan yang diberi

terima kasih kerana sudi menerima kehadiran "adik" :)

panjang umur + murah rezeki kita jumpa lagi...

saya pasti merindui warga SMKLB...

lotsoflove;
~missmass~

antara pic last day aku di SMKLB



~CUTI SEKOLAH~

11-12-2011
11:39
my home sweet home

assalamualaikum wbt & salamesrabadi

lama sudah aku tak update blog ni...

tiba-tiba hari ni rasa nak update pulak...

walaupun banyak masa yang aku ada (maklum la cuti sekolah) tapi aku banyak habiskan masa dengan tidur... tidur... dan tidur...

cuti sekolah memang seronok sebab aku dapat tenangkan hati yang memang tenang...

bak kata kakak aku "ko suka ye duk umah 1bulan lebih. goyang kaki je pastu hujung bulan tunggu gaji masuk"

statement tak puas hati nampaknye...

tapi dia tak tahu yang aku bertungkus lumus bekerja masa hari bekerja & bila cuti aku cuti la sepuas-puasnya... hahahaha (gelak puas hati)

cuti 1 bulan lebih ni aku menghabiskan masa dengan tengok cerita korea.

aku dah mengkhatamkan cerita "SECRET GARDEN"

layan seh...

Gil Ra Im yang sangat comel lagi santik...

Kim Joo Woon yang penuh dengan suprise lagi hati kering membuatkan aku suka lagi tertarik dengan ini lelaki...

oh no! aku suka ini Kim Joo Woon yang berhati kering ini :)

masa ni Kim Joo Woon & Gil Ra Im bertukar badan...
macam tak logik tapi kelakar...
aku suka part dorang bertukar badan...
kelakar bila dorang cuba jadi orang lain...
suka bila Kim Joo Woon ajar Gil Ra Im pakai baju + mandi tanpa tengok badan...

i like bila Kim Joo Woon ambil kesempatan nak tentang mata dengan Gil Ra Im...
kalau masa ni aku jadi Gil Ra Im sure aku nebessss tak hengat la...
pastinya hati aku berbunga-bunga cinta bila ada seorang lelaki berhati kering yang kaya lagi kacak cuba nak mengorat aku (ober nampaknya)

part paling aku suka...
aku suka bila Kim Joo Woon merenung Gil Ra Im tidur...
sangat unexpected!
renungan mata Kim Joo Woon yang tajam lagi menikam melihat Gil Ra Im tidur..
siap berdialog dalam hati lagi

Kim Joo Woon : kenapa dahi awak berkerut? awak mimpi apa?
Gil Ra Im : Saya mimpi buruk sebab tu dahi saya berkerut
Kim Joo Woon : awak mimpi apa? siapa dalam mimpi awak?
Gil Ra Im : awak ada dalam mimpi saya
Kim Joo Woon : walaupun saya ada dalam mimpi awak, saya masih tak dapat gembirakan awak

hambik kau...
lawak betul la...

part Gil Ra Im jadi sangat santik lagi menawan...
aku suka sangat tengok Gil Ra Im masa ni...
santik sangat sangat sangat...

standard cerita korea pastinya ada halangan daripada keluarga.

macam cerita ni juga la...

tapi aku suka cerita ni...

:)

lotsoflove;
~missmass~