29 July 2009

~UPSI vs H1N1

my room
29 julai 2009
23:13

pagi tadi aku berkesempatan keluar dari rumah untuk meninjau2 sekitar kawasan upsi yang di arahkan tutup sempena penularan wabak H1N1 atau lebih serasi dengan nama selesema babi...

pintu pagar tutup rapat...

pak guard2 upsi menjalankan tugas mereka dengan penuh hemah & amanah serta berdedikasi...

bukan mudah ye menjalankan tugas ketika darurat...

apa-apa pun selamat bercuti kepada warga upsi tak kira di mana jua anda berada...

semoga pulang nnti dapatlah kita menyiapkan assignment dengan jayanya...

~TITI n RORO

my room
29 -Julai -2009
22:56

pada hari selasa iaitu 28 julai 2009....

aku telah menghadirkan diri ke kelas Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak di Taman U 33

secara tidak sengaja mahupun dirancang...

aku dan roro @ gaban @ roszila telah memakai baju yg hampir2 sama warna & corak...

dan dengan penuh bangganya kami mengambil gambar berdua sebagai tanda kenangan bersama...

semoga kenangan ini tidak dapat dilupakan sampai bila-bila pun...

(sure roro bangga tahap gaban sbb aku upload pict ni)



sape paling kurus???????


cumelnye... tak sangka pulak...

23 July 2009

~BANGI OH BANGI

my room
23-jul-2009

17 jul 2009

semalam bersamaan 22 julai 2009 bersamaan hari rabu...

aku bersama beberapa org ahli kumpulan konsultasi aku iaitu mohd rahmat, nurul hidayah dan norhaniza termasuk wan mohd agil (dia bukan ahli kumpulan aku ye) telah pergi ke KAFA al-irsyad,bandar baru bangi...

walaupun terpaksa melalui pelbagai halangan yang sukar termasuk kesesatan dan kekeliruan, ahlamdulillah berkat semangat kerjasama kami dapat sampai jua ke destinasi yg dituju..

betul la apa yg dikatakan oleh wonderpets sebelum ini... "apa yang penting... kerjasama"

walaupun kami tiba agak lewat gara2 mengisi minyak kereta secara manual (bak kata rahmat) tetapi kedatangan kami di sambut dengan baik oleh guru beso sekolah tersebut...

setelah berkonsultasi hampir 1jam, kami telah membuat kata sepakat untuk mengadakan program di sana pada 8-9 ogos nanti...

diharapkan semuanya berjalan lancar seperti yg diharapkan...

dan gambar2 di bawah adalah salah 1 kenangan terindah yg sempat aku rakamkan di surau an-nur, seksyen 2 bangi.

apa yg lebih memeranjatkan aku, tadika KAFA tu betul2 belakang rumah pakcik aku...

tak kisah la... apa yang penting kerjasama.




suatu hari nanti aku nak jadi penceramah manakala mark & agil menjadi khatib... :)

22 July 2009

~HARRY OH POTTER...

my room
23-jul-2009
14:17

hari sabtu yang lalu aku berkesempatan untuk melawat TGV Cinema...

setelah sekian lamanya aku tidak melawat penjaga2 kaunter di sana (esp kaunter tiket utk booking)

maklum la sejak bermenjak-menjak ni aku terlalu sebok hinggakan tiada masa untuk meluangkan masa melawat mereka...

tetapi demi Harry Potter, aku cuba mencuri beberapa ketika yang ada untuk bertemu dengan penjaga kaunter tiket walaupun hanya seketika...

aku telah mencuri waktu yang ada selama hampir 2 jam 30 minit untuk menonton cerita Harry Potter (start 8-15 malam sampai 10-55 malam)

ternyata aku kecewa lagi...

kali ni Harry Potter tak seseronok yg ku jangkakan...

pa'an pun turut menyokong 200% pandangan aku...

apa2 pun, pd siapa yang belum b'peluang tgk movie ni...

aku suggest korang pegi la tengok, mana tau apa yang aku rasa tak sama mcm mana yg korang rasa...

aku ada upload gambar2 movie ni...





bukti aku dah booking & tengok cerita Harry Potter ni...

21 July 2009

~PEMBENTANGAN PROPOSAL

my room
18-jul-2009
20:24

alhamdulillah...

satu lagi kerja aku untuk semester lepas dah pun selesai...

aku dah pun present proposal aku untuk dinilai...

turn aku hari sabtu b'samaan 18 julai 2009...

bertempat di Auditorium 1 pada jam 10-00 pagi hingga 12-00 tengah hari...

aku telah dinilai oleh Pn Samsiah dan aku adalah presentor yang ketiga selepas nurzazarina & mohd rahmat...

dan ternyata semuanya diluar jangkaan aku dan rakan-rakan kerana Pn Samsiah terlalu detail dalam bertanyakan soalan...

1 per 1 beb...

jenuh aku nak menjawab...

tapi alhamdulillah semuanya dah pun selesai...

dan apa yang lebih gembira... proposal aku telah diluluskan untuk buat kajian lapangan...

cuma kena mantapkan lagi....

tanpa buang masa...

tepat jam 1-30 ptg aku dengan gembiranya meninggalkan Auditorium 1 untuk meneruskan pembentangan seterusnya yang diadakan di Kinta City Ipoh atau tempat yang lebih spesifik lagi di TGV Cinema....

apa2 pun terima kasih banyak2 pada Dr Jaz yang Kacak kerana memberi kebenaran utk aku keluar awal 30 min dari yang sepatutnya...

aku seronok sangat dapat keluar dari Tanjong Malim...

terima kasih juga kpd Farhan sebab sudi menghabiskan masa bersama aku untuk menghabiskan doit beli tiket wayang yang telah di booking 3 hari sebelum itu untuk melihat cerita Harry Potter yang tak berapa nak best...

apa pun aku rasa seronok sangat...



~kunun2 nampak tenang masa tunggu giliran
(tenang ker?)


~sampai naik ungu aku jadinya dek tunggu giliran nk bentang proposal



~akhirnya tiba giliran aku untuk bentang propsal...
tq pd nunu sbb tolong tekankan slide aku...
tq juga pd yana sbb ambil gamba aku masa present...


~jenuh aku nak explain kat penilai...
penilai aku ada sorang je...
yang pakai tudung berbunga merah tu Pn Samsiah...
yang tudung pink tu bukan penilai tp penyokong aku sape lagi kalau bukan nur...



~masa ni aku kat depan cermin kat Kinta City...
aku suka amik gamba kat cermin...
masa ni dah abis present...

10 July 2009

~BABY SITTER?

time break sem aku tak kan lari dari menjaga anak ku bukan anak ku.

tp kali ni aku tak de pilihan memandangkan mak dan bapak aku tak ada kat rumah...

aku jaga daniel dan damia 13 hari...

lotih....


posing maut seh...
ni la keje adik beradik...
pantang nampak camera...
aku da jd jurugambo dorang...
budget muka dorang cun la tu...


tak cukup luar rumah...
dalam rumah pun dorang nak naik motor...
dorang ni ala-ala awie & erra masa hot bercenta...
aku jugak kene jd JPJ sbb nak kene tgk dorang jgn sampai bawa laju2


kala damia demam...
aku dan harry kena jaga dia...
nak dukung sesaje tp nampak camera boleh pulak posing...
langsung tak paham...



kala menjadi guru pra sekolah...
aku kena ajar daniel membaca dan menulis...
ingat senang ke?
tapi tak pe la...


aku dan daniel...
daniel suke bergamba...
budget hensem kot...
mmg dia fotogedik...

~THE COFFEE BEAN 2

blueberry cake @ The Coffee Bean






09 July 2009

~SEMESTER BREAK

my room
10-07-2009
1426

Dah lama betul aku tak up date blog kesayangan aku ni... (sayang ker?)


sekian lama aku menyepikan diri dari dunia blog dan bermula hari ini aku akan kembali bergiat aktif dalam dunia blog (kalau aku senang la)

hari ini aku nak upload pict sepanjang aku cuti.

tak banyak tempat aku melepak

tapi ada la 2 3 4 tempat aku melepak

maklum la cuti 2 bulan tak buat ape. makan tanggung je.

berat aku pon da naik 4kg.

aku yakin berat aku akan turun balik sekembalinya aku di upsi.




time ni lepak kat old town white coffee...
sehari sebelum balik upsi...
dah jadi mcm tempat "must visit" la sebab internet laju tahap gaban...
makanan tak banyak pilihan tapi ok la...
takat nak surfing, tempat ni memang best sebab santai... :)
moralnya...
datang old town sekadar nak surfing...


masa ni ada promotion sempena pembukaan GIANT kat teluk anson...
sushi pun jual murah2 tp tak la murah sangat pun...
aku suka makan sushi tapi tak la suka sangat...



masa ni lepak kat kedai "pakcik" aku yang tak de kena mengena dgn aku...
restoran "uncle zam" kat manjung...
kalau datang manjung, jangan lupe jalan2 cari pasal kat sini...
"dulu" aku suka sangat lepak makan kat sini time malam...
sebab apa? sebab makanan sedap & yg penting murah...
lgpun restoran ni santai je betul2 tepi jalan...
tapi tu dulu la, sekarang tak lagi...
tau tak sebab apa?
sebab sekarang ni dah ramai pekerja indon dgn bangla kerja kat restoran ni...
elok2 aku selera nak makan, tiba2 kembang tekak aku...
so pasni aku memang tak kan datang lagi la kedai ni...
moralnya...
pilih la pekerja buatan malaysia :)




time ni datang old town sebab nak test laptop baru aku...
sambil2 nak try surfing kat sini...
ternyata memang tak mengecewakan la...
nampak kan pict atas ala-ala tengah surfing tu...
tu la tangan aku bersama laptop baru :)
lagipun masa ni 1st time lepak sini dan rasanya akan datang lg...




time ni kat secret recipe kinta city ipoh...
ibu negeri yang ku cintai...
sebenarnya plan asal nak tengok wayang midnight...
siap booking tiket tu...
alih2 tak jadi...
tau tak sebab apa?
sebab the body shop buat sales...
masa banyak abis kat sana...
pas lepak kat secret recipe sambung balik pergi the body shop...
duk dalam tu sampai penat pastu terus tak jadi tengok wayang...
lagipun dah lama tak makan kat secret recipe...
mengidam siot... :)