11 December 2011

~SAYA ADA KAWAN_PART I~

12-12-2011
13:04
my home sweet home

assalamualaikum wbt & salamesrabadi

22 november 2011 (isnin) hari pertama aku melaporkan diri di JPN Negeri Kedah Darul Aman.

masa tu aku telah dihantar oleh kak long & abang mat ke JPN.

aku sampai lebih kurang jam 7.30 pagi di hadapan JPN.

masa tu aku jumpa kawan-kawan aku yang senasib dengan aku posting ke negeri ini.

mostly orang kedah & pastinya mereka teruja sebab dapat berkhidmat kat tempat sendiri.

aku masuk ke dewan Al-Farabi untuk dengar taklimat & menyerahan memo...

jujurnya aku tawar hati & tak de mood nak dengar taklimat walaupun dia cerita bab gaji & cuti...

masa tu aku pun tak risau macam kawan-kawan aku yg lain...

dorang risau bila pegawai tu cakap kekosongan banyak di daerah baling & langkawi...

pada aku "ade aku kesah kosong banyak kat sana?"

aku memang tak pernah minta negeri ni masa isi permohonan so bila aku dapat aku tak risau di tempatkan di mana-mana...

Fa'an aku pula yang over takut aku dapat Langkawi / Changloon / Jitra (jauh katanya)

akhirnya masa yang ditunggu telah tiba (serah memo)

sorang-sorang nama dipanggil untuk ambil memo daripada pengarah...

lepas ambil memo aku bukak & aku cuma tengok daerah mana & terus sms pd Fa'an

"b, i dapat daerah Kulim Bandar Baharu"

tak de perasaan apa-apa pun masa tu...

budak-budak lain siap jerit-jerit sebab seronok dapat sekolah dekat dengan rumah (lempang kang baru tau)

aku bersyukur sebab kulim ni dah selatan kedah so dekat la aku nak balik...

lepas tu taklimat dengan pegawai PPD...

kami dipecahkan mengikut PPD & masa ni aku pun sibuk cari kawan yang sama sekolah dengan aku.

alhamdulillah...

aku jumpa 2 orang kawan perempuan yang sama sekolah dengan aku.

lepas taklimat aku pun balik ke rumah kak long & fa'an pula pulang semula ke perak.

NIK ZAKIAH BT AWANG



kawan baru saya & merangkap housemate saya

kami tidur berdua di bilik warden selama 3 minggu...

sangat tertekan sebab kena stay kat sekolah untuk 3 minggu...

kami makan berdua di dewan makan asrama...

kami habiskan masa dengan penuh kebosanan di bilik warden di kala malam...

kami selalu muhasabah diri bila mengenangkan nasib di tempatkan di sekolah ini...

dia selalu beritahu aku yang dia sedih sebab terpaksa berjauhan dengan suami...

kesian puan nik (gelaran yang aku selalu bagi)

dia banyak tolong aku...

aku banyak susahkan dia...

terima kasih puan nik atas segala pertolongan...

mas sayang nik...

PUVANESWARY A/P MUNIANDY


aku panggil dia puva...

masa baru posting dia banyak tolong aku & nik

dia banyak tolong kami explore kulim...

opsss lupa, puva ni lucky sebab dia posting kat sekolah lama dia..

kira sirih pulang ke gagang la...

dah tak payah fikir nak cari rumah sewa macam aku & nik...

duduk dengan parents...

nak pergi sekolah pon dekat

tapi dia sedih sebab dapat sekolah ni sebab dia nak pergi jauh...

dia cakap dia minta sabah & sarawak masa isi borang dulu...

tak pe la kalau tak mesti kita tak dapat jumpa kan?

lepas tu kami jarang jumpa sebab bilik puva jauh dari bilik aku & nik...

hari tu puva sakit sampai pengsan kat dalam bilik guru...

kesian puva...

terima kasih puva sebab banyak tolong mas sepanjang mas kat sini..

mas sayang puva...

to be continued

lotsoflove;
~missmass~

No comments: