15 October 2012

~THAI MASSAGE~

my room
16 Oktober 2012
2:09 pm

Assalamualaikum wbt & Salamesrabadi..

aku suka pergi massage.

tapi mak aku selalu bising bila aku cakap nak pergi massage...

"tak elok la pergi urut. nanti badan tak kuat. makan panadol je.. mak demam pun makan panadol.... "
"ko ni mengikut perangai bapak ko. sikit-sikit nak urut..."
"mak dulu tak pernah berurut. mak berurut masa bersalin je lepas tu tak de dah nak berurut..."

ok mak.. ok saya paham.

tak tahu la pada pandangan orang lain macam mana, tapi pada pandangan aku (selaku orang yang suka pergi spa / massage) aku dapat rasakan yang massage ni melegakan berbanding mengambil ubat-ubatan macam panadol / activefast dan seangkatan dengannya.

aku percaya bila badan kita tak sihat (demam / pening  / sebagainya) berpunca daripada dalaman macam terlalu letih / salah urat / tegang urat / banyak angin dan lain-lain.

jadi bila aku berurut secara tidak langsung dapat melegakan dan membetulkan balik sistem urat saraf dalam badan yang menyebabkan kepada demam.

aku memilih untuk tidak memakan ubat sebab pada aku ubat tu adalah untuk kelegaan dalam masa singkat dan pada masa panjang ubat tu bagi kesan sampingan yang lain pula.

dan aku pernah terbaca 1 artikel yang mengatakan doktor sendiri cuba untuk tidak mengambil pil seperti panadol / activefast sebab pil tersebut akan keluar daripada badan selepas 5 tahun.

just imagine... kalau 5 tahun baru ubat tu keluar daripada badan kita, dalam tempoh 5 tahun tu berapa banyak ubat yang kita ambil kalau kita selalu amalkan memakan pil bila sakit?

yang 5 tahun lepas punya baru keluar dah makan lagi dan lagi dan lagi...

aku juga percaya pengambilan pil macam panadol tak baik untuk badan kita.

aku cakap ni bukan aku nak menafikan kesan ubat tu pada kita dan aku tak akan mengambilnya..

ya aku mengaku aku juga pernah ambil panadol /activefast dan pernah jadi satu ubat wajib dalam simpanan aku takut-takut pening kepala.

tapi bila aku mula membaca beberapa artikel dan bahan-bahan bacaan lain aku mula berubah fikiran dan aku rasakan yang massage adalah lebih baik walaupun ada kesan sampingan.

buat masa ni aku lebih selesa pergi mana-mana THAI MASSAGE sebab lebih baik berbanding China Massage.

pada aku, Thai Massage lebih sedap dan puas berbanding massage lain dan harga juga perpatutan.

aku memlilih untuk buat massage di kedai-kedai massage berbanding pergi di Spa sebab di Spa urutan lebih kepada relax dan urut-urut manja gitu... 

setakat ni Thai Massage memang THE BEST dan kalau nak lagi murah pergi la ke Thailand.

last year aku pergi Hatyai, aku ambil kesempatan buat massage kat sana. siap service ke bilik lagi 1hour ++ RM30 tanpa menggunakan apa-apa minyak / losyen.

paling murah aku pernah buat kat SEREMBAN PARADE 1hour - RM40 memang superb!

ok lah aku nak balik so nanti aku update cerita lain pula.

tadaaaaaa....

lotsoflove;
~mrsmass~


salah satu kaedah dalam THAI MASSAGE

No comments: