20 March 2011

~PLKN MOMENT PART II~

my home sweet home
20-03-2011
11:08 pm

semasa aku di PLKN UUM SINTOK...

ada sesuatu yang nak aku share...

masa aku sibuk tak join riadah waktu petang kat KOLEJ KEDIAMAN BUKIT KACHI 2 sebab kemalasan yang kronik, jadi aku ambil keputusan untuk menenangkan jiwa raga aku dengan duduk bersantai bersama ASMA and the geng di depan kafetaria...

aku tinggal handset kat dalam bilik sebab tengah charge [kalau bawa pun bukan ada orang nak call + sms maklum la masa tu ada boyfriend yang curang]

so sebelum waktu riadah habis, aku pun ambil kesempatan untuk curi-curi masuk bilik untuk ambil handset sebab takut hilang...

masa aku ambil handset tu ada "1 message received" so aku pun membacanya

"man esok aku tumpang ko gi clas, satria aku rosak"

so aku pun reply "salah no ni, ni mas bukan man"

dan dia pun dengan begitu yakin membalas sms aku dengan mengatakan aku ni menipu... [banyak cantek kata aku menipu]

bertikam lidah, bertegang leher juga la aku dengan dia...

setelah penat membalas sms dan akhirnya...

dia call aku untuk nak kan kepastian dan sebelum letak dia cakap...

"kalau lepas ni saya sms or call awak lagi boleh tak?"
[ayat orang nak mengorat, tak boleh blah betul haaa]


then bermula episod berbalas-balas sms dan calling2 antara aku dan dia...

dia cakap kat aku dia tengah belajar kat Uitm Shah Alam [engineering course]

dia cakap dia orang Ipoh, anak sulung dan tak suka tinggal kat kawasan bandar...

setiap hari kami akan berbalas sms [selalunya dia yang hantar sms dulu dan kadang-kadang aku yang hantar dulu sebab busy dgn clas]

suatu hari dia tanya nama penuh aku + tarikh lahir...

keesokkan harinya dia sms aku

"awak, apa saya cakap ni awak bagitahu saya berapa yang betul"

rupa-rupanya dia bagitahu aku pasal bentuk fizikal aku [tinngi, berat, bentuk muka, rambut]

aku sangat terkejut sebab apa yang disebut semuanya sama [tapi tak la tepat 100%]

aku mula confused dan aku dapat rasakan dia ni antara orang yang memang kenal aku dan saje nak kenakan aku...

tapi dia beriya-iya cakap tak

"eh betul ke ape yang saya teka? betul saya tak kenal awak, saya teka je"

then aku tanya dia

"mana awak tau semua ni?"

dia cakap mungkin ni kelebihan dia sebab dia cakap dia buat solat sunat istikharah untuk tengok macamana rupa aku...

"dalam mimpi tu saya tak nampak jelas muka awak tapi saya dapat agak la awak macam mana, kalau awak nak tengok saya macam mana, malam ni awak buat solat sunat istikharah"

dia selalu cakap kat aku...

"saya ni tak handsome, dah la gemuk pendek pula tu... kalau saya tolak awak mesti awak melayang"

seronok sembang dengan dia sebab dia matang + islamic sikit...

aku pernah minta dia prove kat aku, kalau betul dia duduk shah alam aku minta dia call aku guna public phone yang naik nombor shah alam sebab sebelum ni kalau dia call guna public akan naik "private number"

then pada suatu malam dia pun call aku guna public phone

+603-55++++++ "naik nombor kan? puas hati? jenuh saya cari public phone yang naik number tau"

aku pun diamkan je dan dalam masa yang sama aku still rasa tak percaya...

suatu hari dia sms aku...

"awak, saya ada benda nak bagitahu awak... mungkin jodoh kita setakat ni je sebab tak lama lagi saya akan pergi ke seberang laut..."

bermulalah episod sedih bila dia bagitahu yang tak lama lagi dia akan fly ke Jepun...

suatu malam pada hari-hari terakhir sebelum dia fly, dia call aku...

"saya minta maaf kalau selama kita kenal saya ada buat salah pada awak. awak kejar cita-cita awak dan saya kejar cita-cita saya... tiga tahun tak lama tapi saya tak janji apa-apa pada awak. kalau saya balik nanti, ada perempuan di sebelah saya, awak jangan salahkan saya. tapi kalau saya balik nanti saya tak ada siapa-siapa tak salahkan kalau kita cuba? tapi kalau masa tu awak ada orang lain, saya tak kan salahkan awak... kalau sepanjang kita lost contact ni awak jumpa orang yang lebih baik dan sesuai untuk awak, awak terimalah dia. saya tak kan marah awak sebab kita tak janji apa-apa.. awak jangan tunggu dan harap pada saya sebab saya tak janji apa-apa pada awak sebab saya takut nanti saya yang tak tepati janji saya.. panjang umur kita jumpa lagi. saya akan simpan nombor awak, mana tahu tiba-tiba kat sana saya ingat kat awak, saya call la awak tapi tak boleh la selalu... nanti kalau saya dah balik malaysia, saya akan cari awak balik, insyaallah tu pun kalau awak tak tukar nombor..."

2-3 hari sebelum dia fly dia ada hantar sms kat aku tapi aku dah lupa dia tulis apa [aku ada tulis balik sms dia tu dalam buku PLKN]

dia pernah cakap, semua sms yang aku dan kawan-kawan hantar dia salin balik dalam buku [sentimental betul]

malam sebelum dia fly dia cal call aku dan say goodbye...

sepatutnya 2007 dia dah balik malaysia tapi sampai sekarang aku dengan dia dah lost contact since 2004...

mungkin betul kami tak ada jodoh dan aku tak pernah salahkan dia...

dia pernah jadi salah satu kenangan aku masa kat PLKN...

dan dia masa lepas aku...

semoga dia dah dapat apa yang dia nak dan dia bahagia dengan kehidupan dia :)

to be continued

lotsoflove:
~missmass~


No comments: