17 March 2011

~JEPUN VS KOREA~

My room

17-mac-2011

12:22 am

Hidup itu tak selalunya indah…

Tak semua yang kita nak kita akan dapat…

Kali ni aku nak share tentang kisah “BOYS OVER FLOWER” versi KOREA dan “HANA YURI DANGO” versi JEPUN…

Cerita yang sama Cuma perbezaan dari segi pelakon dan bahasa…

Aku sangat suka tengok movie ni…

Dah banyak kali aku mengulang-tayang cerita ni tapi tetap juga tak bosan-bosan…

Aku kenal cerita ni dari pengedar DVD yang selalu menghantar movie pada aku, siapa lagi kalau bukan En. Fa’an.

Dia bagi movie ni masa aku Sem 1 kat UPSI (bersamaan bulan julai 2006) tapi aku mula tengok movie ni masa aku Sem5…

Selepas 2 tahun baru hati nurani aku tergerak nak layan movie ni dan ternyata aku telah mensia-siakan movie ni hampir 2tahun dengan meminjamkannya kepada rakan-rakanku yang lain (bongok betul)

Kisah cintan memang best + layan…

Aku akui aku nangis masa tengok movie ni (touching weiii)

Aku tak suka adegan-adegan sedih yang menyayat hati antara hero dan heroin…

Part I yang buat aku nangis masa Makino (Si Heroin) jumpa Kakak Domyouji yang dia bagitau dia still sayangkan Domyouji (Si Hero) walaupun Domyouji buat dia macam ni…

Part kedua yang buatkan air mata aku berguguran masa Makino call Domyouji yang dah lama menghilangkan diri ke New York then balik semula ke Jepun. Makino call sebab nak dengar suara Domyouji…

Part ketiga pula masa Makino dan Domyouji jumpa kat rumah Akira… Masa tu Makino dah decide nak lupakan terus Domyouji…

Dah nama pun kisah cinta mestilah happy ending…

Tapi kalau aku ada pada tempat Makino memang aku tak akan terima Domyouji dari awal lagi. Nak tau sebab apa? Sebabnya…

1-Domyouji orang pertama yang buli dia masa kat sekolah

2-Domyouji dengan Makino tak sama taraf (tak jadi masalah besar sebenarnya)

3-Parents Domyouji tak merestui langsung dorang ni couple (Makino is rejected person)

4-Domyouji tinggalkan Makino sorang-sorang tanpa khabar berita lepas dia blah ke New York

5-Domyouji tak tahu nak pertahankan Makino bila mak dia nak jodohkan dia dengan Shigeru

6-Domyouji ego…

Dan pastinya aku akan pilih Hanazawa Rui kerana :

1-Dia penyelamat setiap kali dibuli dek Domyouji

2-Dia seorang yang cool, soft spoken dan matured

3-Dia banyak support Makino masa Makino ditinggalkan Domyouji seorang diri terkontang kanting kat Jepun…

4-Dia selalu ada dengan Makino masa Makino frust menonggeng sebab Domyouji bertunang dengan Shigeru

5-Dia cuba nak tackle Makino dengan cara dia sendiri…

Oh no… I like HANAZAWA RUI…

Dah nama pun cerita mesti la ending-nya hero balik semula dengan heroin…

Kalau aku ada kat tempat Makino memang aku tak akan go on dengan Domyouji sebab mak dia terlalu kejam…

Tapi dugaan dalam hubungan mereka pun dasyat-dasyat juga tapi kalau yang real tak tau la betul ke tak Makino boleh setia macam dalam cerita ni…

Secara keseluruhannya, aku suka sangat jalan cerita HANA YURI DANGO ni sebab memang betul-betul tunjukkan yang F4 ni kaya raya, ada kuasa, pembuli dan ego…

Aku suka renungan tajam mata Domyouji masa dia renung Makino tengah peluk Hanazawa Rui kat tangga (aku pula yang nebes tak hengat masa tengok mata dia macam aku pula yang buat salah)

Aku suka renungan mata Domyouji masa Makino kena fitnah dengan Sakura (perghhhh… renungan mata yang mengharapkan kebenaran)

Aku suka cara Domyouji pujuk Makino masa Makino dah patah semangat nak join TOJ (cool tapi sweeeeeeet)

Aku kagum cara Shigeru masa nak putuskan tunang dengan Domyouji (cara yang cool tapi dia sendiri tak dapat terima)

Aku suka cara Domyouji proposed Makino masa kat restoran (siap beli terus restoran tu)


CINTA TIGA MUSIM :) [PASTINYA AKU AKAN PILIH RUI]

DOMYOUJI TSUKASA N MAKINO TSUKUSHI

HAZANAWA RUI - pilihan aku :)

Aku suka sangat cerita ni memang terbaik dari JEPUN.

Ok to be continued untuk versi KOREA pula…

Lotsoflove;

~missmass~

No comments: