24 February 2009

SEK MEN SAINS TELUK INTAN a.k.a SEMESTI


my room
25-feb-2009
2:18 pm

20-22 feb 2009, kumpulan assignment aku yang terdiri daripada RAZIS B AWANG, FATIN HANIM BT ROSDI, ILYANA BT ABU HASAN, KAMSIAH BT HASSAN, NURZAZARINA BT AB RAOF, NORHANIZA BT MISRAN, EMY EAZAIDA BT SAUFI, HAIRUL NADIA BT MOHD DARUBI dan ROSNAH BT MD ZAIN bersama fasilitator jemputan iaitu IMAN, ZAINI, ZUL, TAJUL, UCOP dan PA'IN telah menganjurkan PROGRAM MENGGAPAI IMPIAN SPM 2009 di SEK MEN SAINS TELUK INTAN dengan suksesnye. sekolah ni dekat je dengan rumah aku. kalau nak balik tu boleh sangat la.tapi aku tak balik pun. tak berkesempatan untuk pulang. kami tiba agak lewat mi SEMESTI iaitu pada jam 5-30 petang memandangkan berlakunya kerosakan bas UPSI. tetapi alhamdulilah semuanya berjalan seperti yang dirancang.

setiba di sana, kami dijamu dengan minum petang beserta sedikit taklimat daripada kaunselor, BU ZAI mengenai perjalanan program pada malam ini. dan selepas itu kami check in di HOTEL masing-masing. pada malam pertama kami di sana, sambutan yang diberikan sangat memberangsangkan hingga ke hari terakhir program. senang cerita budak-budak SEMESTI ni memang hyperactive la, sporting morting, happy go lucky, loye buruk tapi ada jugak yang pemalu & segan silu dengan kami. tak kurang juga yg tak tau malu. ;p

terima kasih banyak2 kepada adik-adik yang memberikan kerjasama kepada kami. terima kasih kerana melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah kami jalankan. ;p terima kasih sebab sudi menerima kehadiran kami selama 3hari kami berkampung di sana. terima kasih kerana sudi berkawan dengan kami. terima kasih adik-adik.

untuk KHAIRUL HAMIZAN @ IS @ CAWAN, RAYMOND @ ANEY, AMIRUL ASHRAF@ MIRUL,MUHAMAD ZHARIF @ ZHARIF, terima kasih atas segala sokongan yang telah adik2 berikan. Is @ Aney, terima kasih sebab bagi akak gula-gula mentos, sudi bersembang & buat lawak bongok dengan akak. buat Mirul, terima kasih sebab masih menghubungi akak, terima kasih sebab nak mengenali akak. untuk Zharif, terima kasih sebab sudi berkongsi cerita dengan akak pada malam last. tak sangka Zharif mahu bercerita ;p

akhir sekali, buat kawan-kawan yang telah menjayakan program ini, aku selaku timbalan pengarah program mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah anda semua berikan bermula dari sebelum, semasa dan selepas program. buat adik-adik SEMESTI, terima kasih atas kenangan ini ;p