06 February 2009

ANAKKU BUKAN ANAKKU



semua kat dalam gambar ni anak buah aku. kita mulakan dari kiri ke kanan. paling atas sekali yang paling tua dalam kalangan cucu2 mak & bapak aku. panggil je kakak erra. baru form 4. lagi besau dari aku & tentu la lebih tinggi dari aku. dia kira cucu pertama & anak kesayangan kakak aku. dia memang rajin buat keje rumah. bab cintan ni dia tak layan. dia anak sulung kepada kakak aku yang no 2.

yang no 2 tu boleh panggil dira @ uda. dia adik kepada kakak erra. sekarang dia form 3. dia selalu b'gaduh dengan adik dia tapi mak aku sayang sangat kat dia sebab dia suka tolong mak aku. dia rapat dengan mak aku. dia pernah duduk umah aku sebulan mase cuti sekolah semata2 nak temankan mak aku padahal aku ada kat kampung. tak kisah la kan? janji mak dengan bapak aku gembira bila dia ada. bapak aku suka sakat dia. tapi dia tak pernah ambil hati siap melawan lagi. uda... uda... kalau balik kampung dia akan tidur dengan aku & daniel. selalunya daniel tido kat tengah2 la sebab takut dia jatuh katil. ;p

no 3 tu harry. dia anak sulung kepada kakak aku yang ketiga. dia sama umur dengan uda. harry suka sakat uda, uda pun suka kalau harry sakat dia. biasa la budak baru nak membesar. aku rasa harry tu ada hati dengan uda & uda pun sama. tapi sebab sepupu kan? so macam tak berani la nak luah2 perasaan ni. tapi apa yang uda buat mesti harry akan komen. nak tarik perhatian kut. kalau main sama2 mesti harry couple dengan uda. macam2 la budak2 ni... harry ni sejak2 masuk sekolah menengah dia malu nak bersembang dengan aku macam dulu2. da jadi teruna ni malu gamaknya.

no 4 panggil aje maiza. aku suka panggil dia MAIZATUL AISkrim sebab nama penuh dia MAIZATUL AIran. ;p tapi dia ketawa aje kalau aku panggil dia dengan nama tu. dia suka membaca. kalau dia tak tau nak buat apa, dia akan minta buku cerita kat aku. dia nak baca. tak kisah la buku apapun asalkan dia boleh baca. dia ni adik kepada harry tapi dia tak ngam dengan harry. dia selalu kena buli dengan harry. sian maiza.

yang no 5 tu nama dia zaim. dia anak sulung kakak aku yang ke3. aku tak rapat sangat dengan dia sebab dia manja sangat pastu degil. biasa la budak2. umur dia 10 tahun. yang no 6 nama dia aqila. dia adik kepada harry & maiza. anak bongsu kakak aku yang ke3. dia ni perangai macam budak laki. kalau main dengan dia mesti kasar. dia suka main dengan abang dia. dia rapat dengan harry tapi dengan maiza dia tak ngam. aku & bapak aku suka panggil dia "mak itam" ;p tapi dia tak mengaku yang dia mendung. dia selalu cakap "adik putih sederhana" ;p apa2 aje la. bapak aku sayang kat dia. antara cucu kesayangan la.

no 7 ne nama dia banyak sangat. boleh panggil syahera, along, comot, thailand... dia adik bongsu kepada kakak erra & uda. umur dia 8tahun sama umur dengan aqila. dia manja sangat dengan mak & abah dia. sebab tu uda tak suka kat dia ;p comot ni memang pemalas. hobi suka tido & tengok tv. buat homework liat nak mampus. buat tak kisah aje.

no 8 mak dengan bapak aku panggil "pak udin kontot" tapi kami panggil zahir. umur dia 7 tahun. dia anak bongsu kakak aku ke4 merangkap adik kepada zaim. dia x banyak songeh macam zaim. aku suka main dengan dia sebab dia jenis tak pandai main kasar ;p

no 9 tu a tentu la daniel. dia ne baru 5tahun. dia anak sulung kakak aku yang ke 6. bapak aku sayang sangat kat dia. masa dia kecik2 dulu mak aku jaga dia. tu dia rapat dengan mak & bapak aku. daniel pun ada banyak nama... anje, omel, denen, abang, amad... sejak dia ada adik ni nampak la peranan dia sebagai "abang" dia sayang kat damia even damia suka duduk atas perut daniel ;p farhan pun sayang kat daniel. dia rapat dengan farhan. dia panggil farhan "abang"

no 10 panggil jer iman. umur dia baru 3tahun. dia anak sulung kepada abang aku yang ke5. kakak2 aku panggil dia "kakak uneng" bapak aku panggil "imah" ;p idung dia kemek tapi rambut dia cantik macam maggie. ;p dia suka sangat termenung pastu suara dia kecik aje. aku suka dukung dia sebab dia ringan je. tapi perangai dia macam budak laki. suka main dengan budak laki.

no 11 si comel damia. dia anak bongsu & adik kepada daniel. dia suka senyum. bila senyum tu mesti tunjuk gigi. dia suka sepah2kan rumah, duduk atas perut daniel, gigit perut daniel pastu manja dengan daniel. dia suka mintak dukung & aku suka dukung dia sebab dia ringan ;p umur dia baru 1tahun 1 bulan. tapi bulan 9 nanti dia nak dapat adik lg ;p

no12 cucu bongsu dalam keluarga aku setakat hari ini. nama dia ain. dia anak kedua abang aku merangkap adik kepada iman. umur dia baru nak masuk 4 bulan. walaupun dia mendung sikit dari iman tapi dia suka senyum. ain ni berat & badan besar sikit. muka pun mcm baby laki. ni gambar latest la mana tau 2-3 bulan lagi dia kembali cerah lepas pakai fair n lovely ;p

No comments: