25 August 2009

~aku tetap aku~

my room
my bed
25-ogos-2009
23:45

sejak akhir-akhir ni macam-macam perkara yg aku lalui...

tak tau nak mulakan dari mana...

pertama sekali, pasal proposal aku yang tak approve lagi....

tak tau la bila boleh approved sedangkan aku rasa aku dah buat sehabis baik untuk proposal tu...

aku harap sangat kali ni cik emy approve...

sebab banyak lagi perkara aku nak uruskan....

yang kedua, sejak dua menjak ada orang yang mula "prihatin" terhadap aku...

aku tak tau apa motif @ tujuan khusus mereka buat aku macam ni...

setahu & seingat aku, aku tak kenal pun mereka berdua tu...

kacau hidup mereka berdua pun tak pernah...

setahu & seingat aku juga la, aku tak pernah rampas hak orang...

tapi tak tahu la apa yang mereka berdua meluat + menyampah sangat dengan aku sampai sedaya upaya nak jatuhkan air muka aku di depan orang lain sedangkan aku menganggap mereka berdua sedar & tahu apa yang mereka katakan tu menyebabkan orang lain akan membacanya...

aku cuma manusia biasa, pernah buat silap & x sempurna...

aku dah rasa macam artis dek kena hentam dengan mereka berdua...

mula-mula aku balas sebab aku rasa aku ada hak nak bersuara...

tapi bila aku balas, makin menjadi-jadi...

betul la kata orang, diam tu lebih baik tapi bukan bererti mengalah...

kepada individu yang signifikan dengan aku, terima kasih sebab sentiasa ada di belakang aku & terima aku seadanya walaupun aku tidak sempurna pada mata orang lain disebabkan aku tidak bertudung.

terima kasih juga pada kawan-kawan aku yang ikhlas berkawan dengan aku walaupun aku tidak bertudung.

terima kasih juga pada dua orang individu yang tak pernah jemu nak menghentam aku, mengutuk aku, menilai aku, memburukkan aku, mengadil diri aku melalui luaran dengan tanpa rasa jemu & bosan. walaupun teguran anda berdua memang pedih untuk aku terima tapi sekurang-kurangnya aku tahu yang anda berdua begitu prihatin pada aku. selagi anda berdua masih menulis mengenai aku sama ada tentang perkara yang baik ataupun buruk, itu sudah cukup membuktikan bahawa anda berdua masih mengambil berat & mengambil tahu tentang diri aku.

walaupun kenyataan & ayat yang anda berdua katakan pada aku tu dah cukup untuk membuatkan aku terasa hati & terkilan tapi aku menerimanya sebagai satu cabaran untuk aku. aku turut menghargainya.

kesimpulannya, walau apapun yang orang katakan pada aku baik yang mengenali aku atau pun tidak, aku tetap jadi diri aku. sebab aku bukan dilahirkan untuk menjadi manusia yang sempurna untuk memuaskan hati semua orang.

yang baik tu datang daripada Allah swt.

salam ramadan...

lots of luv;
~mas~


No comments: