28 December 2010

~DIPINANG ORANG~

28-dis 2010
my room
11:08 pm

assalamualaikum wbt & salamesrabadi...

next topic tentang perkongsian cerita adalah tentang majlis pertunangan...

aku asyik datang kenduri kahwin kawan, majlis tunang kawan je...

so kali ni turn kawan-kawan aku, jiran tetangga aku pula serbu rumah aku untuk majlis pertunangan...

majlis pertunangan siapakah?

mesti la majlis pertunangan aku yang cute ni... (dengan nada yang perasan)


bak kata orang-orang senior, duduk rumah tunggu orang datang meminang :)

kira betul la kata orang-orang senior ni, elok je aku habis praktikum dan sekaligus menamatkan pengajian aku di UPSI selama 4 tahun, terus ada orang datang meminang :)

14-05-2010 sempena hari lahir dainel dan hari terakhir aku berpraktikal aku bergegas pulang ke rumah untuk meraikan hari kemerdekaan aku kerana tidak lagi bergelar seorang pelajar :)

dan aku telah dipinang pada 15-05-2010 sempena ulang tahun perkenalan kami yang ke-5 :)

tak sempat nak horay horay dah ada yang datang meminang :p

semua sudah tertulis dalam hidup aku :)

dan sudah tentunya aku berdebar + takut + risau + bimbang dengan status baru ni sebab memang tak dinafikan memang banyak dugaan & cabaran untuk dilalui...

tapi segala cabaran + dugaan yang diuji, pasti ada hikmah yang tidak diketahui pada hari yang mendatang :)

sudah tentunya aku mengharapkan agar ikatan pertunangan ini berakhir dengan seperti yang dirancang :)

dan segala dugaan yang datang akan cuba untuk ditempuhi dengan berfikiran lebih positif & terbuka kerana setiap dugaan + pertelingkahan + perselisihan faham akan mematangkan kami dalam menempuh kehidupan yang berperingkat :)

kat sini aku upload beberapa pic (tak boleh upload banyak2 nanti kata nak menunjuk pula)

layannnn

lotsofluv;
~miss mass~


~rombongan meminang ye bukan rombongan cik kiah :p

~orang tengah dari pihak lelaki

~cincin merisik di jari manis (kanan) :p

~cincin pertunangan di jari manis (kiri) :)

~muka gumbira tak hengat :p

No comments: