05 January 2011

~ME AS A COUNSELOR~

my room
5-jan-2011
7:03pm

assalamualaikum wbt & salamesrabadi...

me as a counselor adalah tajuk perkongsian untuk hari ini...

penat + geram + sakit hati + bengang + bengkek + meluat + panas hati + + + + + +

tu la perasaan aku apabila meng-handle program orientasi form1...

ya allah... besar nya dugaan aku kali ini...

sekarang baru aku tahu + faham + mengerti + memahami tugas sebenar sebagai seorang pendidik...

bukan mudah untuk mendidik anak-anak orang yang lahir dari benih + perut + rahim yang berlainan...

sedangkan adik beradik sendiri pun punya perangai yang berbeza inikan pula orang luar...

memang sangat mencabar dan aku sangat menghormati + tabik spring pada cikgu-cikgu yang ada di dunia ini termasuk cikgu-cikgu aku dulu sebab dapat mengajar & mendidik aku sebagai orang yang dapat berkhidmat kepada orang lain...

mendekati pelajar tak sukar tapi lebih sukar untuk meminta pelajar memahami kita...

yang ambil kesempatan lebih ramai berbanding yang betul-betul ikhlas atas ke-ikhlas-an + ke-baik-an + ke-mulia-an + ke-tulus-an seorang guru...

inikah cabaran guru masa kini?

gaji??? langsung tak setimpal dengan apa yang dilakukan + dipertanggungjawabkan...

tapi bukan gaji sebagai ukuran sebalik nya lebih bernilai jika pelajar itu sendiri sama-sama memahami + menghormati + membantu tugas guru...

jika pelajar itu berjaya dalam pelajaran + pekerjaan... malah memakai kereta mewah, bergaji besar, rumah besar, isteri besar... tetapi guru? masih di sekolah melaksanakan tugasan yang tidak pernah putus...

lain la kalau bekas-bekas pelajar buat dana khas bagi bekas-bekas guru mereka yang mana 5% daripada setiap gaji bekas anak-anak didik nya diberikan kepada guru setiap bulan kerana berjaya menjadikan mereka se-kaya + se-mewah + ber-harta + ber-duit seperti sekarang maaka nescaya guru juga akan turut sama kaya seperti mereka...

tak gitu cik jah???

tapi ada ke bekas anak-anak murid nak buat macam tu pada bekas guru mereka? jumpa pun buat-buat tak kenal lagi ada la...

tapi percayalah, jika ada pun anak murid yang sanggup memberikan sedikit gajinya kepada guru pasti guru tidak akan menerimanya walaupun 1 sen kerana itu bukan matlamat utama tugas seorang guru...

tapi kalau terjumpa sekali sekala kat shopping mall ke pasar malam ke lepas tu bekas anak murid nak offer diri belanja makan kat kenny rogers ke starbuck ke yang tu sure tak ditolak pelawaan tu sebab bukan selalu dibelanja kan...

last but not least...

mulai saat ini saya perlu lebih kuat & tabah melalui hari-hari yang mendatang sebagai seorang kaunselor di sini :)

lotsoflove;
~miss mass~

No comments: