16 March 2011

~PLKN MOMENT PART 1~

my room
17-03-2011
12:06 pm

assamualaikum wbt dan salamesrabadi...

MAC 2004 :

suatu ketika dulu saya pernah mengikuti PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA...

suatu ketika dulu saya pernah menjadi salah seorang wirawati PLKN...

suatu ketika dulu saya pernah merasai tinggal di KOLEJ KEDIAMAN untuk 2 bulan dan tinggal di KEM selama 1 bulan...

pada waktu itu saya tidak mengenali sesiapapun di sana...

saya tiada siapa-siapa...

sewaktu dalam bas saya baru saya mengenali Syaznie...

kemudian selepas mendaftar di KOLEJ KEDIAMAN BUKIT KACHI 2, UUM baru saya mengenali SUE, ALONG, ASMA, FIEZA, ANA DAN HAZANA...

kelas pertama saya "PEMBINAAN KAREKTOR" dan fasi saya waktu tu KAK SHIDA, KAK QAD dan ABG ADY...

semasa di dalam kelas baru saya mengenali JAMI, SU, SHAM, KECIK, ZU, SUE KL, YUYUN, WAN JONGANG, RINA, ANGAH, SHIELA dan ramai lagi...

apa yang saya dapat?

kebanyakkan aktiviti dalam kumpulan...

tapi ok la tak la bosan sangat tapi kadang-kadang ngantuk juga :(

kat sana saya jumpa macam-macam orang...

tapi bukan semua orang tu sesuai dengan saya...

tapi saya suka dengan kumpulan saya sebab antara kami tak pernah bergaduh sampai tumbuk-tumbuk,

tak pernah ada yang hilang handset...

tak pernah bagi masalah macam yang lain...

kalau diberi peluang, saya nak ulangi balik semua yang telah lalui semasa di sana...

saya teringin nak jumpa semula kawan-kawan saya...

saya teringin nak ketawa semula dengan mereka...

saya rindui masa lalu saya :(

to be continued...

lotsoflove;
~missmass~

~SEMESTI IN MEMORY PART III~

my room
17-mac-2011
11:48 am

assalamualaikum dan salamesrabadikhlasepenuh hati...

hari ini saya nak share sesuatu tentang seorang budak kecil yang bermuka comel...

hari pertama saya berjumpa dengan dia semasa hari pendaftran pelajar tingkatan 1 tahun 2010...

kemudian setiap hari saya akan berjumpa dengannya selama 9 hari orientasi pelajar baru...

dia seorang yang pemalu...

malu sebab saya suka kacau dia kot...

dia tak pernah tegur saya...

dia tak pernah jumpa saya di bilik kaunseling...

dia tak pernah bercakap dengan saya melainkan saya yang tegur dia dulu...

setiap kali saya jumpa dia, dia akan tunduk (tersipu-sipu malu)

tapi setiap kali saya tegur dia pasti dia akan bagi respon...

hingga hari terakhir saya di SEMESTI dia tidak jumpa saya utk say "GOOD BYE"

adakah sebab dia tak mahu saya pergi?

adakah dia sedih sebab saya akan tinggalkan dia?

adakah dia tidak mahu jumpa saya utk kali terakhir?

atau dia tak kisah pun saya ada ataupun tidak???

walau apa pun andaian itu, saya tolak ketepi kerana saya yakin dia tak berjumpa saya sebab dia MALU :)

sejak 14-mei-2010 saya tinggalkan SEMESTI, saya tidak pernah berjumpa dengan dia...

tapi sejak itu dia ada menegur saya di chat room FACEBOOK...

mungkin dia baru punya kekuatan untuk menegur saya walaupun bukan secara "face to face"

tapi saya tak kisah asalkan dia sudi dan masih ingat untuk menegur saya lagi...

ini sudah cukup untuk buktikan yang dia masih ingat pada saya :)

siapakah dia?

lotsoflove;
~missmass~

~DUNIA KITA BERBEZA~

my room

16-mac-2011

9:28 pm

LABU BESAR,:

Satu tempat yang asing bagi aku suatu ketika dahulu…

Satu tempat yang tidak pernah aku dengar

Satu tempat yang tidak pernah aku sedar akan kewujudannya

Satu tempat yang tidak pernah aku ketahui…

Tapi kini..

Satu tempat yang buat aku tenang

Satu tempat yang buat aku gembira

Satu tempat yang telah aku mula sayangi…

Di sini :

Tiada lagi GENG PEMANGKAH CINTA, GENG TAPAI UBI, GENG SPS, GENG CHIKA dan GENG –GENG YANG LAIN…

Tiada lagi AJIM dan BANI

Tiada lagi TA ENG TA ENG,

Tiada lagi PAK ZAM, PAK USU, KAK CHIK, KAK SUE DAN KAK MAS…

Tapi di sini ada :

CIKGU BAHA, CIKGU NOORAINI, CIKGU MAS…

BONDA, CIKGU AYOB, CIKGU ABU, CIKGU ERY, ABANG LONG…

E-TON, URU, ILI, ARA, ATUL, NIK YAH…

Semua insan baru yang aku kenali…

Dengan adanya insan-insan ini, hidup aku di sini lebih tenang dan gembira tidak seperti yang aku jangkakan pada awal dulu…

Walaupun di sini tiada pengganti GENG PEMANGKAH CINTA, GENG TAPAI UBI, GENG SPS, GENG CHIKA dan GENG –GENG YANG LAIN tapi itu tidak bermakna aku perlu mencari pengganti mereka kerana pada aku, mereka tiada gantinya di hati aku…

Lotsoflove;

~missmass~

~SEMESTI IN MEMORY PART II~

my room
16-mac-2011
9:08 pm

Semasa di SEMESTI saya ada 700 lebih orang adik..

wowww ramainya adik saya.

Ya adik-adik saya di SEMESTI memang ramai tapi bukan semua suka pada saya

Dalam 700 lebih orang adik saya, bukan semua kenal saya dan saya juga begitu.

Dalam 700 lebih orang adik saya, bukan semua ingat nama saya dan saya juga begitu.

Dalam 700 lebih orang adik saya, bukan semua pernah tegur saya dan saya juga begitu.

Dalam 700 lebih orang adik saya, bukan semua pernah berjumpa dengan saya dan saya juga begitu..

Tapi…

Dalam 700 lebih orang adik saya ada 7 orang yang setia dengan saya selama 5 minggu berturut-turut dan sehingga hari-hari terakhir saya di sana..

Siapa mereka?

1- AHMAD HAZIM

2- A’ALAM MOHD FAIRUZ ADIB AIMAN

3- AMIRUL ASLAM

4- MOHD AMIRUL ASYRAF

5- MOHD RABBANI

6- MOHD SYAFIQ IKMAL

7- MOHD AIZAT

Mereka menggelarkan diri mereka sebagai PEMANGKAH CINTA walaupun hakikat sebenarnya mereka adalah PENCINTA WANITA YANG TEGAR.

Mereka setia bersama saya dengan menepati janji mereka bertemu dengan saya setiap malam isnin jam 9.15 malam di bilik kaunseling.

Setiap kali bersama mereka, saya rasa gembira.

Mereka selalu buat saya ketawa dengan cerita mereka

Mereka selalu buat saya senyum dengan telatah mereka

Mereka mengingatkan saya kepada masa lepas saya sewaktu saya seusia seperti mereka.

Saya kagum dengan mereka kerana mereka cuba untuk menjadi matang dalam usia mereka ketika ini.

Tanpa mereka, hidup saya di sana pasti sunyi…

Tanpa mereka, pasti saya tidak gembira…

Tanpa mereka pasti saya tidak rasa keseronokan berada di SEMESTI…

Kerana mereka merupakan bodyguard saya di sana…

AJIM DAN BANI :

peneman setia saya setiap kali habis waktu prep

peneman setia saya di bilik kaunseling

peneman saya pulang ke rumah

dan peneman saya di kala kesibukan

tanpa sesi kaunseling kelompok yang penuh dengan cerita rekaan semata-mata pastinya saya tidak mengenali 7 orang insane yang istimewa di mata saya.

Terima kasih untuk segala kegembiraan, kepercayaan dan keikhlasan anda selama ini.

Saya sayang kamu semua…

~GROUP PEMANGKAH CINTA (kununnye)

TAPI SEBENARNYA MEREKA ADALAH SEPERTI DI GAMBAR DI BAWAH :

~BANI DAN S**Z~

~A'ALAM BERSAMA A**A [siap bersanding lg]


~SYAFIQ IKMAL DGN GADIS PILIHANNYA W**I

~AJIM N F**A (BKN DLM PIC)

Lotsoflove;

~missmass~

~SEMESTI IN MEMORY PART I~

my room
16-03-2011
8:38 pm

Assalamualaikum wbt n salamesrabadi

Post kali ini aku nak share tentang life aku kat semesti dengan empat orang yang paling rapat dengan aku yang bekerja di dalam 1 bilik yang sama :

1- MOHAMED ZAMHURI MOHAMED ALI

2- MOHD DAUD MOHD RAMLI

3- NORHAZLITA AHMAD KAMAL

4- SHUZALINA YUNOS

Saya sangat sayang pada mereka berempat…

PAK ZAM : walaupun orang cakap dia garang, kedekot, suka mencarut, suka marah orang dan macam-macam lagi… tapi jauh disudut hati dia ada satu sifat penyayang dan ciri-ciri seorang bapa yang mithali. Ya, aku sayang PAK ZAM sebab PAK ZAM selalu buat aku ketawa dan tersenyum. Cara PAK ZAM berbincang tentang sesuatu perkara secara gentlemen, soft spoken dan matured. PAK ZAM banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar kepada aku terutama dalam hal-hal family yang lebih personal. Kesimpulannya, walau apapun orang bercakap tentang PAK ZAM, kenali dia dengan lebih dekat lagi supaya anda dapat menilai sendiri bagaimana dirinya yang sebenar.. totally different.

Pak Usu : ramai pelajar suka dekat dengan Pak Usu berbanding dengan Pak Zam sebab mereka cakap Pak Usu baik, lembut, tak suka marah-marah, tak suka tengking, tak suka mencarut, suka tolong orang dan macam-macam lagi. Pada aku Pak Usu seorang yang suka berkias, penuh dengan tutur kata yang berlapik tapi bagi makna yang cukup mendalam. Kadang kala terasa juga dengan sindiran Pak Usu tu dan kadang-kadang tak boleh terima cara dia. Tapi Pak Usu lebih cool dan memilih berbanding Pak Zam...

Kak Chik : orang cakap Kak Chik sombong, kerek, tak suka senyum dan banyak lagi tapi Kak Chik tak macam tu… dia suka ketawa, suka buat lawak bodoh dan dia suka kongsi cerita dan perasaan dia. Walaupun cerita tu cuma mimpi pun dia akan kongsikan. Kak Chik seorang yang tegas (mungkin sebab dia anak polis dan anak sulung kot) tak suka dipaksa dan ambil berat. Tapi dia pandai berjimat. Bila kita kenal dia, dia ada ciri-ciri seorang kakak sulung bukan cirri-ciri seorang adik bongsu, trust me.

Sue : aku kenal dia sejak dari semester 1 di UPSI dan jadi classmate aku dari sem 1 sampai sem 8 dia jadi partner praktikal dan roommate. Pada pandangan aku, dia seorang yang sensitive, jiwa mudah tersentuh, baik hati dan suka buat lawak. Sue seorang yang kemas (kalau tak percaya cuba terjah bilik dia) tapi dalam masa yang sama dia seorang yang tak kisah dan suka berangan J, walau siapapun sue, aku tetap selesa berkawan dengan dia sebab sue adalah sue..

Cik Mas? 1st impression orang pada aku : muka sombong tapi bila dah kenal semestinya orang tak cakap aku sombong J

5 insan yang berbeza punya perwatakan dan sifat yang berbeza tetapi boleh bekerja dalam 1 team dan tempat yang sama membuatkan kami jadi unik. Walaupun kami selalu berbeza pendapat tapi kami tetap saling memahami kerana kami saling menyayangi antara 1 sama lain. Inilah kelebihan yang kami berlima ada tapi tiada pada orang lain.

lots of love;
~missmass~

29 January 2011

~BAHAGIA~

30-jan-2011
my room
00:16 am

walau aku senyum bukan bererti aku selalu bahagia dalam hari
ada yang tak ada di hati ini
di jiwa ini hampa...
-ayushita : tuhan beri aku cinta-

im crying right now...
saya sedih...
sedih sebab orang di sekeliling saya masih tak memahami saya...
orang yang paling rapat dengan saya tidak memahami saya...
saya bukan mahukan perhatian...
saya bukan mahukan wang ringgit...
saya bukan mahukan diberi penghargaan...
tapi saya mahu difahami...
berikan saya peluang untuk tentukan hidup saya...
berikan saya peluang untuk menikmati hidup saya...
cukup lah selama ini hidup saya diaturkan oleh orang lain...
cuma kali ini saya minta difahami...

di tempat kerja :
saya cuba bantu orang lain supaya dia temui jalan yg dia mahukan...
saya cuba memahami perasaan & kehendak mereka...
saya cuba mendengar apa yg mereka ingin sampaikan...
saya cuba lakukan yang terbaik utk mereka teruskan hidup..
saya cuba menjadi sumber kekuatan kepada orang lain...
saya cuba buka fikiran mereka agar mereka lebih rasional...

dalam diri saya,saya hanya perlu orang lain :-
bagi peluang pd saya utk saya buat apa yg saya ingin buat...
bagi peluang kepada saya utk saya selesaikan keperluan saya yang selama ini saya ketepikan...
bagi peluang kepada saya melaksanakan apa yg saya rancang...
bagi peluang kepada saya utk saya hidup bahagia...

saya sayangkan mak, bapak dan keluarga saya...
saya juga sayangkan tunang saya...
saya sanggup mati kerana mereka...
tapi saya juga mengharapkan mereka memahami saya...

saya mahu hidup bahagia...

05 January 2011

~ME AS A COUNSELOR~

my room
5-jan-2011
7:03pm

assalamualaikum wbt & salamesrabadi...

me as a counselor adalah tajuk perkongsian untuk hari ini...

penat + geram + sakit hati + bengang + bengkek + meluat + panas hati + + + + + +

tu la perasaan aku apabila meng-handle program orientasi form1...

ya allah... besar nya dugaan aku kali ini...

sekarang baru aku tahu + faham + mengerti + memahami tugas sebenar sebagai seorang pendidik...

bukan mudah untuk mendidik anak-anak orang yang lahir dari benih + perut + rahim yang berlainan...

sedangkan adik beradik sendiri pun punya perangai yang berbeza inikan pula orang luar...

memang sangat mencabar dan aku sangat menghormati + tabik spring pada cikgu-cikgu yang ada di dunia ini termasuk cikgu-cikgu aku dulu sebab dapat mengajar & mendidik aku sebagai orang yang dapat berkhidmat kepada orang lain...

mendekati pelajar tak sukar tapi lebih sukar untuk meminta pelajar memahami kita...

yang ambil kesempatan lebih ramai berbanding yang betul-betul ikhlas atas ke-ikhlas-an + ke-baik-an + ke-mulia-an + ke-tulus-an seorang guru...

inikah cabaran guru masa kini?

gaji??? langsung tak setimpal dengan apa yang dilakukan + dipertanggungjawabkan...

tapi bukan gaji sebagai ukuran sebalik nya lebih bernilai jika pelajar itu sendiri sama-sama memahami + menghormati + membantu tugas guru...

jika pelajar itu berjaya dalam pelajaran + pekerjaan... malah memakai kereta mewah, bergaji besar, rumah besar, isteri besar... tetapi guru? masih di sekolah melaksanakan tugasan yang tidak pernah putus...

lain la kalau bekas-bekas pelajar buat dana khas bagi bekas-bekas guru mereka yang mana 5% daripada setiap gaji bekas anak-anak didik nya diberikan kepada guru setiap bulan kerana berjaya menjadikan mereka se-kaya + se-mewah + ber-harta + ber-duit seperti sekarang maaka nescaya guru juga akan turut sama kaya seperti mereka...

tak gitu cik jah???

tapi ada ke bekas anak-anak murid nak buat macam tu pada bekas guru mereka? jumpa pun buat-buat tak kenal lagi ada la...

tapi percayalah, jika ada pun anak murid yang sanggup memberikan sedikit gajinya kepada guru pasti guru tidak akan menerimanya walaupun 1 sen kerana itu bukan matlamat utama tugas seorang guru...

tapi kalau terjumpa sekali sekala kat shopping mall ke pasar malam ke lepas tu bekas anak murid nak offer diri belanja makan kat kenny rogers ke starbuck ke yang tu sure tak ditolak pelawaan tu sebab bukan selalu dibelanja kan...

last but not least...

mulai saat ini saya perlu lebih kuat & tabah melalui hari-hari yang mendatang sebagai seorang kaunselor di sini :)

lotsoflove;
~miss mass~