27 April 2010

~KAUNSELING KELOMPOK MOMENT~

bilik multimedia
sek men sains teluk intan
28-april-2010
1:18 pm
assalamualaikum dan salamesrabadi...

rindu nak ber-blog...

alhamdulillah...

sedar tak sedar dah nak habis praktikum rupanya...

ni la masa yang aku tunggu-tunggu masa mula-mula start praktikum dulu...

sejak akhir-akhir ni rasa macam kejap je masa berlalu...

tau-tau dah hari jumaat...

tau-tau dah hari isnin balik...

sepatutnya aku happy la sebab semua sesi dah complete (tinggal bimbingan individu je lagi) tapi aku sedih sebab report tak siap lagi...

students pulak suka bertanya :
"kak mas bila nak abis?"
"kak mas sampai bila kat sini?"
"kak mas join tak program maritim?"
"hari guru nanti kak mas ada tak?"

aku tak tau main point mereka tapi bila tiap kali aku jawap :
"kome ni da bosan sangat ke tengok muka akak kat sini?"

jawapan mereka ;
"tak la saje je tanya, kak mas jangan la pergi..." (harap-harap ikhlas la jawapan mereka)

mereka tak bagi aku pergi sebab apa erk? apa yang aku dah terfikir;

"mungkin sebab dah tak de orang nak simpan handphone dorang kot" tak pun...

"mungkin sebab dorang takut nak masuk bilik kaunseling nak sejukkan badan bila aku dah tak de kot..."

hahahahha...

tak kisah la asalkan mereka dan aku bahagia di sini...

kali ni aku nak upload pic last sesi aku kaunseling kelompok aku dengan group form 5 girls.

group ni yang ke-4 yang telah berjaya tamatkan sesi kaunseling kelompok dengan aku hari khamis lepas...

apapun terima kasih banyak-banyak buat hasnida (rainbow ali), amirah (chika haron), siti islami (sito) nurul syazwani (monta), diyana nabila (yana), mahmudah (mudah fie), siti aishah (chot sharaani) sebab sudi buat sesi kaunseling kelompok dengan kak mas...

seronok bila jumpa dengan kamu semua... :)

last but not least... semoga kita berjumpa lagi...

peace one love :)
lots of love;
~miss mass~


~candid by chika...




~retro...



~khusyuknya mereka berdua mendengar...



~rainbow di aspura semesti :)
(ada KAKA di situ sedang buat peace)

20 April 2010

~LAST SESI KAUNSELING KELOMPOK BERSAMA GENG RAGBI~

bilik kaunseling
sek men sains teluk intan
21-april-2010
8:02 am

assalamualaikum n salamesrabadikhlasepenuhati...

holla...

lama-nye aku tak up-date blog aku ni...

kali ni aku nak share pasal sesi kaunseling kelompok yang last dengan group form 5 boys...


group ni memang bermuka ganas tapi dalam hati mereka ada taman... :)


trust me... :)

seronok n enjoy buat sesi kaunseling kelompok dengan group ni tapi apakan daya...

janji tetap janji...


dah cukup 5 sesi kami terpaksa tamatkan juga...

kat sini aku upload pic last sesi dengan mereka (sebenarnya dah lama dah sesi dengan dorang dah habis, last month kalau tak silap tapi baru berkesempatan nak upload)


layan...


lots of luv;
~miss mass~


~candid...


~macho tak group ni?~


~tengok aper tu?~


~seriusnye mereka mendengar masalah mereka~




~beriya CAK dengar masalah IS sampai tertidur... :)

07 April 2010

~SEMESTI MOMENT 5~

bilik kaunseling
sekolah menengah sains teluk intan
08-apr-2010
9:35pg

assalamualaikum dan salamesrabadi...

dah lama tak up-date blog...

rindu nak ber-blog...

kali ni aku nak share pasal PROGRAM PENGANTARABANGSAAN...

memang BEST (maklum la Program ni under unit bimbingan dan kaunseling)

dan program ni program wajib unit bimbingan dan kaunseling so every year memang akan ada program ni...

semua yang datang sangat... sangat... sangat... friendly...

dorang datang dari AUSTRALIA, FINLAND, JAPAN, KOREA n JERMAN

ok layan la gambar yang aku upload ni...

peace one love :)

~lots of love~
~miss mass~


~ini kakak tiri saya yg bernama KAK CHIK

~welcome to SEMESTI...

~ada persembahan silat...

~di dalam dewan (mereka kata SEMESTI cantek)

~ini peta negara asal mereka...

~persembahan dari team JERMAN

~dgn masumi kikuchi dr JEPUN

~ini orang kampung saya dtg terus dr AUSTRALIA :)

~ini jiran saya dr KOREA

~ini junior saya masa belajar kat IMMANUEL COLLEGE dolu-dolu :)

~ini stephanie :)

~yusmal yg meminati kekasih cerah saya :)

~we are 1 MALAYSIA :)

31 March 2010

~SESI KAUNSELING KELOMPOK~

~GROUP TAPAI UBI yang telah berjaya menamatkan sesi kaunseling kelompok sebanyak 5 sesi.. tahniah untuk kumpulan ini :)

~GROUP SPS yang bersemangat waja nak buat sesi kaunseling kelompok hingga hari terakhir, syabas untuk group ni :)


bilik kaunseling
31-mac-2010
8:29 pm

assalamualaikum n salamesrabadikhlasepenuhati...

holla...

lama sangat tak update blog ni...

maklum la wireless kat SEMESTI kena sambar petir...

rindu nak ber-blog...
banyak benda nak share...

sharing is caring... :)
ok kali ni aku nak upload pictures group kaunseling kelompok aku yang dah pun berjaya menamatkan sesi kaunseling dengan aku...

thats mean group ni dah cukup 5x buat sesi dengan aku tapi GROUP SPS dah 6x buat sesi still tak tamat lagi...

kenapa group SPS banyak sangat sesi? sampai 6x pulak tu?

act group ni nak buat sesi kaunseling kelompok dnegan aku sampai 13-MEI 2010 bersamaan hari kedua terakhir aku kat sini...

wowwww... kalau dikira... dihitung... setakat appoinment yang group ni dah booking aku... ada 4x sesi lagi...

so secara overall sesi group ni 10 sesi la...

sungguh aktif group sps ni... :)

tak kesah la, asalkan semuanya happy n enjoy :)

last but not least...

setakat hari ni aku happy + seronok duduk sini...

alhamdulillah sesi kaunseling kelompok, bimbingan kelompok dah pun cukup jam yang ditetapkan (setakat hari ni dah terlebih sudah)

untuk kaunseling individu masih tak cukup 8jam lagi dan bimbingan individu masih banyak lagi nak kejar :)

ok kita sambung lagi untuk post akan datang...

peace one love :)

lots of love;
~miss mass~

11 March 2010

~I AM SORRY~

bilik kaunseling
sek men sains teluk intan
12-mac-2010
1:23pm

assalamualikum n salamesrabadikhlasepenuhati...

post ni khas buat SPS Group...

pertama sekali kak mas nak ucapkan terima kasih banyak2 untuk group
ni sebab sudi jadi salah seorang daripada klien akak sepanjang akak berada kat semesti ni...

frankly speaking, akak suka & happy bila dengan kamu semua...

kamu semua pandai buat lawak tp dalam masa yang sama kamu serius...

kamu pandai ambil hati kak mas (terutama masa kak mas marah sebab buat sesi main2) - terima kasih buat akram, zikri, anuar n ahmad sebab tunggu kak mas n say sorry...

kak mas kagum dengan kamu bila dengar semua yg kamu ceritakan pada
kak mas... (kak mas yakin kamu jujur dengan kak mas)

kak mas dah anggap kamu semua macam adik-adik kak mas...

di sebabkan kak mas anggap kamu macam adik-adik kak mas, jd kak mas panggil kamu semua adik-adik...

buat pengetahuan adik-adik, kak mas sentiasa tunggu kedatangan adik-adik ke bilik kaunseling untuk jumpa kak mas even bukan sekadar buat sesi tapi sekadar bersembang... kak mas alu-alukan...

jangan salah faham bila kak mas tak dapat nak bagi 100% tumpuan pada adik-adik bila waktu sesi. adik-adik...

bukan kak mas tak berminat nak dengar tapi kak mas berfikir apa yg kak mas boleh bantu adik-adik? macam mana kak mas nak bantu adik-adik? apa yang kak mas boleh bantu adik-adik?

kak mas tak nafikan kadang-kadang kak mas letih... juz imagine kak mas stay kat sekolah dari pukul 7 pagi sampai 11 mlm.

average setiap hari kak mas ada 4 sesi... penat dik, penat sangat.

kak mas bukan saje nak dengar cerita & nak cukupkan jam kredit akak tapi kak mas nak cuba bantu...

kenapa mesti ada rasa yang adik-adik terhegeh-hegeh kat kak mas?

pernah ke kak mas cakap adik-adik ni terhegeh-hegeh pada kak mas?

pernah ke kak mas halau adik-adik keluar dari bilik kaunseling?

pernah ke kak mas cakap kak mas dah bosan dengar cerita adik-adik?

adik-adik, apa yang kak mas tulis ni bukan nak burukkan keadaan, sekadar nak jelaskan pada adik-adik apa yang adik-adik fikirkan sebelum ni tak sama dengan apa yang kak mas rasa...

kak mas tak pernah rasa adik-adik membebankan kak mas, menyusahkan kak mas dan membosankan kak mas... kak mas tak pernah terfikir pun...

kalau adik-adik nak tahu, kumpulan adik-adik satu-satunya kumpulan yang sukarela nak buat sesi dengan kak mas... betul kak mas tak tipu. yang lain tu lebih kepada paksaan (kejam jugak la)

kak mas harap sangat lepas ni tak ada lagi tanggapan yang tak betul dalam kumpulan ni...

kak mas rindukan sesi kelompok yang mula-mula dulu... waktu kat kantin... waktu tu semua orang nak bercakap sampai kak mas tak tau nak dengar yang mana satu... waktu tu semua nak jadi orang 1st bercakap... really miss dat moment :(

kak mas harap after balik school holiday ni, keadaan akan kembali seperti asal...

kak mas minta maaf kalau selama ni kak mas tak dapat berikan kerjasama yang baik macam kamu harapkan...

kak mas juga nak minta maaf sebab setakat ni kak mas tak dapat nak bantu adik-adik lagi... tak ada apa yang kak mas dah buat untuk
adik-adik lagi... i am sorry :(

semoga kita berjumpa lagi...

i'll miss all of u time cuti ni :( kita jumpa next week...

take care (jgn lupe bereskan homework)


lots of luv;
~miss mass~

~TAHNIAH~

bilik kaunseling
sek men sains teluk intan
12-mac-2010
1:02 pm

assalamualaikum n salamesrabadi...

1st of all...

tahniah utk spm candidate 2009...

result dah keluar semlm...

alhmadulillah straight A's ada 27 orang...

tahniah buat syiqin, zharif, shamil n fitri sbb dapat 8A+, 2A

buat aizul, tahniah jugak sbb dapat 7A+, 2A

buat nick, safwan n haziq... tahniah sbb dapat 5A :)

buat mas haikal, cawan, badak, mirul, ihsan, alif, bukhari n yg lain2... tahniah sbb maintain dgn result yg best...

nanti akak upload pic korang amik result erk...

apapun ranking semesti still dlm top 5 di perak...

congrates... :)

1- STAR (sek tunku abdul rahman)
2- I-GOP (sbpi gopeng)
3- MCKK (malay college kuala kangsar)
4- SEMESTI (sek men sains teluk intan)

selamat bercuti to all semestian students...

jgn lupa siapkan homework yg bertimbun2...

take care...

lots of luv;
~miss mass~

02 March 2010

~SEMESTI MOMENT 4~

bilik kaunseling
sek men sains teluk intan
03-03-2010
3:03 pm

assalamualaikum n salamesrabadi...

rindu nak update blog :)

kali ni aku nak upload pic sepanjang "HARI SUKAN SEMESTI"

nak tengok yang lagi banyak boleh view facebook aku sebab kat blog tak boleh upload banyak sangat :)

tak ada benda nak share kali ni...

apapun layan je la pic hari sukan ni...

keputusan penuh :
1- theta de dragon
2- omega
3- sigma
4- delta de leopard

bangga giler sebab rumah sukan aku menang kali ni :)

lots of luv:
~miss mass~


~menara condong mini rumah sigma...


~disneyland omega...


~basement delta...


~pencatat markah (akan ku pastikan theta menang!)


~kuning itu indah...


~kesultanan melayu theta...


~omega dan disneyland mereka...


~hulu balang theta...


~inilah hero theta (olahragawan 2010)


~yeyyeyeyy theta menang!!!

23 February 2010

~PERSONAL MOMENT~

bilik kaunseling
sekolah menengah sains teluk intan
24-feb-2010
11:41 am

assalamaualaikum n salamesrabadi

kat sini aku nak upload pic aku sepanjang aku kat sini...

bukan hari2 amik gambar pun...

kalau senang + tak banyak kerja + ada paparazi baru la aku berkesempatan ambil gambar...

berat aku maintain... (bermaksud tak berat n tak ringan)

lepas ni tak tahu lagi bila nak update blog...

esok "SPOTS DAY SEMESTI"

next week my student ada EXAM...

gudluck n study molek2...

to all my classmate, gudluck n try your best to complete our task :)

lots of luv;
~miss mass~



~betulkan tudung sebelum perhimpunan rasmi


~dah cun dah so boleh la pergi perhimpunan rasmi

~b4 buat sesi kaunseling kelompok

~SEMESTI MOMENT 3~

bilik kaunseling
sek men sains teluk intan
24-feb-2010
10:11 am

assalamualaikum n salamesrabadikhlasepenuhati

hari ni aku free...

kerja memang banyak (report kaunseling individu + bimbingan individu + kaunseling kelompok + bimbingan kelompok + program)

penat tapi aku cuba luangkan masa untuk diri aku sendiri.

banyak kerja tapi aku cuba nak release dengan update blog...

aku seronok praktikum kat sini...

seronok sangat esp buat kaunseling kelompok...

setakat ni aku dah ada 9 kelompok...

average setiap group dah 2kali perjumpaan tapi ada yang baru sekali jumpa dan ada jugak yang dah 3kali jumpa...

group SPS (burhan, zikri, akram, faris, ahmad, annuar, akmal n tarvin) ni group kaunseling kelompok yang paling AKTIF sebab dalam tempoh 5 hari dah 3kali buat sesi atas alasan :
1- "kak mas, kami banyak benda nak cerita"
2- "kak mas, kami tak tahu nak cerita kat sape"
3- "kak mas, kami suka buat sesi dengan kak mas"
4- "kak mas, kalau jarang buat sesi nanti kami tak de feel nak story"

aku suka group ni sebab mereka dengar cakap even mereka ni terkenal dengan sikap kurang ajar kat sekolah...

untuk group cool (bani, hazim, aslam, asyraf, aizat, a'alam n syafiq) even dalam kelompok suka kelentong tapi aku suka dengan group ni sebab group ni cool n matured :)aku selesa buat sesi dengan group ni dan aku berterima kasih kat group ni sebab banyak bantu aku masa EN TAQIYUDDIN datang observed aku semalam...

even topik yang dibincangkan tak berapa hangat tapi semua bagi komitmen yang terbaik n aku berterima kasih kat group ni :-
kepada group ni terima kasih banyak-banyak sebab bagi kerjasama yang baik pada kak mas, terima kasih sebab jujur dalam bercerita masa lect akak datang observed even topik tu tak sehangat topik sebelum ni. kak mas bangga dengan kamu :)

group lain pun happening + sempoi macam group :-
1- form 5 [mira chika, rainbow, mudah, chot, sito, diyana n wani]
2- form 5 [karim, is, cak, nano, apo, kaka, manul, shahrulail]
3- form 5 [yazid, ariff, pian, azraie, faiq, devin]
4- 1 semesti sbb combine form 5, 4 n 3 [ammar, aus, solihin, hakimi, kamal n firas]
5- form 1 boys [syahmi, sham, asyraf, wafi, n geng (sori tak ingat nama) ]
6- form 1 boys [appa, fizi n geng (sori ada yang tak ingat nama jugak)]
n last but not least
7- form 1 gilrs [mira, jannah, munirah n geng (sori tak hengat nama lagi)]

kepada ahli kaunseling individu terima kasih sebab sudi jadi klien kak mas sama ada secara paksaan ataupun suka rela... kkak mas bangga dengan kamu semua :)

kat sini jugak aku upload beberapa pic b4 n after sesi kaunseling kelompok...

layan....

lots of luv; ~miss mass~


~apakah ini?


~ammar n da geng~




~b4 observed sempat lg hazim @ tapai study~


~muka nervous aslam~

~bani memulakan meeting b4 observe~