06 September 2009

~MASJID PUTRAJAYA~


~kat depan masjid...


~kat tepi masjid...


~kat dalam masjid...

walaupun aku cuma bergamba di depan, tepi & dalam masjid, aku tetap rasa gumbira...
aku harap dapat datang lagi lepas ni... :)

lots of luv;
~mass~

~BERBUKA PUASA SIRI II~

my room
my bed
07-09-09
1:15 am

pada 1 september 2009 yang lalu, aku bersama 3 orang ahli kumpulan aku iaitu ustazah hidayah, ustazah haniza & abang mark telah pergi ke PUTRAJAYA & BANGI bagi menyelesaikan tugasan yang t'akhir...

dayah yg pd mulanya kunun-kunun nak belajo kereta secara tiba2 cancel dengan alasan "aku baru bagitahu orang tu tadi yang aku nak belajar hari ni tp dia ckp hari ni da full" walhal dia memang nak ikut kami sebab nak jumpa amir... (ko ingat aku tak tau ke?"

sebelum pergi ke bangi, kami jalan-jalan cari pasal dulu ke putrajaya...

maklum la baru dpt cop dr cik amelia jd semangat nak pergi EPRD tu masih membara...

cun je sampai kat eprd, da lunch hour jd kami sambung jalan-jalan ke masjid putrajaya...

cantek memang cantek masjid tu pastu dapat pulak solat zohor kat sana, memang tenang...

lepas settlekan hal EPRD (walaupun b'laku kesesatan yang dibawa oleh rahmat, tapi kami tetap terima sekalipun memang tak logik) kami meneruskan destinasi ke bangi...

masa ni nampak sangat muka dayah b'seri2 (aku xsure la berseri sbb lepas solat kat masjid putrajaya ataupun sebab x sabo nak jumpa amir)

setibanya di sana, ayat pertama yang terpancul dari mulut dayah adalah "aku dah nampak dah" (sambil tersenyum lebo) :)

kemudian dengan tanpa disedari kami telah meninggalkan niza di dalam kereta keseorangan dan dengan tanpa rasa bersalah rahmat terus mengunci kereta... lalu tertinggal la niza di dalam kereta.

tiba2 alarm kereta berbunyi tatkala niza membuka pintu kereta, semua mata tertumpu pada niza & niza sendiri terkejut... (hampeh punya rahmat)

setelah itu konsultasi pon bermula & apabila tamat tanpa membuang masa aku terus mencari aina kesayangan ku...

yezzzzzzzzaaaaaaaaaaaaa.... akhirnya aku dpt jua menemui dia, rindu sangat...

setelah itu kami b'ansur pulang & merancang untuk berbuka puasa bersama di KFC (dayah mengidam)

jadi dengan suara majoriti kami berbuka puasa di Restoren Jejantas Sungai Buloh Betong...

pada blog ini aku sertakan gambar2 menarik lagi tertarik sepanjang hari tersebut... :)

lots of luv;
~mass~


~aku siap bawa note konsultasi tao


~aku nak tunjuk perkataan PUTRAJAYA bukan Rahmat yer :)


~kesesakan jalan raya masa nak berbuka puasa


~dapat juga aku jumpa aina kesayangan aku... :)
sebelah aina tu amira...
amira ni la yang dah buatkan Agil jatuh hati...


~toilet training kat restoren jejantas sungai buloh betong...


~niza tengah betulkan tudung...


~candid...


~aku & cermin mata & kerabunan...


~candid by rahmat (time ni aku tengah on call dengan Fa'an)

~wajah malu seorang teruna kala di renung oleh dua orang anak dara...
persoalannye "malu ker buat2 malu ke suka?"

~kala aku dibuli oleh si dayah pembuli... :)

~wajah dayah yang kian tembam :)


~pose apakah ini?
persoalannya : "jari siapakah itu?"


~aku dan restoren jejantas...


~dayah yang tak sabo nak berbuka...

03 September 2009

~BERBUKA PUASA~

my room
my bed
03-09-09
15:40

dah lama rasanya aku x update blog ni...

jadi dikesempatan ini aku ambil untuk update blog...

pada 30 ogos yang lalu, aku bersama farhan telah mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk berbuka puasa bersama...

dah macam event wajib kami la tiap2 kali menjelangnya ramadan al-mubarak ni kami berbuka puasa bersama...

alhamdulillah dah 4 tahun kami berbuka bersama dan semoga tahun-tahun seterusnya juga begitu...

pada ramadan kali ini kami memilih OLD TOWN WHITE COFFEE sebagai tempat untuk berbuka bersama tapi kali ni kami tak bawa laptop :)

kami datang semata-mata untuk berbuka bukan untuk surfing seperti sebelum ni.

jadi memandangkan kami nak merakamkan moment indah ketika berbuka, kami merakamkan beberapa keping gambar sebelum, semasa dan selepas berbuka :)




~time ni on da way nak berbuka puasa...


~dah lama kami tak bergambar bersama...


~peace bermakna gembira bukan peace unica :p


~saat memilih menu...


~ayor + desert + buah kurma


~ini menu aku = old town nasi lomak special
(sodap hingga menjilat jari)


~ini menu farhan...
(set 2 untuk berbuka puasa. banyakkan?)


~saat menunggu waktu berbuka puasa...


~saat makan pencuci molot :)
(manis macam aku :))


~aku sudah kenyang...

lots of lov;
~mas~

25 August 2009

~aku tetap aku~

my room
my bed
25-ogos-2009
23:45

sejak akhir-akhir ni macam-macam perkara yg aku lalui...

tak tau nak mulakan dari mana...

pertama sekali, pasal proposal aku yang tak approve lagi....

tak tau la bila boleh approved sedangkan aku rasa aku dah buat sehabis baik untuk proposal tu...

aku harap sangat kali ni cik emy approve...

sebab banyak lagi perkara aku nak uruskan....

yang kedua, sejak dua menjak ada orang yang mula "prihatin" terhadap aku...

aku tak tau apa motif @ tujuan khusus mereka buat aku macam ni...

setahu & seingat aku, aku tak kenal pun mereka berdua tu...

kacau hidup mereka berdua pun tak pernah...

setahu & seingat aku juga la, aku tak pernah rampas hak orang...

tapi tak tahu la apa yang mereka berdua meluat + menyampah sangat dengan aku sampai sedaya upaya nak jatuhkan air muka aku di depan orang lain sedangkan aku menganggap mereka berdua sedar & tahu apa yang mereka katakan tu menyebabkan orang lain akan membacanya...

aku cuma manusia biasa, pernah buat silap & x sempurna...

aku dah rasa macam artis dek kena hentam dengan mereka berdua...

mula-mula aku balas sebab aku rasa aku ada hak nak bersuara...

tapi bila aku balas, makin menjadi-jadi...

betul la kata orang, diam tu lebih baik tapi bukan bererti mengalah...

kepada individu yang signifikan dengan aku, terima kasih sebab sentiasa ada di belakang aku & terima aku seadanya walaupun aku tidak sempurna pada mata orang lain disebabkan aku tidak bertudung.

terima kasih juga pada kawan-kawan aku yang ikhlas berkawan dengan aku walaupun aku tidak bertudung.

terima kasih juga pada dua orang individu yang tak pernah jemu nak menghentam aku, mengutuk aku, menilai aku, memburukkan aku, mengadil diri aku melalui luaran dengan tanpa rasa jemu & bosan. walaupun teguran anda berdua memang pedih untuk aku terima tapi sekurang-kurangnya aku tahu yang anda berdua begitu prihatin pada aku. selagi anda berdua masih menulis mengenai aku sama ada tentang perkara yang baik ataupun buruk, itu sudah cukup membuktikan bahawa anda berdua masih mengambil berat & mengambil tahu tentang diri aku.

walaupun kenyataan & ayat yang anda berdua katakan pada aku tu dah cukup untuk membuatkan aku terasa hati & terkilan tapi aku menerimanya sebagai satu cabaran untuk aku. aku turut menghargainya.

kesimpulannya, walau apapun yang orang katakan pada aku baik yang mengenali aku atau pun tidak, aku tetap jadi diri aku. sebab aku bukan dilahirkan untuk menjadi manusia yang sempurna untuk memuaskan hati semua orang.

yang baik tu datang daripada Allah swt.

salam ramadan...

lots of luv;
~mas~


19 August 2009

~PROGRAM KONSULTASI~

20 OGOS 2009
my room
14:16

"program melentur buluh, peribadi murni sahsiah terunggul"

ni la tajuk program kumpulan konsultasi aku...

alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan...

kerjasama & komitmen yang berikan oleh semua pihak sangat baik...

banyak kenangan & memori telah tercipta semasa program ini dijalankan....

diharapkan semoga pengalaman ini dijadikan sebagai contoh pada masa akan datang...

berikut disertakan bersama segala macam gambar yang sempat dirakamkan untuk tatapan umum...

diharapkan pihak tertentu berpuas hati (termasuk dayah, niza, mark & nuar)


sign board ke kafa tahfiz...



ini adalah jalan yang lurus menuju ke kafa tahfiz...


keluarga beso...


barisan finalis gadis & jejaka melayu anjuran ustaz amir...


time ni slot ustazah mastura...
lihat betapa tekunnya "mereka" memberi perhatian...


bestnye dapat hamper yg dibalut oleh cik mastura...
:)



ini adalah contoh bapa yang kurang arif dalam menjaga anak...


pertandingan menjaga baby jijah anjuran ustazah ayu...
dan pemenangnya dah tentulah aku... :)


bangga giler dapat sijil berwarna warni daripada ustaz...
:)


muka bangga ustaz anuar sebab dapat hamper dari aku...
:)


aku rindu zaman muda2...
sekarang ni tak la tua pun...
:)

aku tengah pulun buat movie maker...

aku suka makan...
:)


the girl who sat at my right hand side is alia...
she kissed me for three times before i go back...
thats true...


time ni slot ustazah dayah...
dia tengah cerita kat budak-budak ni macam mana ustazah dayah boleh jumpa dengan ustaz shafiq...
:)


time ni sesi ta'aruf bersama ustazah dayah & kak mastura... :)


mari kita sama-sama buat peace...
waktu pagi memang waktu yang sesuai untuk buat peace...

time ni slot ustazah za...


apa la yang budak-budak ni buat...
beriya bebeno menulisnya...

17 August 2009

~FATIN HANIM ROSDI

17 ogos 2009
my room
22:31

semalam bersamaan dengan 16 ogos 2009 bersamaan juga dengan 23 syaaban juga bersamaan dengan hari ahad @ sunday merupakan hari lahir salah seorang kawan aku. maka pada kesempatan ini aku ingin merakamkan beberapa ucapan khas buat dirinya :

a) selamat ulang tahun yg ke-23

b) maknanya di sini anda sudah tua

c) semoga di panjangkan umur & di murahkan dgn rezeki yg halalan toyiban

d) semoga apa yg ko hajati pd tahun hadapan (i- sambung belajar, ii-kahwin iii-beli kereta) tercapai dgn jayanya...

e) semoga jodoh ko bersama hafiz terus direstui oleh ibu bapa, kaum keluarga & sahabat handai juga jiran tetangga serta tok batin mahupun tok mudim.

f) semoga ko tidak sesekali melupakan aku yg cute lg cumel walau di mana ko berada.

g) terima kasih sbb sudi jd kawan aku...

h) terima kasih sbb selalu ada dgn aku saat aku senang mahupun susah...

j) terima kasih atas segalanya fatin hanim rosdi, u i luv :)



inilah dia FATIN HANIM ROSDI...
dia suka sangat dgn pict ni, jd aku dgn besar hatinya upload pic ni sempena ulang tahun kelahirannya...




~semoga kita b'3 terus maintain