25 August 2009

~aku tetap aku~

my room
my bed
25-ogos-2009
23:45

sejak akhir-akhir ni macam-macam perkara yg aku lalui...

tak tau nak mulakan dari mana...

pertama sekali, pasal proposal aku yang tak approve lagi....

tak tau la bila boleh approved sedangkan aku rasa aku dah buat sehabis baik untuk proposal tu...

aku harap sangat kali ni cik emy approve...

sebab banyak lagi perkara aku nak uruskan....

yang kedua, sejak dua menjak ada orang yang mula "prihatin" terhadap aku...

aku tak tau apa motif @ tujuan khusus mereka buat aku macam ni...

setahu & seingat aku, aku tak kenal pun mereka berdua tu...

kacau hidup mereka berdua pun tak pernah...

setahu & seingat aku juga la, aku tak pernah rampas hak orang...

tapi tak tahu la apa yang mereka berdua meluat + menyampah sangat dengan aku sampai sedaya upaya nak jatuhkan air muka aku di depan orang lain sedangkan aku menganggap mereka berdua sedar & tahu apa yang mereka katakan tu menyebabkan orang lain akan membacanya...

aku cuma manusia biasa, pernah buat silap & x sempurna...

aku dah rasa macam artis dek kena hentam dengan mereka berdua...

mula-mula aku balas sebab aku rasa aku ada hak nak bersuara...

tapi bila aku balas, makin menjadi-jadi...

betul la kata orang, diam tu lebih baik tapi bukan bererti mengalah...

kepada individu yang signifikan dengan aku, terima kasih sebab sentiasa ada di belakang aku & terima aku seadanya walaupun aku tidak sempurna pada mata orang lain disebabkan aku tidak bertudung.

terima kasih juga pada kawan-kawan aku yang ikhlas berkawan dengan aku walaupun aku tidak bertudung.

terima kasih juga pada dua orang individu yang tak pernah jemu nak menghentam aku, mengutuk aku, menilai aku, memburukkan aku, mengadil diri aku melalui luaran dengan tanpa rasa jemu & bosan. walaupun teguran anda berdua memang pedih untuk aku terima tapi sekurang-kurangnya aku tahu yang anda berdua begitu prihatin pada aku. selagi anda berdua masih menulis mengenai aku sama ada tentang perkara yang baik ataupun buruk, itu sudah cukup membuktikan bahawa anda berdua masih mengambil berat & mengambil tahu tentang diri aku.

walaupun kenyataan & ayat yang anda berdua katakan pada aku tu dah cukup untuk membuatkan aku terasa hati & terkilan tapi aku menerimanya sebagai satu cabaran untuk aku. aku turut menghargainya.

kesimpulannya, walau apapun yang orang katakan pada aku baik yang mengenali aku atau pun tidak, aku tetap jadi diri aku. sebab aku bukan dilahirkan untuk menjadi manusia yang sempurna untuk memuaskan hati semua orang.

yang baik tu datang daripada Allah swt.

salam ramadan...

lots of luv;
~mas~


19 August 2009

~PROGRAM KONSULTASI~

20 OGOS 2009
my room
14:16

"program melentur buluh, peribadi murni sahsiah terunggul"

ni la tajuk program kumpulan konsultasi aku...

alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan...

kerjasama & komitmen yang berikan oleh semua pihak sangat baik...

banyak kenangan & memori telah tercipta semasa program ini dijalankan....

diharapkan semoga pengalaman ini dijadikan sebagai contoh pada masa akan datang...

berikut disertakan bersama segala macam gambar yang sempat dirakamkan untuk tatapan umum...

diharapkan pihak tertentu berpuas hati (termasuk dayah, niza, mark & nuar)


sign board ke kafa tahfiz...



ini adalah jalan yang lurus menuju ke kafa tahfiz...


keluarga beso...


barisan finalis gadis & jejaka melayu anjuran ustaz amir...


time ni slot ustazah mastura...
lihat betapa tekunnya "mereka" memberi perhatian...


bestnye dapat hamper yg dibalut oleh cik mastura...
:)



ini adalah contoh bapa yang kurang arif dalam menjaga anak...


pertandingan menjaga baby jijah anjuran ustazah ayu...
dan pemenangnya dah tentulah aku... :)


bangga giler dapat sijil berwarna warni daripada ustaz...
:)


muka bangga ustaz anuar sebab dapat hamper dari aku...
:)


aku rindu zaman muda2...
sekarang ni tak la tua pun...
:)

aku tengah pulun buat movie maker...

aku suka makan...
:)


the girl who sat at my right hand side is alia...
she kissed me for three times before i go back...
thats true...


time ni slot ustazah dayah...
dia tengah cerita kat budak-budak ni macam mana ustazah dayah boleh jumpa dengan ustaz shafiq...
:)


time ni sesi ta'aruf bersama ustazah dayah & kak mastura... :)


mari kita sama-sama buat peace...
waktu pagi memang waktu yang sesuai untuk buat peace...

time ni slot ustazah za...


apa la yang budak-budak ni buat...
beriya bebeno menulisnya...

17 August 2009

~FATIN HANIM ROSDI

17 ogos 2009
my room
22:31

semalam bersamaan dengan 16 ogos 2009 bersamaan juga dengan 23 syaaban juga bersamaan dengan hari ahad @ sunday merupakan hari lahir salah seorang kawan aku. maka pada kesempatan ini aku ingin merakamkan beberapa ucapan khas buat dirinya :

a) selamat ulang tahun yg ke-23

b) maknanya di sini anda sudah tua

c) semoga di panjangkan umur & di murahkan dgn rezeki yg halalan toyiban

d) semoga apa yg ko hajati pd tahun hadapan (i- sambung belajar, ii-kahwin iii-beli kereta) tercapai dgn jayanya...

e) semoga jodoh ko bersama hafiz terus direstui oleh ibu bapa, kaum keluarga & sahabat handai juga jiran tetangga serta tok batin mahupun tok mudim.

f) semoga ko tidak sesekali melupakan aku yg cute lg cumel walau di mana ko berada.

g) terima kasih sbb sudi jd kawan aku...

h) terima kasih sbb selalu ada dgn aku saat aku senang mahupun susah...

j) terima kasih atas segalanya fatin hanim rosdi, u i luv :)



inilah dia FATIN HANIM ROSDI...
dia suka sangat dgn pict ni, jd aku dgn besar hatinya upload pic ni sempena ulang tahun kelahirannya...




~semoga kita b'3 terus maintain

~ANAKKU BUKAN ANAKKU~

my room
17 ogos 2009
20:25


pada 15 ogos 2009 & 16 ogos 2009, aku bersama ahli kumpulan konsultasi terdiri drpd "abg" mohd rahmat, nurul hidayah, norhaniza, lizawati, aziema & "kak" jamilah serta ahli jemputan iaitu ustaz mohd anuar. program yg diadakan selama 2 hari 1 malam ini telah menemukan aku dgn seorang kanak-kanak yg comel lg cute. lalu aku telah mengambilnya sebagai anak aku secara tidak rasminya. nama kanak-kanak yang bertuah itu adalah NURAINA MAISARAH. aku suka sgt tgk muka dia sbb cute... dia suka senyum... aku ambil kesempatan ini untuk ambil gambar sebanyak mungkin sebagai tanda kenangan abadi antara aku & aina...



nuraina maisarah...
kalau nak tau, aku yang pakaikan aina telekung...
dah la telekung dia besar menggelebeh...
tp aina tetap maintain cute...


masa ni first time aku jumpa aina...
masa ni juga 1st time buat konsultasi kat KAFA ni...
masa ni juga aina dgn kwn dia nama amira...
dan pada masa ni juga la WAN MOHD AGIL telah jatuh cinta pd AMIRA.
jatuh cinta ke?


masa ni Aina tengah bagi tumpuan 200% pd ustazah Dayah...
maklum la time ni ustazah Dayah punya slot...
walaupun aina x sedar aku ambil gambar dia, dia tetap comel...
walaupun aina tgh dengar apa yg ustazah Dayah ckp, aina tetap cute...
:)



masa ni aku tengah temankan aina makan...
walaupun aina tengah makan, aina tetap senyum...
walaupun ada sebutir nasi di bibir aina, aina tetap maintan cute.
:)


sungguh arif lagi bijaksana aina posing...
aku tak ajar pun, aku cuma suruh buat je...
:)


(gambar sebelah kanan) masa tu aku & aina tengah merenung masa depan...
tengah fikir apa pose nak buat lepas ni...


sebenarnya aina suka ambil gambar dari atas...
aku ajar sekali je...
tp dia nak ambil banyak kali...
apa pun aina tetap cute...
:)

masa ni aina tengah makan nasi dgn telur dadar...
aku tengok je dia makan...
:)



masa ni ramai nak join aku & aina ambil gambar...
kemungkinan besar mereka teruja tengok aku bergambar dgn aina...
kemungkinan kecil pula, mereka teruja dgn kamera Anuar..
:)

29 July 2009

~UPSI vs H1N1

my room
29 julai 2009
23:13

pagi tadi aku berkesempatan keluar dari rumah untuk meninjau2 sekitar kawasan upsi yang di arahkan tutup sempena penularan wabak H1N1 atau lebih serasi dengan nama selesema babi...

pintu pagar tutup rapat...

pak guard2 upsi menjalankan tugas mereka dengan penuh hemah & amanah serta berdedikasi...

bukan mudah ye menjalankan tugas ketika darurat...

apa-apa pun selamat bercuti kepada warga upsi tak kira di mana jua anda berada...

semoga pulang nnti dapatlah kita menyiapkan assignment dengan jayanya...

~TITI n RORO

my room
29 -Julai -2009
22:56

pada hari selasa iaitu 28 julai 2009....

aku telah menghadirkan diri ke kelas Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak di Taman U 33

secara tidak sengaja mahupun dirancang...

aku dan roro @ gaban @ roszila telah memakai baju yg hampir2 sama warna & corak...

dan dengan penuh bangganya kami mengambil gambar berdua sebagai tanda kenangan bersama...

semoga kenangan ini tidak dapat dilupakan sampai bila-bila pun...

(sure roro bangga tahap gaban sbb aku upload pict ni)



sape paling kurus???????


cumelnye... tak sangka pulak...

23 July 2009

~BANGI OH BANGI

my room
23-jul-2009

17 jul 2009

semalam bersamaan 22 julai 2009 bersamaan hari rabu...

aku bersama beberapa org ahli kumpulan konsultasi aku iaitu mohd rahmat, nurul hidayah dan norhaniza termasuk wan mohd agil (dia bukan ahli kumpulan aku ye) telah pergi ke KAFA al-irsyad,bandar baru bangi...

walaupun terpaksa melalui pelbagai halangan yang sukar termasuk kesesatan dan kekeliruan, ahlamdulillah berkat semangat kerjasama kami dapat sampai jua ke destinasi yg dituju..

betul la apa yg dikatakan oleh wonderpets sebelum ini... "apa yang penting... kerjasama"

walaupun kami tiba agak lewat gara2 mengisi minyak kereta secara manual (bak kata rahmat) tetapi kedatangan kami di sambut dengan baik oleh guru beso sekolah tersebut...

setelah berkonsultasi hampir 1jam, kami telah membuat kata sepakat untuk mengadakan program di sana pada 8-9 ogos nanti...

diharapkan semuanya berjalan lancar seperti yg diharapkan...

dan gambar2 di bawah adalah salah 1 kenangan terindah yg sempat aku rakamkan di surau an-nur, seksyen 2 bangi.

apa yg lebih memeranjatkan aku, tadika KAFA tu betul2 belakang rumah pakcik aku...

tak kisah la... apa yang penting kerjasama.




suatu hari nanti aku nak jadi penceramah manakala mark & agil menjadi khatib... :)

22 July 2009

~HARRY OH POTTER...

my room
23-jul-2009
14:17

hari sabtu yang lalu aku berkesempatan untuk melawat TGV Cinema...

setelah sekian lamanya aku tidak melawat penjaga2 kaunter di sana (esp kaunter tiket utk booking)

maklum la sejak bermenjak-menjak ni aku terlalu sebok hinggakan tiada masa untuk meluangkan masa melawat mereka...

tetapi demi Harry Potter, aku cuba mencuri beberapa ketika yang ada untuk bertemu dengan penjaga kaunter tiket walaupun hanya seketika...

aku telah mencuri waktu yang ada selama hampir 2 jam 30 minit untuk menonton cerita Harry Potter (start 8-15 malam sampai 10-55 malam)

ternyata aku kecewa lagi...

kali ni Harry Potter tak seseronok yg ku jangkakan...

pa'an pun turut menyokong 200% pandangan aku...

apa2 pun, pd siapa yang belum b'peluang tgk movie ni...

aku suggest korang pegi la tengok, mana tau apa yang aku rasa tak sama mcm mana yg korang rasa...

aku ada upload gambar2 movie ni...





bukti aku dah booking & tengok cerita Harry Potter ni...

21 July 2009

~PEMBENTANGAN PROPOSAL

my room
18-jul-2009
20:24

alhamdulillah...

satu lagi kerja aku untuk semester lepas dah pun selesai...

aku dah pun present proposal aku untuk dinilai...

turn aku hari sabtu b'samaan 18 julai 2009...

bertempat di Auditorium 1 pada jam 10-00 pagi hingga 12-00 tengah hari...

aku telah dinilai oleh Pn Samsiah dan aku adalah presentor yang ketiga selepas nurzazarina & mohd rahmat...

dan ternyata semuanya diluar jangkaan aku dan rakan-rakan kerana Pn Samsiah terlalu detail dalam bertanyakan soalan...

1 per 1 beb...

jenuh aku nak menjawab...

tapi alhamdulillah semuanya dah pun selesai...

dan apa yang lebih gembira... proposal aku telah diluluskan untuk buat kajian lapangan...

cuma kena mantapkan lagi....

tanpa buang masa...

tepat jam 1-30 ptg aku dengan gembiranya meninggalkan Auditorium 1 untuk meneruskan pembentangan seterusnya yang diadakan di Kinta City Ipoh atau tempat yang lebih spesifik lagi di TGV Cinema....

apa2 pun terima kasih banyak2 pada Dr Jaz yang Kacak kerana memberi kebenaran utk aku keluar awal 30 min dari yang sepatutnya...

aku seronok sangat dapat keluar dari Tanjong Malim...

terima kasih juga kpd Farhan sebab sudi menghabiskan masa bersama aku untuk menghabiskan doit beli tiket wayang yang telah di booking 3 hari sebelum itu untuk melihat cerita Harry Potter yang tak berapa nak best...

apa pun aku rasa seronok sangat...



~kunun2 nampak tenang masa tunggu giliran
(tenang ker?)


~sampai naik ungu aku jadinya dek tunggu giliran nk bentang proposal



~akhirnya tiba giliran aku untuk bentang propsal...
tq pd nunu sbb tolong tekankan slide aku...
tq juga pd yana sbb ambil gamba aku masa present...


~jenuh aku nak explain kat penilai...
penilai aku ada sorang je...
yang pakai tudung berbunga merah tu Pn Samsiah...
yang tudung pink tu bukan penilai tp penyokong aku sape lagi kalau bukan nur...



~masa ni aku kat depan cermin kat Kinta City...
aku suka amik gamba kat cermin...
masa ni dah abis present...

10 July 2009

~BABY SITTER?

time break sem aku tak kan lari dari menjaga anak ku bukan anak ku.

tp kali ni aku tak de pilihan memandangkan mak dan bapak aku tak ada kat rumah...

aku jaga daniel dan damia 13 hari...

lotih....


posing maut seh...
ni la keje adik beradik...
pantang nampak camera...
aku da jd jurugambo dorang...
budget muka dorang cun la tu...


tak cukup luar rumah...
dalam rumah pun dorang nak naik motor...
dorang ni ala-ala awie & erra masa hot bercenta...
aku jugak kene jd JPJ sbb nak kene tgk dorang jgn sampai bawa laju2


kala damia demam...
aku dan harry kena jaga dia...
nak dukung sesaje tp nampak camera boleh pulak posing...
langsung tak paham...



kala menjadi guru pra sekolah...
aku kena ajar daniel membaca dan menulis...
ingat senang ke?
tapi tak pe la...


aku dan daniel...
daniel suke bergamba...
budget hensem kot...
mmg dia fotogedik...